36

10.1K 159 157
                                    

ʻʻBabe... betul ke kau nak tengokkan anak-anak aku ni. Tak menyusahkan ke?ʼʼ tanya Azrina kepada rakan baiknya Emma, sambil baju Afiq dimasukkan ke dalam beg pakaian.

ʻʻIsh... kan ke aku yang mintak nak babysit Fiq dan Tina this weekend?ʼʼ kata Emma yang sama-sama membantu Azrina mengemas beg pakaian anak-anaknya.

ʻʻYa, betul. Tapi that was the original plan yang sepatutnya Uzair balik hujung minggu ni, kan. Now, dia dah tak jadi balik, plans kitaorang nak bersama weekend ni tak jadi lah. So basically, you donʼt have to babysit the kids for us anymoreʼʼ kata Azrina, suaranya sedikit hampa, sambil melihat kertas lampiran tempahan hotel Amverton Cove Golf & Island Resort di Pulau Carey yang terpaksa dibatalkan.

Azrina merenung sebentar kertas lampiran tempahan hotel tersebut dengan mata yang sedikit berair.

Azrina kemudian menghela nafas cetek, pantas. Kertas lampiran tempahan hotel tersebut kemudiannya dikoyakkan oleh Azrina menjadi dua. Kemudian ianya dilipat dan dikoyakkan lagi menjadi empat. Dilipat lagi dan dikoyakkan lagi sekali. Barulah dibuang terus ke dalam tong sampah. Azrina menepuk-nepuk sambil mengibas-ngibas kedua-dua tangannya tanda puas hati.

Azrina sebenarnya telah membuat tempahan tiga hari dua malam di Amverton Cove di Pulau Carey sebagai kejutan istemewa buat Uzair apabila suaminya itu pulang dari Kota Kinabalu hujung minggu ini.

Kebetulan pula hujung minggu ini adalah hujung minggu yang panjang kerana disekalikan dengan cuti umum Hari Kebangsaan.

Kesempatan mendapat hujung minggu panjang terus diambil Azrina untuk membuat tempahan hotel lima bintang itu agar dapat meluangkan masa bersama dengan Uzair secara berdua sahaja.

Rancangan asalnya, sambil mereka berdua berbulan madu, Afiq dan Qistina akan dijaga oleh Emma dan suaminya Rahman.

Sewaktu Azrina mencadangkan rancangan itu kepada Emma, rakan baiknya itu terus sahaja bersetuju dengan gembira sekali.

Emma dan suaminya Rahman masih belum mendapat sebarang rezeki cahayamata walaupun setelah sepuluh tahun mendirikan rumahtangga. Cadangan Azrina itu begitu mengembirakan sekali kepada kedua pasanngan suami isteri ini. Malah, persiapan awal untuk menjaga Afiq dan Qistina telah pun dibuat sejak dua-tiga hari lampau.

Malangnya, Uzair telah memberitahu Azrina yang dia tidak dapat pulang sehinggalah pada minggu hadapan kerana dia terpaksa berurusan dengan seorang Datuk berbangsa cina di sana.

Akibatnya, Azrina terpaksa membatalkan tempahan resort lima-bintang itu dengan hampa.

Tetapi, Emma tetap juga ingin meneruskan penjagaan anak-anak Azrina pada hujung minggu ini kerana dia dan Rahman sudah tidak sabar menunggu kedatangan kedua anak rakan baikknya itu ke rumah mereka. Malah, Emma dan Rahman sudah ibarat ibu dan bapa angkat kepada anak-anak Azrina dan Uzair.

Azrina mengeluh sambil memandang kertas lampiran resort yang telah dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah sebentar tadi.

ʻʻMarah nampak? Janganlah marah, nanti cepat tuaʼʼ kata Emma, sedikit cuba bergurau.

ʻʻTak marah. Hampa jer. Disappointed. Iʼm so looking forward to spend time dengan dia this weekend. Just the two of us, without the kids. We havenʼt been intimate for such a long time. Badan aku ni dah terlajak horny kau tahu tak?ʼʼ kata Azrina.

Melihat rakannya itu sedikit muram, Emma mengusap-usap belakang Azrina. ʻʻBukannya selalu dia outstation lama macam ni. I mean, Iʼm sure dia nak balik jumpa kau, tapi sebab kerja dia tak selesai lagi kan. Lepas dia balik nanti, ambik lah cuti. Tak perlu tunggu long weekend macam ni. Bila-bila masa jer boleh. And... aku dah Rahman okay jer nak jaga anak-anak kauʼʼ

Firasat CintaWhere stories live. Discover now