31

9K 159 134
                                    

FINGERPRINT REGISTERED

Tulisan hijau pada paparan LCD di pintu masuk kondominum OneKL Ashraff menandakan pendaftaran cap jari yang baru telah berjaya dilakukan.

Ashraff menoleh kepada Azrina sambil tersenyum. ʻʻDah save dah. From now on, you hanya perlu gunakan jari telunjuk you untuk masuk rumah Iʼʼ

Azrina membalas senyuman Ashraff. ʻʻSo setiap kali I datang rumah you, I just need to use my finger? Tak perlu kunci?ʼʼ tanyanya.

ʻʻYupʼʼ angguk Ashraff. ʻʻCubalahʼʼ katanya sambil menunjuk pada kunci Yale Keyless Door Lock yang telah dipasang pada pintu kondominiumnya.

Azrina meletakkan jari telunjuknya pada pengimbas hitam di kunci pintu itu.

Lampu hijau menyala dengan bunyi beep yang kecil tetapi nyaring.

ʻʻWelcome to our house, sayangʼʼ senyum Ashraff sambil membuka pintu yang sudah tidak lagi berkunci itu.

Azrina hanya memandang Ashraff dengan sedikit jelingan, sekaligus menggeleng kepala atas gurauan nakal Ashraff tadi.

Azrina melangkah masuk ke dalam kondominium Ashraff sambil lelaki itu mengekori dari belakang. Pintu kondominium ditutup kembali. Lampu hijau bertukar menjadi merah menandakan pintu telah dikunci secara otomatik.

Ashraff membawa bersamanya bungkusan nasi ayam hainanese yang mereka beli di Bukit Bintang petang tadi. Pada mulanya mereka bercadang untuk makan malam bersama di restoran. Tetapi selepas fikir balik, mereka membuat keputusan untuk tapau nasi ayam terkenal itu dan menghabiskan masa bersama untuk makan di rumah saja.

Azrina meletakkan beg tangannya di atas sofa. Beg tangan itu dibuka, dan telefon iPhone-nya diambil keluar.

Terdapat dua missed calls dari suaminya Uzair yang sedang berada di Kota Kinabalu pada ketika itu.

Azrina menarik nafas perlahan, telan air liur sekali, merenung nama Hubby yang tertera pada telefon tersebut untuk seketika. Matanya sedikit berkaca-kaca. Terdetik rasa bersalah dan berdosa dalam dirinya sebab dia sekarang berada di dalam rumah lelaki lain sewaktu ketiadaan suaminya.

Tetapi, Azrina kemudiannya mematikan telefon tersebut dan meletakkannya semula ke dalam beg tangannya.

Beg tangan ditutup dan dibiarkan atas sofa.

Azrina menutup mata sebentar dan menghela satu nafas dalam. Mata dibuka semula.

Dengan bersahaja, Azrina kemudiannya melucutkan tudungnya dari kepala. Kain lilit dileraikan perlahan dan kemudian diletakkan atas sofa.

Rambutnya dibetul-betulkan sedikit dengan jari.

Ashraff datang menghampiri Azrina dari belakang. Dengan perlahan, Ashraff mencium leher dan rambut Azrina yang sedikit basah dengan peluh.

ʻʻAsh... I masam lah. Belum mandi lagi ni kanʼʼ kata Azrina sambil melentokkan lehernya kesebelah kiri sambil Ashraff masih lagi menciumnya dari belakang.

ʻʻBau you ni lah yang membuatkan I tak tidur malam, sayangʼʼ bisik Ashraff. Mulutnya dibuka sedikit dan satu ciuman love bite ditinggalakn pada leher Azrina.

Azrina mengeliat sedikit tatkala lehernya digigit meninggalkan bekas merah.

Ashraff cuba memeluk tubuh Azrina dari belakang, tetapi oleh kerana bungkusan nasi ayam itu masih ada lagi di tangan, bungkusan itu terus sahaja di capai oleh Azrina sambil dia melangkah kehadapan meleraikan pelukan lelaki itu.

ʻʻYou nak dinner dah ke?ʼʼ tanya Azrina sambil berjalan ke arah dapur, bungkusan nasi ayam sekarang di dalam tangannya.

Ashraff tersenyum dengan usikkan Azrina yang seperti mengelak tadi. Dia mengekori Azrina ke dapur. ʻʻBoleh jugak. Perut I tengah lapar niʼʼ

Firasat CintaWhere stories live. Discover now