𝖐 𝖎 𝖑 𝖑 𝖊 𝖗 29

491 52 33
                                    

Syaza menganggukkan kepalanya. " Ya, sebenarnya dia kehilangan organ. Waktu Dr. Nuhail jalankan bedah siasat, dia dapati terdapat kesan jahitan pada buah pinggangnya. Puan Farihah kehilangan kedua-dua buah pinggangnya. Disini, saya dapat mencerna yang si pembunuh seakan-akan mahu mengaburkan pandangan kita. Dia buat kita ni tengok yang Puan Farihah tu kena tembak sahaja tapi sebenarnya, dia telahpun mencuri kedua-dua belah pinggang mangsa. " jelas Syaza panjang lebar.

" Dr. Nuhail kata, boleh jadi si pembunuh tu jual buah pinggang tu dekat pasaran gelap sama seperti usus tu. Harga buah pinggang dekat situ je RM 830,000. "

" Aku rasa yang si pembunuh ni perlukan duit. " ujar Syakir.

" Tuan nak kata yang dia miskin ke? " tanya Irwan.

Dia menggeleng.

" Aku tak tahu kenapa tapi, aku rasakan yang dia perlukan duit. Dan hati aku kuat mengatakan yang dia... seorang doktor. "

" Kenapa tuan rasa yang dia doktor? " tanya Syaza.

" Cara dia buat tu, professional. Ataupun, mungkin dia pembunuh yang berpengalaman. " terang Syakir.

" Mungkin juga tuan. Sebabnya, gas karbon monoksida ni tak boleh senang-senang je dapat. Biasanya dia kena ada lesen, baru boleh. Hospital pun dilarang sama sekali untuk guna gas ni. " terang Syaza apabila teringatkan ujaran daripada Dr. Nuhail semalam.

" Cari maklumat tentang semua doktor yang dapat kelulusan untuk gas tu. Aku nak semua maklumat tu ada atas meja aku pagi esok. " tegas Syakir.

" Baik tuan! " balas mereka.

" Irwan. " seru Syakir tiba-tiba.

" Ya tuan. " sahut Irwan.

" Jujur dengan aku. " pandangan tajam diberikan kepada Irwan.

Serta-merta jantung Irwan berdegup laju. Ah sudah, jujur apa pula ni. Terus pandangan dia beralih kepada Syaza.

Syaza pula statistik berdiri di situ.

" Kau ada sorokkan apa-apa daripada aku? " tanya Syakir untuk mendapatkan kepastian.

" Mana ada tuan. Saya tak ada sorokkan apa-apa pun. " jawab Irwan dengan tenang.

Bawa bertenang. Bukan bertendang macam anak Randy tak guna tu.

" Kau, tak tipu aku kan? " diselitkan nada tegas dalam pertanyaannya. Pandangannya turut dialihkan ke Syaza.

" Syaza? Mind to tell something? " tanya Syakir lembut. Dengan Syaza ni tak boleh tegas sangat. Karang, habis di buka aibnya.

Aib?

" Kau jangan nak marah-marah aku eh. Kalau kau marah ke, tengking ke apa ke, siap kau aku buka aib kau! " tegas Syaza memberikannya peringatan.

" Haih. Perangai kau dari dulu tak berubah. Baiklah cik puteri. " pasrah Syakir dibuatnya.

" Hehe bagus. Ni barulah sahabat aku! " sengih Syaza mengada.

Syaza hanya menggelengkan kepalanya seraya terus menundukkan kepalanya.

" Hm. Baiklah kalau macam tu. Aku pun nak pergi jumpa Tuan Risydan. Tah apa gila sangat orang tua tu nak jumpa aku malam-malam ni. Ingat aku takde kerja ke? " bebel Syakir sorang-sorang sambil berlalu keluar dari bilik mereka.

Automatik Irwan dan Syaza melepaskan tawa mereka. Lah nak ngumpat pun jangan lah depan diorang. Kang diorang bagitahu Tuan Risydan. Satu apa tak menjadi.

" JANGAN BERANI BAGITAHU TUAN RISYDAN! KALAU TIDAK SEKOR-SEKOR AKU PENGGAL! " jerit Syakir dari jauh.

Mereka berdua hanya menggelengkan kepala. Haih, macam-macam lah.

⚠︎⚠︎⚠︎

"

Assalamualaikum! "

" Assalamualaikum ohh Assalamualaikum! " jerit Syakir sedikit kuat.

" Assalamualaikum! Kami dari Jabatan Agama Islam mendapati Tuan berdua-duaan dengan perempuan yang bukan mahram! " jerit Syakir makin kuat.

" WOI! " jerkah seseorang dari jauh.

Mata dia melilau mencari siapakah gerangannya. Waktu malam, semuanya gelap gelita. Tak dapat nampak sangat orang dekat rumah-rumah sekitar kawasan tu.

Tiba-tiba matanya tertancap pada satu susuk tubuh di rumah yang bersebelahan dengan Tuan Risydan. Bilik itu masih lagi bercahaya.

" SENYAP LAH WOI! AKU NAK TIDUR NI! KAU INGAT NI JALAN BAPAK KAU KE?! " marah orang itu lalu terus menutup tingkap rumahnya.

Semua salah Tuan Risydan. Tadi bukan main suruh dia datang bagai. Tiba-tiba dah datang, tak reti pulak nak bukak pintu ni.

Baru sahaja dia hendak memusingkan badannya, pintu rumah itu akhirnya dibuka.

" Ha ye ye. Maaf lambat. " jawab Tuan Risydan.

" Tuan senaman malam ke macam mana ni? " sindir Syakir. Matanya tak henti pandang atas bawah Tuan Risydan ni. Berpeluh semacam.

" Aku staight. " kata Tuan Risydan tiba-tiba.

" Lah orang tua ni. Ingat aku nak gay ke macam mana? " gumam Syakir seorang diri.

" Hah. Masuk lah. Sabar kejap, biar aku buat air. Kau nak air apa ni? " soal Tuan Risydan.

" Ikut lah tuan. Saya minum je. Asalkan jangan air tak baik lah. " ujar Syakir sambil pandangannya melilau ke seluruh pelusuk rumah. Okey, cantik.

Lalu Tuan Risydan pun tiba bersama sebuah dulang berisikan sebuah jug air dan 2 gelas kaca.

" Jemput lah minum. " jemput Tuan Risydan.

Syakir menganggukkan kepalanya lal menghirup sedikit air kopi yang dibuatnya. Hm, sedap.

" Kenapa tuan panggil saya ke sini? " soal Syakir.

Tiba-tiba kepalanya terasa berpinar-pinar. Makin lama, pandangannya makin kabur.

" T-tuan... " suara seraknya memanggil-manggil Tuan Risydan.

" Aku minta maaf Syakir. " sayu Tuan Risydan berkata lalu...

PANG!

PANG!

PANG!

⚠︎⚠︎⚠︎

Jangan lupa vote and comment.

Jangan risau, Syakir tak mati. Ada orang selamatkan dia.

Hint next chapter :

Nasib baik kau datang. Kalau tidak, mesti aku dah mati.





































Killer [ C ]Where stories live. Discover now