17

7.6K 99 4
                                    

ʻʻBibik. Saya dah nak sampai ni. Tolong bukakan gate depanʼʼ kata Uzair menerusi panggilan Bluetooth kereta Ford Rangernya kepada pembantu rumahnya.

ʻʻBaik, Bapakʼʼ kata Kartini yang sedang menjawab panggilan telefon Uzair menerusi telefon rumah. ʻʻAwal Bapak balik hari ni?ʼʼ

ʻʻAzrina tak sihatʼʼ katanya ringkas. ʻʻSaya sampai lagi dua minitʼʼ

ʻʻBaik, Bapakʼʼ kata Kartini yang kemudiannya meletak gagang telefon tersebut kembali. Dia kemudiannya terus bergerak ke luar rumah membawa kunci dan membuka mangga gate hadapan.

Sejurus sahaja dia membuka luas kedua-dua gate tersebut, kereta putih Ford Ranger Uzair terus kelihatan dan masuk ke dalam perkarangan rumah.

Uzair keluar dari keretanya, kemudian mendapatkan Azrina yang masih terbaring di kerusi penumpang. Dibuka pintu penumpang, tali pinggang keledar dileraikan, dan tubuh wanita itu terus diangkat dan didukung oleh Uzair. Lelaki tegap itu berjalan masuk ke dalam rumah sambil mendukung isterinya di dalam dakapan kedua tangannya.

ʻʻKenapa dengan Ibu??ʼʼ tanya Kartini, risau.

ʻʻAzrina pengsan tadi. Badannya panas. Rasannya dia demam niʼʼ kata Uzair sambil langkahnya yang pantas terus membawa Azrina naik ke tingkat atas.

Kartini turut berlari mengekori mereka. Melihat kain dicelah kaki basah dengan darah kotor, Kartini terus berkata, ʻʻIbu sudah datang bulan, Bapak!ʼʼ

ʻʻYa saya tahu. Tolong lapik katil. Tolong hidupkan airconʼʼ arah Uzair sambil mendukung Azrina.

ʻʻBaik, Bapakʼʼ kata Kartini yang melintasi lelaki itu. Dia terus masuk ke bilik tidur pasangan suami isteri itu. Kemudian mencapai sehelai kain batik dan melebarkannya di atas katil.

Dengan perlahan, Uzair membaringkan Azrina di atas tilam berlapikkan kain batik sambil Kartini menghidupkan aircon bilik tersebut.

ʻʻTerima kasih, Bibik. Tolong buatkan bubur ayam untuk Azrinaʼʼ arah Uzair pula.

ʻʻBaik, Bapakʼʼ balas Kartini sambil bergegas meninggalkan bilik tidur tersebut.

Seteleh melihat Kartini sudah keluar, Uzair menutup pintu bilik tidurnya dan berjalan menuju ke almari. Baju lengan kanannya basah kemerahan akibat terkena titisan darah haid isterinya semasa dia mendukung wanita itu tadi.

Uzair membuka butang bajunya satu persatu dan meleraikan kemeja itu dari tubuhnya.

Azrina yang masih mamai di atas katil, antara nampak dan tak nampak suaminya di dalam bilik.

Pandangannya sedikit kabur. Dia hanya nampak bayangan seorang lelaki tegap tidak berbaju.

ʻʻAsh...ʼʼ nama lelaki itu dibisikkan perlahan pada bibir.

Ash.

Uzair yang antara dengar dan tak dengar bisikan isterinya itu tadi, terus menoleh dan melihat Azrina yang masih terbaring. ʻʻReen? Awak okay ke?ʼʼ

Azrina mengkebil-kebilkan matanya dua tiga kali.

Pandangannya semakin jelas.

Lelaki tidak berbaju itu bukanlah lelaki yang kerap hadir dalam mimpinya.

Lelaki itu adalah suaminya, Uzair.

ʻʻAbangʼʼ bisik Azrina semula. Kali ini sebutannya betul.

Uzair menghela nafas sambil duduk dibucu katil. Tangannya mengusap kepala isterinya. ʻʻPanas. Awak demamʼʼ

ʻʻReen kat mana?ʼʼ suaranya lemah.

ʻʻKat rumah. Reen pitam tadiʼʼ balas Uzair.

ʻʻOhʼʼ Azrina menutup matanya. Dia cuba mentafsirkan apa yang berlaku sebentar tadi. Mindanya cuba memainkan semula kejadian tengahari tadi.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now