Uzair baru sahaja memasukkan beg-beg pakaian ibu bapa dan mertuanya ke dalam sebuah MPV Toyota Vellfire yang baru disewanya. Walaupun ibu bapa dan mertuanya berkali-kali mengatakan yang mereka boleh sahaja pulang ke kampung masing-masing menaiki keretapi ataupun teksi, tetapi Uzair tetap berkeras untuk menghantar mereka pulang ke kampung halaman masing-masing.
Azrina menyalam tangan dan memeluk ibu bapa dan mertuanya dengan erat sebelum mereka menaiki kenderaan mewah MPV tersebut.
Azrina kemudian menyalam dan mencium tangan Uzair dan memeluk tubuh suaminya dengan erat.
ʻʻDrive baik baik ya, Bang. Kalau penat, please rest dekat R&Rʼʼ pesan Azrina kepada suami yang masih dipeluknya itu.
ʻʻAwak pun jaga diri baik-baik, Reen. Walaupun dah seminggu anak kita pergi, tapi awak masih kena jaga emosi. Abang perasaan Reen masih menangis masa tidurʼʼ kata Uzair dengan perlahan sambil mengusap rambut Azrina dengan belaian yang manja.
ʻʻReen dah ok, Bangʼʼ senyum Azrina pada suaminya, cuba untuk menyakinkan pada Uzair yang emosinya sudah beransur-ansur pulih.
ʻʻKalau dah ok, kenapa Reen masih menangis tengah malam?ʼʼ tanya Uzair lagi, sambil merenung mata Azrina.
Azrina memeluk suaminya sekali lagi. ʻʻReen kan mengandungkan Afiq. Bukan mudah untuk seorang ibu berpisah dengan anak sulungnya. Tapi... Reen dah ok, Bang... Abang jangan risau ya?ʼʼ
Uzair mengangguk mendengar jawapan isterinya itu dan kemudian mencium kening Azrina.
ʻʻOk, Abang pergi dulu ya hantar mak dan abah. Mungkin Abang stay satu dua malam dekat kampung, lepas tu baru Abang balik. In the meantime, Reen jaga diri baik-baik tau? Please make sure Reen jaga diri masa Abang tak de ni. Ok, Reen? Abang pesan ni?ʼʼ Uzair memberikan pesanannya kepada Azrina untuk menjaga kehormatannya sewaktu ketiadaan Uzair selama dua, tiga hari.
ʻʻBaik, Bangʼʼ balas Azrina, cuba untuk berjanji. Janji yang sama telah banyak kali diberikan kepada suaminya tetapi malangnya sebelum ini ianya terdusta juga.
ʻʻJaga anak kita baik-baik, sayangʼʼ pesan Uzair lagi. ʻʻAnak dirumah...ʼʼ sambungnya merujuk kepada Qistina yang sedang didukung Kartini, ʻʻ...dan anak kita dalam perut sayang niʼʼ katanya lagi sambil mengusap perut Azrina.
ʻʻBaik, Bangʼʼ angguk Azrina lagi.
Uzair kemudian mengambil Qistina dari dukungan Kartini dan mencium pipi kiri dan kanan anak kecil itu.
ʻʻPapa pergi dulu, Tina. Jangan nakal-nakal tau?ʼʼ pesan seorang bapa kepada anak gadisnya yang hanya angguk antara faham atau tidak.
Uzair kemudian menyerahkan Qistina kembali kepada Kartini.
Dia kemudiannya masuk ke tempat duduk pemandu, dan membawa kereta MPV itu keluar dari perkarangan rumah mereka, kesemua di dalam dan yang tinggal dirumah melambai tangan sehinggalah kenderaan itu hilang dari pandangan.
Setelah Uzair dan ibu bapa mertua mereka telah pergi, Azrina dan Kartini yang masih mendukung Qistina masuk semula ke dalam rumah.
Sepanjang hari, Azrina duduk termenung di dalam bilik tidurnya mengenangkan kemelut hidupnya yang begitu rumit sekali.
Seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu, melakukan kecurangan bersama lelaki lain.
Hidup sebumbung, tidur sekatil, tanpa mengenal sebarang erti pahala dan dosa.
Sehinggalah hubungan cinta mereka mungkin telah membenihkan satu nyawa yang baru di dalam rahimnya.
Azrina menelan air liur.
YOU ARE READING
Firasat Cinta
RomansSyarifah Azrina adalah seorang pensyarah doktor falsafah jelita yang merupakan pakar dalam kajian oneirologi. Dalam kajiannya mentafsirkan mimpi, beliau sendiri dihantui dengan bayangan seorang lelaki misteri. Seorang lelaki yang tidak kenali. Seor...