30

8.3K 153 88
                                    

Pesawat Malaysia Airlines MH2710 yang berlepas dari KLIA tiga jam yang lalu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Uzair berucap syukur tatkala kesemua roda-roda pesawat Boeing 737-8 itu mencecah landasan dengan kemas, seperti seekor burung yang meluncur sambil mendarat di atas permukaan air yang tenang. Sepohon doa juga dipanjatkan kepada Ilahi agar semua urusannya di Negeri di Bawah Bayu yang pertama kali dijejakinya itu dipermudahkan.

Beg laptop diambil dari overhead compartment, digalas pada bahu. Senyuman diberikan kepada peramugari yang mengucapkan selamat jalan sambil menunggu ditepi pintu.

Beg pakaian dicapai dari karosel bagasi sejurus sahaja ia muncul dari perut pesawat. Tanpa perlu menggunakan trolley, Uzair menarik beg pakaiannya dengan beg laptop digalas di bahu sambil berjalan menuju ke balai ketibaan.

Sepasang suami isteri dalam lingkungan umur tiga puluhan menantinya di pintu keluar. Si suami memegang iPad Pro dengan tulisan putih ʻSyed Uzairʼ terpampar di atas skrin-nya.

Melihat namanya itu, Uzair melambai tangan sambil tersenyum mendapatkan mereka.

ʻʻSaya Uzairʼʼ katanya sambil tersenyum manis. Uzair bersalaman dengan lelaki itu.

ʻʻKhairulʼʼ kata lelaki itu memperkenalkan diri. ʻʻAnd this is my wife, Mawarʼʼ

Uzair kemudian menyalam pula tangan Mawar. Tinggi cantik orangnya, kulit sedikit hitam manis. Kurus, tidak bertudung. Bau wangi seharum namanya.

ʻʻApa khabar Encik Khairul, Puan Mawar. Susah-susah jer Encik dan Puan jemput saya disiniʼʼ kata Uzair hormat.

ʻʻIshh... tak de susahnya pun. Kami semua kan kawan-kawan. And one more thing. Itʼs just Khairul and Mawar. None of this Encik and Puan titles, okay?ʼʼ kata Khairul sambil menepuk bahu Uzair.

ʻʻSegan pulak saya. You berdua kan rakan sekolah Tuan Azman. Dia tu boss besar saya tuʼʼ balas Uzair dengan hormat.

ʻʻItu hal you dengan Azmanʼʼ balas Khairul. ʻʻTapi dengan kitaorang, there is no formality hereʼʼ

ʻʻBaiklah kalau begituʼʼ angguk Uzair. ʻʻBut thank you so much sebab jemput I dekat airport niʼʼ

ʻʻFirst time ke KK ke, Uzair?ʼʼ tanya Mawar pula.

ʻʻJust call me Zairʼʼ senyum Uzair. ʻʻAnd yes, first time. Dari atas plane, I dah nampak cantik betul negeri ni. Such a beautiful countryʼʼ

ʻʻIt is. This place is simply majestic. Negerinya cantik. Orangnya peramah. And the seafood here, is simply marvellousʼʼ Khairul yang mencelah.

ʻʻCanʼt wait to bring my wife here. Iʼm sure she will love itʼʼ senyum Uzair, teringatkan isterinya Azrina.

ʻʻKenapa tak bawa sekali?ʼʼ tanya Mawar.

ʻʻDia kerja, Mawar. Sheʼs a lecturer dekat USM KLʼʼ jelas Uzair, sedikit raut bangga wujud di dalam suaranya. Bangga dengan pencapaian isterinya.

ʻʻAlah. Ambil cuti lah sekali-sekala, ikut husband kan. Boleh honeymoon sekaliʼʼ gurau senda Mawar.

Uzair tergelak manis. ʻʻInshaAllah, next timeʼʼ

ʻʻOk, jom? Kereta I dekat sanaʼʼ kata Khairul menjemput Uzair untuk mengikut mereka.

Uzair mengangguk sambil menarik beg menuju sebuah kenderaan Audi Q6 e-tron berwarna hitam.

ʻʻYou all dah berapa lama duduk Sabah?ʼʼ tanya Uzair sekadar berbual kosong.

ʻʻDah nak masuk dua tahunʼʼ balas Mawar yang berjalan bersebelahan dengan Uzair, sambil suaminya pula berjalan di hadapan.

ʻʻWhat makes you two move here?ʼʼ tanya Uzair lagi.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now