" Macam mana rakaman tu boleh hilang? " datar Syakir bertanya.
Setelah apa yang diterangkan oleh Irwan tadi, dadanya naik turun menahan amarah. Siapa punya angkara pun tak tahu.
" Tu kami memang tak tahu tuan. " perlahan Irwan menjawab.
" Takkan lah benda senang macam tu pun susah nak dijaga?! Tak bertanggungjawab. " marah Syakir.
Jelas terpancar riak wajahnya yang merah akibat menahan marah.
" M-maaf tuan... " perlahan Syaza berkata.
" Huh. Takpelah. Kita abaikan sahaja tentang CCTV tu. Sekarang ni, kita fokuskan dekat yang lain. Irwan, Syaza, kamu berdua ada dapat bukti yang lain? Ataupun apa-apa yang pelik? " dipandang satu persatu wajah mereka.
" Berdasarkan pemerhatian saya tuan, saya dapati yang semua kes ni sebenarnya memang ada kaitan rapat. " ujar Syaza menyuarakan suaranya.
Irwan yang berada disebelahnya pun turut menjatuhkan kepalanya.
Syakir hanya mengangguk. " Aku pun rasa benda yang sama tapi, apa yang membuatkan korang rasa begitu? " soal Syakir ingin tahu.
Syaza pun menyerahkan satu file putih yang penuh dengan bukti yang telah dia kaji semalam.
" Kita mula dengan mangsa pertama. "
" Mangsa didapati cedera parah dibahagian kepala. Tangannya dipotong dan alat sulitnya juga dipotong. Mangsa kedua pula, mayat dia dibakar. Turut mengalami hentakan dikepala dan kakinya turut dipotong. Dalam ni akibat kesilapan penulis sewaktu dia menulis laporan, dia tertinggal perkara yang penting dimana alat sulitnya turut dipotong juga. " terang Syaza. Info itu baru sahaja dia dapat malam tadi sewaktu menghubungi Dr. Nuhail untuk mendapatkan kepastian tentang bukti siasatan setiap pembunuhan yang berlaku.
" Mangsa kedua, ketiga dan keempat. Mereka dibunuh serentak. Sebanyak 3 das tembakan tepat terkena dibahagian abdomen mereka. Jadi, keseluruhan pembunuhan yang berlaku pada bulan lepas sahaja telah mencecah seramai 5 orang dalam masa seminggu. " ujar Syaza lagi
" Mangsa kelima dan keenam pula ialah pengawal kita. Mereka terkena 2 das tembakan di kepala. Tapi sebenarnya, mereka telah pun mati 2 minit sebelum mereka ditembak. " terang Syaza. Itupun adalah info penting yang baru dia dapat.
Dahi Syakir berkerut pelik. " Maksud? "
" Mereka telahpun terhidu gas karbon monoksida. Karbon monoksida ialah sejenis gas yang tidak mempunyai sebarang rasa, bau dan warna. " terang Syaza.
" Jadi maknanya, mereka telah pun mati sebelum diorang di tembak lah? " tanya Syakir sekadar untuk mendapatkan kepastian.
Syaza mengangguk.
" Laporan mangsa ketujuh pula, kepalanya sama juga cedera sepertinya mengalami hentakan, dahinya ditoreh sehingga menyebabkan dia kehilangan banyak darah. Lidahnya di gunting dan dihancurkan. Lelangitnya juga ditusuk-tusuk sehingga menampakkan daging didalam mulut. Perutnya juga ditikam banyak kali sehingga ususnya terkeluar tapi tidak dijumpai. Mungki suspek telah ambil ususnya. "
" Untuk apa dia ambil? " sampuk Syakir.
" Mungkin untuk jual di pasaran gelap tuan. Harga usus di sana sahaja telah mencecah hampir RM 10,500. " sampuk Irwan pula yang daripada tadi hanya mendengar penjelasan Syaza.
Syakir hanya mengangguk dan mengarahkan agar Syaza menyambung semula.
" Mangsa kelapan, turut mengalami hentakan di kepala. Mata kanannya dicungkil, tangan mangsa patah dan alat sulitnya dipotong. " ulas Syaza.
" Mangsa kesembilan pula, turut mengalami hentakan. Dia ditikam banyak kali diperut. " jelas Syaza.
Fuh, hampir habis nafas dia dibuatnya.
" Jadi, persamaannya ialah... " kini tiba masanya untuk Irwan pula yang bersuara.
" Mangsa pertama, kedua, ketujuh dan kelapan, kesemuanya mengalami hentakan di kepala. Alat sulit mereka juga dipotong. Lepastu, setiap mangsa mesti akan kehilangan organ mereka. Alat sulit itu satu, lepastu mereka pasti akan kehilangan organ lain seperti tangan, kaki, mata, usus dan lain-lain. "
" Selain itu, keempat-empat mangsa juga lelaki. Lelaki dan alat sulit. Terdapat sesuatu yang ingin disampaikan oleh si pembunuh sebenarnya. " ujar Irwan.
" Mangsa ketiga hingga lah mangsa keenam. Mereka ditembak. Mereka tidak bersalah tapi kenapa mereka turut kena tempias? " pernyataan yang disampikan oleh Irwan itu diakhiri dengan tanda tanya.
Syakir menganggukkan kepalanya. Ada benar juga apa yang dia katakan. " Tapi, mana kau tahu yang diorang tak bersalah? Dan adakah kau nak cakap yang mangsa yang lain tu bersalah? Atas kesalahan apa yang mereka lakukan sampaikan mereka perlu dibunuh? " sungguh sarkastik Syakir mengajukan soalannya.
Irwan terdiam. " Saya tak cakap siapa salah siapa tak bersalah. Cuma berdasarkan pemerhatian saya, mangsa ketiga hingga kelima. Mereka hanyalah saksi. Tapi kenapa mereka dibunuh juga? Mangsa kelima dan keenam, saya tak rasa yang mereka ada buat apa-apa kesalahan berat sehingga mereka perlu dibunuh sebegitu. Mangsa yang lain pula, tak tahu kenapa tapi, pada pandangan saya mereka seperti melakukan sesuatu. Semua kajian saya cukup kuat mengatakan yang mereka memang ada lakukan sesuatu yang membuatkan si pembunuh itu mahu membunuh mereka. " jelas Irwan panjang lebar.
" Selain daripada itu juga tuan, mangsa pertama, kedua
ketujuh dan kelapan datang daripada golongan yang terkenal. Mereka ialah pengusaha syarikat tersendiri. Jadi, pandangan saya hendak mengatakan bahawa sepertinya, pembunuh ada dendam dengan orang yang datang daripada golongan kaya. " jelas Irwan lagi." Kau tak terangkan pun pasal mangsa kesembilan. Bagaimana pula dengan dia? Ke kau nak cakap yang mangsa takde kaitan dengan mangsa yang lain? " soal Syakir. Daripada tadi dia tunggu.
" Oh ya lupa. Mangsa kesembilan ni, pembunuhannya agak ringan. Hanya dihentak dan ditikam walaupun cara penikamannya agak kejam. Bagi saya, dia tergolong sebagai mangsa keadaan seperti yang lain. " terang Irwan.
Syakir mengangguk.
" Dan tuan, mangsa ketiga sebenarnya hilang organ juga. " pernyataan yang keluar daripada mulut Syaza serentak membuatkan Irwan dan Syakir terkejut.
" Hah? " tanya Irwan seolah-olah tidak percaya.
⚠︎⚠︎⚠︎
Jangan lupa vote and comment.
Get ready for next!
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Mystery / ThrillerPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...