43 🔞

36.1K 202 152
                                    

Jurnal Doc Reen

Akirnya aku akur menerima sepenuhnya takdir ku.

Aku menerimanya kerana aku telah nampak bayangan firasat masa depan ku benar-benar terjadi.

Tetapi cahaya bayangan masa depan itu tak kan hadir kalau ianya tidak disuluh padaku.

Apakah yang menyebabkan sinaran itu tiba padaku?

Atau... persoalan yang sepatut ditanya ialah...

Siapakah?

* * * * *

ʻʻMamaaa!!ʼʼ Afiq berlari-lari ke arah Azrina tatkala melihat ibunya sudah tiba di depan gate rumah Emma dan Rahman.

Azrina terus memeluk anak sulungnya dengan gelak riang dan tawa. Rindu betul dalam hatinya setelah seminggu tidak berjumpa. Dicium-cium kepala yang basah dengan peluh sedalam-dalamnya.

ʻʻFiq apa khabar? Rindu mama tak?ʼʼ tanya Azrina sambil mendukung anaknya itu. Di dalam ruang rumah Emma, nampak Kartini yang sedang mendukung Qistina datang menghampiri mereka. Emma dan Rahman juga ada, tersenyum manis dari belakang.

ʻʻRiin... duuu!!ʼʼ balas Afiq sambil memeluk dan mencium pipi Azrina pula. Walaupun sudah seminggu dimanjai oleh Emma dan Rahman, tapi bau ibu sendiri tetap menjadi idaman hati si-kecil ini. ʻʻRiin..duu.. Mama... rin.. duu.. pa..paa!ʼʼ kata Afiq lagi.

Azrina tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu. Memang tidak dinafikan dia sangat merindui ayahnya. Dah dua minggu mereka tidak berjumpa. Tak pernah Uzair berenggang lebih selama itu dari keluarganya. Azrina sedikit terharu mendengar kata-kata anaknya itu. Matanya mula berkaca-kaca.

ʻʻAfiq rindu papa ya... papa balik besok, big boyʼʼ kata Azrina yang disambut dengan tawa riang dari Afiq. ʻʻKita jemput papa dekat airport besok okay?ʼʼ Azrina berkata lagi.

ʻʻYeeeayyy!ʼʼ Afiq melonjak-lonjak gembira dalam dukungan Azrina.

ʻʻHmmm... si mama nya tak rindu dekat papa jugak ke?ʼʼ tanya Emma yang menghampiri mereka sambil berjenaka.

ʻʻYang tu mana boleh bagi tahu kau!ʼʼ Azrina mengecitkan sebelah matanya pada Emma.

Azrina kemudian meletakkan Afiq di atas lantai dan kemudian mengambil puterinya dari dakapan Kartini. Qistina gelak ketawa melihat ibunya. Rindu puteri kecil itu untuk meminum susu badan. Seminggu lamanya dia terpaksa minum susu formula dari botol sahaja. Terus saja dia mendakap kelapa pada dada ibunya.

Sambil mengurut-urut belakang Qistina, Azrina menoleh pada Emma. ʻʻThank you, babe, sebab tengok-tengokkan anak-anak. Susah-susah kau dengan Man jerʼʼ kata Azrina.

ʻʻEhh... kitaorang lagi suka diaorang dekat ini. Kalau boleh nak tinggal terus pun tak pe... kan, Man?ʼʼ balas Emma sambil menjeling manja pada suaminya,

ʻʻIshh... awak ni. Nak kidnap terus budak-budak tu ke apa? Mestilah budak-budak tu rindu dekat mama dan papa diaʼʼ tanya Rahman sekadar membalas. Tetapi di dalam hati, dia yang lebih rindu pada kedua kanak-kanak itu. Hasrat Rahman untuk memiliki zuriat sendiri masih lagi belum ada rezeki walaupun sudah sepuluh tahun mendirikan rumah tangga bersama Emma.

ʻʻMeh aku pasangkan car seat diaorang dalam kereta kauʼʼ pelawa Rahman pada Azrina.

Azrina mengangguk sambil Rahman mencapai car seat dan baby seat milik Afiq dan Qistina dari keretanya untuk memindahkan pada kereta Azrina pula. Kartini juga turut membantu Rahman memindahkan kerusi-kerusi itu.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now