" Satu tambah satu, dua. Dua tambah dua, empat! Empat tambah empat, lapan! Lapan tambah lapan, sepuluh! " nyanyi Jack.
" Kepala hotak engkau. Lapan tambah lapan dua belas lah! " marah Zayn.
" Dua-dua sama je bengap nak mampus. " kata Rayyan.
" Dahtu kalau kau pandai sangat, lapan tambah lapan berapa ha? " tanya Jack.
" Enam belas bengap. Dasar bengap. Korang berdua ni kalau aku hantar pergi prasekolah balik nak ke? " tanya Rayyan.
" Daripada masuk prasekolah, baik aku pergi cari awek piwwit. " kata Jack.
" Haah. Aku pun ramai lagi pesakit yang nak kena rawat. Daripada aku masuk pra, baik aku rawat diorang. Dapat pahala, dapat duit. " kata Zayn.
" Sudah lah kau. Ni Izham mana? " tanya Rayyan. Daripada tadi lagi tak nampak member tu.
" Oh, dia kata dia keluar kejap. Ada hal. Kenapa? Kau rindu dia ke? " selamba Jack berkata.
" Daripada aku rindu dia, baik aku siapkan kerja dekat office yang berlambak nak mampus tu. " kata Rayyan.
" Eh, aku nak keluar kejap. Tiba-tiba ada emergency. " pinta Zayn.
" Ha pergilah kau. Pergi terus dan tak usah lah dikau kembali kerana ianya hanya memberi kekacauan kepada diriku dan hanyalah menyemakkan otakku tentang kehadiran dikau. " monolog Jack berseorangan.
" Ni mesti kes terjebak dengan cerita P.Ramlee kan? " soal Zayn.
" Haah. Aku tengok cerita P.Ramlee kelmarin. Tup tup terpengaruh pula. " jawab Jack sambil menyumbat keropok.
" Dahlah Zayn. Pergilah kau. Nanti mati pesakit tu kang, naya kau. " kata Rayyan.
" Pergh, halau aku eh. Kurang ajar betul. Dahlah aku pergi dulu. Assalamualaikum gerak lu pape roger. " kata Zayn.
" Rayyan. " panggil Jack.
" Hm. " gumam Rayyan.
" Kalau aku nak kahwin kan, boleh ke? " tanya Jack.
Tersembur air sirap yang diminum oleh Rayyan.
" Gila ke kau ni? Nak kahwin bagai. Kau nak mati dengan Izham ke macam mana? Lagi satu, siapa perempuan malang yang nak dekat kau ni? " bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Rayyan.
" Aku tanya je. Memang taklah aku nak kahwin. Sia-sia je hidup aku kena pancung dengan Izham kang. " kata Jack sambil mengingati perjanjian mereka berempat.
" Aku nak kita buat satu perjanjian. " kata Izham.
" Apa dia? " tanya mereka.
" Kita tak boleh kahwin sampai bila-bila. "
" Kenapa? " soal Zayn.
" Kata kawan baik. Cuba imagine kalau kita kahwin, mesti kita dah takde masa nak lepak sama-sama. " terang Izham.
" Aku takkan kahwin Izham. Jangan risau. Lagi satu, siapalah yang nak dekat aku ni. Dahlah tak hensem. Tapi sebenarnya hensem je. Aku ada abs tau. Ha jangan main-main! " seloroh Jack.
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Mystery / ThrillerPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...