46

19.5K 181 244
                                    

Uzair, Ashraff, Shukri, Azman, Dean, dan dua orang lagi komisioner baru sudah bersiap sedia dengan beg golf masing-masing sambil berjalan menuju ke lubang pertama padang Awana Genting Highlands Golf and Country Club resort.

Kali ini dua buggy ditempah untuk merekta, memandangkan Shukri yang agak berusia mungkin sukar untuk merentasi padang golf 18 lubang itu dengan hanya berjalan kaki.

Perlawanan persahabatan itu dimulakan agak lewat kerana ramai pemain lain yang telah sampai dulu sesubuh pagi dan memulakan flight mereka dengan lebih awal.

Lagipun, perlawanan golf ini hanyalah diadakan dengan santai sahaja, dan bukannya perlawanan yang serius pun. Oleh yang demikian, mereka memberi laluan kepada pemain-pemain semi-professional untuk memulakan pukulan mereka dahulu, kerana mereka bercadang untuk mengambil masa bermain sampai ke petang.

Shukri selaku tetamu jemputan memulakan pulukan pertama menggunakan driver kegemarannya. Malangnya, disebabkan kecergasan refleksinya sudah tidak sehebat dulu, pukulan sulungnya itu menyebabkan bola mendarat di rough ground.

Azman dan Dean pula membuat tee-off masing-masing. Sebagai pemain yang mempunyai handicap yang tinggi, pukulan mereka pun tidak lah secantik mana.

Shukri, Azman dan Dean kemudian menaiki buggy pertama untuk menuju ke bola mereka.

Giliran dua komisioner baru kemudiannya pula. Pukulan mereka lebih mantap berbanding kumpulan pertama tadi. Keduanya mendarat tepat di atas fairway.

ʻʻKorang take the second buggy, guys. Saya dengan Ashraff jalan kaki jerʼʼ pelawa Uzair pada kedua komisioner baru tadi.

Mereke mengangguk dan menaiki buggy kedua menuju ke bola mereka pula.

Tinggallah Uzair dan Ashraff pada tee lubang pertama.

Uzair memukul bolanya pula. Ianya terbang tinggi, jauh dan mendarat atas fairway dengan kedudukan yang cantik sekali.

ʻʻPower, as usualʼʼ puji Ashraff.

ʻʻKau punya turn pulakʼʼ kata Uzair, sedikit bangga dengan pukulan sulungnya tadi.

Ashraff mengambil tempatnya. Dipacakkan bola dan tee di atas rumput. Kayu golf driver dipegang kedua tangan. Mata memandang fairway. Kayu golf dihayunkan, dan bola dipukul kemas. Terbang tinggi sama jauh dengan bola Uzair, mendarat tidak jauh dari bola rakannya tadi.

ʻʻNever disappoint, as usualʼʼ puji balas Uzair pula, menepuk tangan.

Ashraff hanya tersenyum pada rakan baiknya itu. ʻʻBuggy kita diaorang dah ambikʼʼ

ʻʻExercise lah, bro. Jom kita jalanʼʼ kata Uzair sambil menggalas beg golf nya atas bahu.

Ashraff turut juga menggalas beg golfnya dan mengekori sahabatnya itu.

ʻʻSo kau buat apa sekarang, Raff?ʼʼ tanya Uzair, memulakan perbualan kosong, sambil mereka berdua berjalan menuju ke bola yang berada di atas fairway.

ʻʻDoing my own thing. Melukis. Write-up sikit-sikit pasal academia akuʼʼ balas Ashraff sambil mereka berjalan bersama.

ʻʻAku dengar kau dah ada girlfriend sekarang? Riuh gossip pasal kau dekat 360 hari tuʼʼ senyum Uzair sambil memandang sahabatnya.

Ashraff sedikit tertunduk. Senyum sendiri. ʻʻYup. Iʼm with someone sekarangʼʼ katanya terkenangkan Azrina, cinta hatinya. ʻʻMadly in love with herʼʼ

ʻʻDah agak dahʼʼ ketawa Uzair. ʻʻKau dok menjiwang lirik Alleycats bagai haritu, aku dah dapat agak kau tengah dilamun cinta sekarangʼʼ

Ashraff tersenyum, hanya melihat Uzair dihujung mata. Kalau lah sahabatnya ini tahu yang Ashraff sedang bercinta dengan isterinya. Kalaulah dia tahu.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now