44

18K 172 132
                                    

Sedikit merah muka Uzair jelas kelihatan apabila dirinya diberikan tepukan berdiri oleh Azman, Dean dan Mentari di dalam mesyuarat projek Kesawa Group itu. Turut bersama mereka ialah Khairul, Yusuf, Sulaiman, Emir dan beberapa lagi jurutera dan arkitek mengucapkan tahniah di atas kejayaannya mendapatkan cement additives untuk projek Tower-M yang hampir-hampir terbengkalai.

Uzair tersipu malu diatas penghargaan yang telah diberikan kepadanya. Dia menunduk hormat kepada semua yang hadir. ʻʻKorang ni. Janganlah over sangat. Macam lah saya dah menang anugerah Bintang Popularʼʼ katanya berjenaka.

ʻʻLab result pun dah kami terima. Concrete strength setanding, if not exceed, Portland Vʼʼ kata Azman sambil menunjukkan keputusan compression test sample yang baru mereka terima pada skrin projektor dihadapan mereka. ʻʻOutstanding. This is the best mixture weʼve seen so farʼʼ

ʻʻWowʼʼ balas Emir, jurutera sivil kumpulan itu, sambil melihat angka-angka yang tertera di skrin di hadapannya. ʻʻDengan figures macam tu, nak buat 200 tingkat pun boleh ni, Zair!ʼʼ katanya dengan anggun.

ʻʻKau nak aku bina sampai ke awan pun boleh aku buat, Mirʼʼ seloka Uzair yang disambut dengan gelak ketawa oleh hadirin mesyuarat.

ʻʻThis cause for a celebration!ʼʼ cadang Mentari.

ʻʻI was about to say thatʼʼ kata Dean. ʻʻGolf seround dekat Awana!ʼʼ

ʻʻHey!ʼʼ bantah Mentari. ʻʻTak aci you boys asyik nak golf jer!ʼʼ

ʻʻOkay, what do you have in mind, my dearest?ʼʼ tanya Dean pada isterinya.

ʻʻMalam ni kita celebrate dekat 360, jom?ʼʼ kata Mentari sambil mengecitkan sebelah matanya pada suaminya.

ʻʻI like it. 360 it isʼʼ balas Dean, tersenyum manis pada isterinya, Mentari. Restoran Atmosphere 360 di Menara Kuala Lumpur itu banyak meninggalkan kenangan manis pada pasangan suami-isteri ini. ʻʻNanti I suruh Linda buat reservationʼʼ

ʻʻOk, set. Kita open table jam lapan malam dekat 360. Everyone bring your spouse okay?ʼʼ kata Mentari lagi.

Semua haidirin mesyuarat angguk setuju.

ʻʻExcellent. Ok, kita break kejap for refreshmentʼʼ cadang Azman pula. ʻʻLetʼs take five, and then kita sambung bincang pasal projek kita dekat KK pulakʼʼ katanya sambil menepuk bahu sahabat baiknya, Khairul.

ʻʻSounds good. Aku pun tak tahan nak pergi toilet niʼʼ seloka Khairul sambil berdiri untuk meminta diri. Azman gelak mendengar gurauan rakan sekolahnya itu.

Setelah masing-masing keluar sekejap samada untuk ke bilik air, menghisap rokok, atau sekadar ingin menggeliat tubuh badan, tinggallah beberapa orang di dalam bilik mesyuarat tersebut, termasuklah Azman dan Uzair.

Azman datang mendekati Uzair dan bersandar di bucu meja disebelah lelaki itu.

ʻʻHow do you managed to pull this off, Zair?ʼʼ tanya Azman sambil tersenyum berpeluk tubuh, sekadar ingin tahu.

ʻʻAlah, boss... Boss tak kan tak tahu my charming skills in negotiationsʼʼ gurau Uzair. Azman tergelak.

Tetapi tawa Azman tidak berpanjangan. Selepas hanya seketika, mukanya kembali memandang Uzair. ʻʻIʼm curious, Zair. Last time I cuba deal dengan Datuk Charles, it went sidewaysʼʼ

Raut gelak Uzair beransur-ansur juga hilang sedikit demi sedikit, meninggalkan satu senyuman manis yang kecil pada diri sendiri.

Azman menyambung lagi, ʻʻUntuk someone macam Charles nak buat deal, mesti ada give and takeʼʼ Azman merenung mata Uzair, ʻʻTell meʼʼ katanya lagi, ʻʻwhat did you give Charles untuk dapatkan additives ni?ʼʼ

Firasat CintaWhere stories live. Discover now