" Tuan, kami dah hubungi keempat-empat saksi yang terlibat untuk disoal siasat. Dua orang daripada mereka yang kami hubungi ialah orang yang berkaitan rapat dengan mangsa pertama dan kedua. Manakala yang dua orang lagi ialah saksi." jelas Irwan.
" Tapi, salah seorang dari saksi untuk mangsa kedua telah pun meninggal dunia. " jelas Irwan lagi.
" Meninggal? Sebab apa? " soal Amin.
" Heh. Buat-buat tak tahu lagi. Bukan kau ke yang bunuh agar semuanya tak terbongkar? " sinis Fawwaz berkata sambil bermain-main dengan jari-jemarinya.
" Apa kau mengarut ni Fawwaz? Stop talking the bullshit. " marah Amin.
" Haha. Masih taknak mengaku? Tidak mengapa. Aku akan pastikan yang aku dapat kumpul semua bukti yang mengatakan kau adalah punca semua pembunuhan ini berlaku. " kata Fawwaz sambil menunding jarinya.
" Tuan, sampai bila tuan berdua nak bertengkar? Kalau tuan tak berhenti, semuanya takkan selesai. Kita kena bersatu walau apa pun yang terjadi. Takkan lah Tuan Amin pula yang nak membunuh. Atas motif apa dia nak membunuh? Sedangkan dia tak kenal langsung semua mangsa-mangsa tu. " tegur Syaza panjang lebar.
Dengan harapan bahawa mereka berdua akan dengar. Tapi, tulah. Mereka langsung tidak mengendahkan apa yang Syaza suarakan. Bagi mereka, hanya mereka sahaja yang betul.
" Kau nak bela dia Syaza? " sinis Fawwaz berkata sambil menjongketkan keningnya.
" Bukan bela tuan. Tapi apa yang saya katakan ni semuanya fakta. Kes makin hari makin bertimbun. Sam- "
" Kes ni makin bertimbun sebab dia! " jerkah Fawwaz sambil menundingkan jarinya ke arah Amin.
" Aku? Wah, hebat permainan kau Fawwaz. " perli Amin dengan ketawa sambil menepuk kedua tangannya.
" Aku... "
" Atau engkau? " soal Amin sambil menundingkan jarinya kearah Fawwaz.
" AMIN! FAWWAZ! "
⚠︎⚠︎⚠︎
" APA MASALAH KAMU BERDUA NI HA! " tengking Tuan Risydan.
Sudah lama dia sampai di bilik Amin sebenarnya. Baru sahaja dia hendak melangkah masuk ke dalam bilik Amin, dia terdengar perdebatan di antara dua orang inspektor itu. Masing-masing sedang menyalahkan antara satu sama lain yang sepatutnya tiada langsung kaitan dengan semua kes tersebut.
Terasa juga seperti mereka berdua sedang menyorokkan sesuatu. Seperti kedua-duanya tahu kebenaran yang sebenar. Kenapa dia rasa begitu?
Apabila kedua-duanya gemar untuk mencari kesalahan masing-masing, maka perdebatan akan mula berlaku. Tambahan pula dengan keadaan sekarang ni yang dia sendiri mula merasakan bahawa mereka adalah dalang disebalik semua ini. Tapi, dia tiada di tempat mereka. Jadi, dia tak tahu apa punca semua ini berlaku." Cuba jadi matang. Matangkan pemikiran kamu berdua. Kalau kamu asyik bertengkar, semuanya takkan selesai! Kes makin banyak. Hari demi hari pembunuhan ni semakin berleluasa. Apa nak jadi dengan kamu berdua? " tinggi nada yang digunakan oleh Tuan Risydan.
Sungguh dia tak mampu nak menahan amarahnya pada kali ini.
" Kita sendiri tahu bagaimana ciri pembunuh. Seorang psycopath. Jadi, kenapa kamu berdua saling katakan bahawa salah seorang daripada kamu berdua ialah pembunuh sebenar? "
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Mystery / ThrillerPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...