𝖐 𝖎 𝖑 𝖑 𝖊 𝖗 46

501 52 49
                                    

Dia segera mencelikkan mata apabila terasa ada tamparan tepat mengenai wajahnya. Apabila terasa tangannya seperti diikat, segera dia melontarkan pandangannya ke serata bangunan itu. Gelap. Hanya ada empat biji lampu yang menyala menerangi bangunan itu. Dia memandang rakannya di sebelah. Lelaki yang berpakaian hitam itu diabaikan.

" Tuan. Bangun tuan. " dia menyeru nama lelaki itu. Lama-kelamaan dia pun mencelikkan matanya.

" Irwan... " suara serak basahnya memanggil nama Irwan. Bahagian belakang kepalanya masih lagi berdenyut akibat tumbukan tadi.

" Dah bangun? " lantas dia memandang ke arah seorang lelaki yang berada di hadapanya.

Itu...

" Fawwaz. " Amin menyeru nama lelaki itu.

Irwan hanya mengemam bibirnya. Tidak sangka, lelaki itu. Lelaki itu pembunuh sebenarnya!

Fawwaz. Lelaki yang selalu dia sanjung. Lelaki itulah dalang disebalik semua ini. Baru dia tersedar bahawa lelaki yang dijadikan suspek itu hanyalah kambing hitam dalam kes ni.

Fawwaz hanya ketawa sinis. Dia menarik bangku dihadapan itu lalu duduk. Dia memandang ke arah Irwan dan Amin.

" Ya aku. Kenapa? " soalnya polos. Gari yang ada dihadapannya itu dibuat main. Tak sangka segalanya sudah terbongkar.

" Benarlah sangkaan aku. Kau pembunuhnya kan! " naik seoktaf suara Amin. Debaran didada cuba ditepis.

" Kau betul-betul syak aku ke Amin? Boleh aku tahu sebabnya? Aku tak sangka pulak kau betul-betul maksudkan benda tu. " Fawwaz menghamburkan ketawa besar.

" Kau pengkhianat- "

" RAYYAN! " jerit seseorang. Lantas semua disitu memandang ke arah suara garau lelaki itu.

" Bodoh. " bisik perlahan Dravin. Zayn dah hancurkan segalanya.

" Kau hidup lagi Rayyan? K-kau... kau hidup lagi? " dia tanya seolah-olah tidak percaya.

Rayyan mengeluh perlahan. Macam mana diorang boleh tahu yang dia ada disini? Dan... macam mana Zayn boleh tahu yang dia masih hidup?

"Jadinya, kau palsukan kematian kau? " tanya Zayn tidak percaya. Rayyan mengangguk dengan senyuman sinis.

Rayyan mengerling sekilas wajah lelaki yang sedang berjalan menghampiri dia dengan Zayn. Rayyan tergamam. Dia memandang ke arah Fawwaz yang berada jauh sedikit daripada mereka. Lelaki itu...

" Jauhkan diri kau daripada diorang. "

" Kenapa? Sebab kau mahukan Izham? " Rayyan tersentak. Bagaimana lelaki ini tahu tentang rancangan dia?

" Tak perlu menipu Encik Rayyan Nuqail. Kau dan abang kau ada rancangan kan? " Rayyan masih mendiamkan diri manakala Dravin sudah pun ketawa sinis.

" DSP Muhammad Fawwaz Nuhail. Abang kau kan? " Rayyan tergamam. Macam mana lelaki tu boleh tahu pasal benda tu? Sedangkan Izham, Zayn dan Jack sendiri pun tak tahu yang dia ada abang.

" Jangam terkejut Rayyan. Aku tahu segalanya tentang kau. "

" Dan juga tentang Fazrina Nuhaina. " terus pandangan Rayyan dihalakan ke arah Dravin yang sedang tersenyum sinis.

" Jangan sebut nama tu. " arahnya keras.

" Fazrina Nuhaina. Nama cantik seperti tuan badan. Tapi sayang, pengakhirannya tidak cantik seperti yang diimpikan. " Rayyan menhentak kuat meja itu.

" Kau! Jangan berani sebut tentang dia! " tengking Rayyan.

" Ingat. Izham takkan mati dalam tangan kau. Mark my words Rayyan. "

Perjumpaan mereka pada waktu itu diimbas kembali. Dravin menyimpulkan senyumannya.

" Kau. " dia menggumam perlahan. Mata mereka bertatapan untuk seketika.

Fawwaz berjalan ke arah mereka. Zayn terdiam. Lelaki ni, lelaki yang dia jumpa di pejabat Izham.

" Jangan terkejut Zayn. Itu abang Rayyan. " Zayn hanya statistik kaku.

" Kau, ada abang? " Rayyan menganggukkan kepalanya. Tiada siapa tahu tentang itu. Dia merahsiakan identiti sebenarnya.

" Muhammad Fawwaz Nuhail dan... " Dravin sengaja menggantungkan ayatnya.

" Muhammad Fazrin Nuqail. " Rayyan yang mendengar akan ujaran itu tergamam. Fawwaz yang berada disebelahnya turut terkejut. Bagaimana... lelaki ini tahu tentang itu.

" 6 tahun kau diperbodohkan hidup-hidup Zayn. Rayyan bukan nama sebenar dia. Nama dia Fazrin. Fazrin Nuqail. Adik kepada DSP Fawwaz Nuhail. Selama ni dia hidup dengan identiti Rayyan Nuqail untuk dapatkan Izham. " terang Dravin pada Zayn. Zayn terkejut.

" J-jadi... kau bukan Rayyan? " mulutnya bergetar. Patutlah bila dia tengok wajah Fawwaz pada hari itu, dia rasa yang wajah dia hampir sama dengan Fawwaz.

Rayyan tergelak sinis. Dia menatap wajah Dravin dengan tajam.

" Ya. Aku bukan Rayyan. Aku saja cipta identiti ni untuk rapat dengan Izham. " Zayn hanya terdiam. Jadinya, semuanya telah dirancang.

" Aku Rayyan. Rayyan Nuqail. "

Memori 3 tahun dahulu kembali terimbas. Memori dimana mereka bertemu, berkenalan hingga menjadi kawan rapat.

Dengan tiba-tiba tubuh Rayyan dan Fawwaz ditolak kasar dan menyebabkan mereka berdua terjatuh. Rayyan merengus kasar lalu bangkit dari jatuhnya.

" KAU PENIPU! " jerit Izham.

" DAN KAU PEMBUNUH! " balas Rayyan kembali. Dia menahan amarahnya. Irwan dan Amin pun segera berlari ke arah mereka apabila ikatan mereka sudah pun dileraikan oleh Zayn.

Fawwaz mengangkat pistolnya lalu diacukan ke arah Izham.

" KAU PEMBUNUH! " jerit Rayyan lagi.

" FAWWAZ! LETAK PISTOL TU! " jerit Amin.

Situasi makin tegang.

Tak tahu di mana salah Amin dan Irwan, mereka berdua ditembak dibahagian lengan dan perut hingga menyebabkan mereka berdua pengsan.

Dan sekarang ni,

Tinggallah mereka berlima.













































Killer [ C ]Where stories live. Discover now