Kepalanya berpinar-pinar dek kerana tadi kepala dia dihempap oleh satu kamus dewan yang tebal tu.
"BODOH LAH KAU NI! " jerkah Zayn.
Jack benar-benar mencabar kesabarannya. Rupa-rupanya, kaca yang pecah semalam tu angkara dia! Tak cukup dengan itu, dia dah terpecahkan laptop dan menumpahkan air kopi di atas kertas kerja milik Zayn.
Apa masalah kau ni Jack?
" A-aku minta maaf lah! Demi Allah aku tak sengaja! Semalam aku mamai. Mana aku tahu apa yang jadi. " jawab Jack. Dia tak salah.
" Kepala kau lah! Kau tahu tak kau dah pecahkan pinggan kaca tu! Dahlah mahal! Mak aku beli dekat Sepanyol kau tahu tak! " marah Zayn sambil dadanya turun naik.
" Aku tak sengaja Zayn. Takpe, aku ganti baru- "
" Hotak kau lah! Dahlah tu satu-satunya peninggalan harta arwah mak aku! Tu laptop tu. Kau tahu tak mahal! Kertas kerja yang dah tumpahkan dengan air kopi tu, kau tahu tak kertas tu penting! " terang Zayn.
" Laptop tu aku ganti lah balik. Ala kaya kan? " malas Jack menjawab. Sebenarnya, ada sebab kenapa dia buat macam tu.
" Masalahnya dalam tu banyak benda penting! " pasrah Zayn berkata.
" Kertas tu buat baru. " sengih Jack.
Apa dia ingat nak buat benda tu mudah ke? Zayn tu sampai sanggup korbankan dua malam semata-mata nak siapkan benda tu tahu tak?!
" Jack. " tegas Zayn memanggilnya.
" Ya ya. Aku salah. Aku minta maaf. Aku tahu aku salah tapi betul aku kata yang aku tak sengaja. " mohon Jack.
" Haih. Aku nak kau belikan aku laptop sebiji macam yang dah arwah tu! Belikan aku pendrive sekali. Oh ya tak lupa juga, belikan aku printer dengan camera canon yang latest tu." pinta Zayn.
Marilah kita mengambil kesempatan di atas kesulitan!
" Ewah- "
" Kau dah rosakkan banyak barang aku kan Jack? " tajam pandangan yang diberikan Zayn.
Jack hanya mengeluh tapi dia ada idea yang bernas.
" Okay. Aku pergi beli sekarang. " baru sahaja dia hendak berdiri, Zayn terlebih dahulu menolaknya untuk kembali duduk.
" Kau nak gay ke? " tanya Jack dengan nada acah takut.
" Aku tak bodoh lagi nak gay dengan kau. Kau nak pergi awal-awal pahal? Sabar lah. Beli lah malam kang ke. Kita keluar sama-sama. Boleh pergi makan terus. " jelas Zayn.
Oh no no! Tak boleh.
" Tak payah lah. Biar aku je pergi sorang. Kebetulan aku ada hal juga. Nanti lain kali je lah kita keluar sama-sama. " ngelat Jack.
" Hmmm. Fine. " dijeling malas Jack yang berada dengannya.
" Selamat tinggal! " kata Jack lalu terus pergi.
" Marilah kita mengambil kesempatan di atas kesulitan! " monolog Jack bersendirian sambil tersenyum bahagia.
Kesempatan apa lagi kalau bukan,
Nak jumpa Nadha.
⚠︎⚠︎⚠︎
Irwan dan Syaza hanya berdiam diri. Selepas apa yang mereka siasat tadi, seolah-olah tidak percaya dengan kebenaran. Kebenaran apa?
Biarlah rahsia dahulu.
Irwan mengambil keputusan untuk berdiam diri dulu buat masa ni. Tak mahu beritahu kepada pihak atasannya kerana dia tahu apa risiko yang akan berlaku sekiranya mereka dapat tahu tentang semua ini. Jadi, biarlah mereka siasat dahulu sampai tahu punca sebenar.
" Saya tak sangka. " jelas riak kecewa di wajah Syaza.
" Kenapa kau tak sangka pula? " soal Irwan.
" Yelah. Dahlah kes ni makin lama makin rumit. Lepastu, haih. Dengan benda ni lagi. " terdengar satu keluhan yang terlepas daripada mulut Syaza.
Irwan hanya menunjukkan riak wajah yang tenang lalu berkata " Aku sebenarnya, dah agak dari dulu lagi. "
" Apa maksud awak? "
" Tak perlu aku jelaskan. Aku rasa kau pun pernah rasa benda yang sama seperti aku rasa. " ujar Irwan. Malas nak berbahas tentang ini.
Apa yang dia tahu, cari asbab kenapa semua ini terjadi dulu.
" Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang ni? " tanya Syaza.
" Kita straight je terus. Buat masa ni, abaikan dulu pasal ni. Kita buat seperti yang diorang suruh. " terang Irwan.
" Pasal CCTV? " tanya Syaza.
" Haah. Macam mana, dah dapat dah rakaman CCTV? " senang betul mereka menukar topik.
" Hm, sukar nak cakap sebenarnya tapi tulah. CCTV tu kan antara bukti yang paling penting, tapi sayang... " sengaja Syaza menggantungkan ayatnya.
Ni kalau Syakir tahu ni, mengamuk dia.
" Sayang? " gesa Irwan agar Syaza menyambungkan ayatnya.
Nak buat pickupline tapi mesti Irwan marah. Takpelah, lain kali je lah.
" Rakaman CCTV tu hilang. Sepertinya, ada orang yang dah hack benda tu. Atau ada orang dah delete. " kecewa Syaza berkata.
Terdengar rengusan kasar daripada Irwan. " Dah tu macam mana ni? "
" Awak memang tak sempat tengok rakaman tu langsung ke? " tanya Syaza. Yelah, mana tahu yang dia dah tengok sikit.
" Mana lah sempat. Dah kita pun sibuk je dengan benda ni. Macam mana aku nak tengok. " keluh Irwan.
" Tunggu je lah Tuan Syakir datang. Nanti pandai-pandai lah aku jelaskan dekat dia. "
Syaza hanya mengangguk. Nasib baik ada Irwan. Kalau tidak, tak tahu lah apa nak jadi.
⚠︎⚠︎⚠︎
Double update for today! Walaupun tk smpai target.
Jangan lupa vote and comment.
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Mystery / ThrillerPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...