52

8.8K 181 218
                                    

ʻʻBiar betul?ʼʼ tanya Uzair seperti tidak percaya, ʻʻDoktor ni fly dari Penang semata-mata just nak jumpa Reen?ʼʼ

ʻʻEh tak de lah macam tu, Bangʼʼ balas Azrina cuba untuk mencari cerita. ʻʻSheʼs here not just to see me. Kebetulan dia doktor USM, and kebetulan dia datang KL while doing on her rounds. Masa Reen dekat Penang for two weeks baru-baru ni, doktor Aina lah yang buat check-up on Reen masa tu. So, naturally dia nak jumpa, see how Iʼm doingʼʼ

Uzair hanya mengangguk setelah mendengar cerita isterinya. ʻʻOh, okʼʼ jawapannya ringkas.

Sambil berbual, kereta Mazda CX-5 mereka sampai ke perkarangan letak kereta Wisma Sejarah. Uzair mencari dan menjumpai satu petak kosong. Terus dia memandu kereta itu masuk ke dalam petak berkenaan.

Uzair dan Azrina turun dari pintu kereta masing-masing dan berjalan ke arah Wisma Sejarah.

Sampai sahaja di dalam, Pak Amin, pegawai keselamatan yang bertugas, menyambut kedatangan mereka dan menyalam tangan Uzair.

Dia kemudian menunduk sedikit pada Azrina memberikan sedikit penghormatan. ʻʻSalam takziah, Encik Uzair, Dokter Azrina. Semoga roh arwah dicucuri rahmatʼʼ

ʻʻAmeen. Terima kasih, Pak Aminʼʼ kata Uzair sambil membalas anggukkan.

ʻʻDokter Azrina bukan ambil CTR kematian dua minggu ke?ʼʼ tanya Pak Amin tatkala melihat Azrina sudah pulang ke pejabat walaupun belum habis tempoh cuti tanpa rekod yang telah diluluskan kepadanya.

ʻʻYa, betul tu. Saya masih cuti lagi, Pak Amin. Saya kan pakai biasa-biasa jer hari niʼʼ balas Azrina kepada pegawai keselamatan itu. Penampilan Azrina pada hari itu biasa sahaja. Memakai baju kurung, bertudung bawal, tanpa sebarang make-up. ʻʻSaya datang nak buat check-up baby saya niʼʼ sambungnya lagi.

ʻʻOh, lupa sayaʼʼ senyum Pak Amin, ʻʻTahniah di atas perkhabaran gembira ni. Itulah dia rezeki Allah kan. Dia ambil satu, tetapi digantikan dengan yang baruʼʼ katanya sambil menyalam tangan Uzair sekali lagi.

ʻʻTerima kasih Pak Amin. Itulah dia kebesaran Allahʼʼ balas Uzair.

ʻʻPak Amin, kami masuk dulu ya?ʼʼ kata Azrina pula.

ʻʻSilakan, dokterʼʼ kata Pak Amin memberi laluan.

Uzair dan Azrina kemudian melambai pegawai keselamatan itu sambil berlalu pergi. Uzair memimpin tangan isterinya naik ke lif ke tingkat Fakulti Pascasiswazah Sains Perubatan.

Sampai sahaja di sana, ramai staf-staf FPSP mendapatkan mereka, sambil mengucapkan takziah dan juga tahiah kepada pasangan suami-isteri ini.

Di antara mereka ialah Aina, doktor sakit puan dari USM induk, tersenyum apabila melihat Azrina dan Uzair tiba.

Azrina terus memeluk Aina tatkala melihat wanita itu sudah menunggunya diruang tamu.

ʻʻApa khabar, Reen?ʼʼ tanya Aina sambil memegang kedua-dua lengan Azrina. ʻʻAda rasa mual-mual tak first trimester ni?ʼʼ

ʻʻTak de pun, Ainaʼʼ jawab Azrina. ʻʻOnly my first pregnancy jer yang teruk. Second one and this one, tak de rasa apa-apa punʼʼ

ʻʻMust be a girl then, like your number twoʼʼ balas Aina, berseloka.

ʻʻMust be kot. 18 weeks kan baru dapat tahu?ʼʼ tanya Azrina pula.

ʻʻSometimes 14 pun dah dapat nampak. Tengok nasiblah kalau masa scan tu nampak ke tak. Wonʼt be long nowʼʼ kata Aina.

ʻʻCanʼt waitʼʼ senyum Azrina, kemudian menoleh kepada suaminya, ʻʻkan, Abang?ʼʼ

Uzair memegang perut Azrina dan membelainya perlahan, ʻʻAbang ok jer mana-mana rezeki Allah nak bagiʼʼ katanya sambil tersenyum.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now