24

8.4K 136 34
                                    

Azrina dan Kartini sibuk menyiapkan juadah makan malam. Pelbagai jenis lauk-pauk telah dimasak dan disediakan. Hidangan seperti ayam berempah, tomyum seafood, sotong goreng bersalut tepung, sayur kailan, nasi putih, dan air sirap limau kasturi dimasak dan dibancuh sejak dari petang tadi. Ini adalah kerana pada malam nanti ada tetamu yang akan bertandang. Beliau merupakan rakan sekerja Uzair yang telah dijemput untuk sama-sama makan bersama mereka sekeluarga.

Bagi Azrina, kehadiran tetamu malam nanti satu peluang untuk dia mengalihkan perhatian sambil menyibukkan diri. Seminggu lamanya, dia memendam perasaan. Keliru dengan pergolakan yang berlaku di dalam hatinya sendiri.

ʻʻReenʼʼ suara suaminya Uzair memecah kelamunan Azrina di dapur. ʻʻYou termenung apa tu?ʼʼ

Azrina sedikit tersentak mendengar suara suaminya tadi. ʻʻEh, Abang. Tak de apa-apa. Reen terfikir pasal kerja jerʼʼ katanya, sedikit menipu sunat. Well... kalau Ashraff masih dikira sebagai kerja... maka tak de masuk dalam kategori tipu lah kan.

ʻʻAmboi. Dulu Reen sendiri yang cakap, jangan bawak hal kerja masa hujung minggu. Ni awak pulak yang mengelamun pasal kerjaʼʼ Uzair menyindir sambil memegang kedua-dua bahu Azrina dari belakang.

ʻʻTak de lah, Bang. Terlintas dekat fikiran jerʼʼ balas Azrina sambil tersenyum tatkala bahunya disentuh oleh Uzair.

Uzair merapatkan badannya pada Azrina. Dia mencium leher isterinya itu. ʻʻIsshhh... masamnya awak ni. Malu lah dekat guest... isteri abang bau masam macam ni. Pergi freshen up and tukar baju nanti ya?ʼʼ

ʻʻAlah bang niʼʼ balas Azrina, sedikit protes. ʻʻKan Reen tengah masak dekat dapur ni. Of course lah berpeluh, bau masam kan. Ingat tukang masak bau macam bunga mewangi ke?ʼʼ

Uzair tergelak. ʻʻAbang gurau jer lah. Abang remind jer pun. Ni, nanti pakai baju cantik sikit tau. Jangan lupa pakai tudung okay?ʼʼ

ʻʻYa lah bang. Reen tahu lahʼʼ ngomel Azrina pada gurauan suaminya.

ʻʻOk, abang nak naik maghrib dulu. Dah pukul 7.30pm. Banyak lagi ke nak kena prepare?ʼʼ

ʻʻTak banyak pun. Dah siap most of it. Reen nak kemas-kemas, and then naik bersiap. Kawan Abang sampai pukul berapa?ʼʼ tanya Azrina.

ʻʻAbang jemput pukul lapan. Sat lagi sampai lah tuʼʼ balas Uzair.

ʻʻOk Bangʼʼ Azrina mengangguk.

Uzair mencuit pipi isterinya dan kemudian berjalan naik ke tingkat atas rumah untuk mandi dan solat maghrib.

Azrina meneruskan kerja-kerja dapurnya dengan memasukkan lauk pauk dari dalam kuali dan periuk ke dalam pinggan-pinggan hidangan. Ayam berempah, udang goreng dan sayur kailan disediakan dulu. Pinggan-pinggan mangkuk diserahkan kepada Kartini yang membawanya ke ruang makan untuk dihidang.

Sementara itu, periuk tomyum masih dibiarkan di atas dapur. Azrina mengecilkan api untuk memastikan sup tomyum itu kekal panas. Tudung periuk ditutup.

Empat pot beras dicedok dan dibasuh. Selepas dijerang, beras dimasukkan ke dalam rice cooker bersama air yang disukat dengan jari telunjuk. Suis rice cooker tersebut ditekan untuk menghidupkannya. Ianya dibiarkan untuk masak.

Beberapa buah limau kasturi dipotong empat dan diperah ke dalam jug. Kemudian dibancuh bersama sirap dengan air masak. Ketulan ais dicampurkan sekali sambil air gaul sebati.

Jug air dibawa ke ruang tamu. Kartini mengekori Azrina membawa gelas dan pinggan kosong, dan menyusunnya di atas meja.

Azrina memandang ke arah jam. Masa berlalu dengan pantas tanpa disedarinya. Jam sudah menunjuk pukul 7.50pm.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now