Proses pemindahan barang-barang dan perabot rumah dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu yang memakan masa sebulan lamanya itu akhirnya selesai sudah. Uzair menandatangani borang penerimaan dan menyerahkan kepada keledar lori terakhir yang membawa perabot ruang tamu keluarga muda ini, diikuti dengan salaman mesra bersama kesemua pekerja-pekerja yang telah membantu mengangkat perabot-perabot tadi ke dalam rumah.
Rumah bungalow enam bilik di atas kawasan tanah rumput seluas setengah ekar menghadap Laut Cina Selatan inilah yang akan menjadi tempat kediaman pasangan muda ini untuk sekurang-kurangnya lima tahun akan datang.
Azrina yang sudah empat bulan mengandung menghampiri suaminya Uzair yang sedang mengelap peluh dengan tuala muka yang kemudiannya disidai di bahu. Azrina memeluk tubuh suaminya dari belakang sambil mata melihat Qistina berlari-lari anak riang di padang rumput rumah mereka sambil dikejar Kartini.
ʻʻCantiknya rumah ni, Bang. Walaupun dah sebulan kita dah pindah ke sini... but I can't never grow tired how beautiful KK isʼʼ bisik Azrina sambil tersenyum melihat anak perempuannya berlari sambil tergelak gembira.
ʻʻTak kan cantik mana-mana rumah kalau tidak kerana suri di dalamnya, Sayangʼʼ kata Uzair, membalas pujian untuk isterinya pula. ʻʻTu lah, awak ni. Dulu jual mahal sangat tak nak pindah ikut Abang. Sekarang baru awak terpegun tengok betapa cantiknya tempat baru kita niʼʼ gurau Uzair lagi.
ʻʻAbang ni!ʼʼ Azrina menampar manja belakang suaminya. Mereka gelak ketawa bersama.
Uzair kemudian menoleh tubuhnya untuk berdepan dengan Azrina dan memeluk pinggang isterinya pula. Gelak ketawa tadi beransur-ansur reda.
ʻʻReen tak rindukan KL ke nanti?ʼʼ tanya Uzair kepada Azrina.
Azrina merehatkan kepalanya pada dada Uzair, kemudian pejam mata buat seketika.
ʻʻYang Reen rindu... rindu tak dapat nak ziarah kubur arwah Afiq, Bangʼʼ katanya sedikit sayu. ʻʻMesti Afiq seronok berlari-lari dengan Tina kalau dia ada dekat sini, kan Bang?ʼʼ suaranya sedikit sebak.
Uzair pun terasa sedih mengenangkan anak sulungnya yang telah pergi buat selamanya. ʻʻAfiq tengah tersenyum di dalam syurga sekarang, Sayang. Dia pasti gembira melihat kita dekat sini. InshaAllah berkat doa, kita akan bertemu lagi di alam kekal nantiʼʼ
ʻʻInshaAllahʼʼ kata Azrina sambil setitis air mata jatuh membasahi pipi. Matanya tidak lekang melihat Qistina berlari, sambil angin bayu laut bertiup nyaman pada tubuh mereka yang sedang berdiri.
Setelah seketika mereka berdiri menikmati bayu Laut Cina Selatan, Uzair memegang tangan Azrina dan memimpinnya berjalan masuk ke dalam rumah kediaman baru mereka.
ʻʻJom kita mandi, bersiapʼʼ kata Uzair. ʻʻMalam ni kita ada dinner dengan boss abang, Tuan Khairul dan wife dia Mawarʼʼ
ʻʻOk, Bang. Abang pergilah dulu. Reen nak tengok si kucing tu kejapʼʼ katanya berjenaka.
Uzair menampar punggung isterinya sambil mereka gelak ketawa bersama.
Uzair naik ke tingkat atas sambil Azrina masih berada di tingkat bawah.
Rumah banglow dua tingkat itu mempunya empat bilik tidur utama di tingkat atas dan dua milik tidur tetamu di tingkat bawah.
Salah satu dari bilik tidurnya telah diubahsuai untuk penghuni yang sedang berada di dalamnya.
Azrina membuka pintu bilik tidur tetamu itu. Bilik itu malap, cahayanya kelam menang disengajakan. Langsir ditutup, hanya lampu katil yang dipasang. Suhu bilik itu sejuk, mesin penghawa dingin hypoallergenic dipasang untuk memastikan bilik itu bersih tiada kuman.
YOU ARE READING
Firasat Cinta
RomanceSyarifah Azrina adalah seorang pensyarah doktor falsafah jelita yang merupakan pakar dalam kajian oneirologi. Dalam kajiannya mentafsirkan mimpi, beliau sendiri dihantui dengan bayangan seorang lelaki misteri. Seorang lelaki yang tidak kenali. Seor...