" KAU KENA TAHU YANG KAU TELAHPUN MELANGGAR HUKUM ALAM. KAU JANGAN INGAT YANG KAU SUDAH HABIS DI SINI. KAU KENA INGAT YANG SETIAP PERBUATAN YANG DILAKUKAN OLEH MANUSIA ITU AKAN MENDAPAT BALASAN. BALASAN DI ATAS SETIAP PERBUATANNYA. PERBEZAANYA, CUMA CEPAT ATAU LAMBAT. SEKIRANYA KAU TIDAK DAPAT BALASANNYA DI DUNIA, PASTI KAU AKAN DAPAT DI SANA NANTI. " bidas dia lagi.
" Bertaubatlah. Pintu taubat masih lagi dibuka untuk hamba yang penuh dengan dosa seperti kita. Engkau tak layak untuk membunuh. Mereka tak bersalah. " nada yang tadinya tinggi telahpun dinormalkan seperti asal.
" SIAPA KATA YANG MEREKA TAK BERSALAH HA?! " jerit si psycho makin kuat lalu mencengkam kolar mangsanya.
" KAU SIAPA SAMPAI KAU PUN MAHU MEMBELA SI SYAITAN TAK BERHATI PERUT TU?! KAU TAK TAHU APA-APA JANGAN ACAH SEPERTI KAU TAHU TENTANG TU. " marahnya lagi lalu terus menumbuk muka mangsa berulang-ulang kali.
" C-cukup... " desis mangsa kesakitan.
" Huh. Kau ingat aku nak berhenti ke? " sinis si psycho bertanya.
" B-berhentilah... "
" Ehem. " dehem seseorang.
" Tamatkan je dia. Banyak sangat cakap. " datar dia berkata.
" Aku belum puas bermain dengan dia. Takkan sesenang itu sahaja kita nak tamatkan riwayat dia? "
" Aku tak suka orang banyak mulut. "
Zzap!
Zzap!
Zzap!
Perutnya ditikam banyak kali sehingga hampir terkeluar ususnya.
" Kesian kau. Jadi tikus makmal. " kata si psycho tanpa menunjukkan sebarang reaksi.
" Bercakap tentang agama seolah-olah diri tu hebat. " sindir si dia.
" Tapi sayang. Kau dah mati. " kata dia lalu menghamburkan tawa besar.
" Next plan? "
" Hapuskan ACP baru tu. "
⚠︎⚠︎⚠︎
"Izham! " panggil Zayn.
Izham hanya menghayunkan dagunya. Baru bangun tidur katakan. Dia balik lambat malam tadi. Tak tahu lah dari mana.
" Mari lah sini kejap. " gesa Zayn.
" Kau nak apa ni? Aku nak sambung tidur ni. Ngantuk. " kata Izham sambil mamai. Mamai lagi jantan ni rupanya.
Tanpa berkata apa-apa, Zayn terus menarik tangan Izham agar duduk bersebelahannya. Tak tahu di mana salah Zayn, Izham dengan tiba-tiba terduduk di atas ribanya.
" BODOH! " maki Izham tiba-tiba.
" Weh a-aku tak salah. Kau lah ni mamai. Kau yang mamai salahkan aku pulak. " balas Zayn sambil mengangkat kedua belah tangannya seolah-olah dia pencuri yang telah ditangkap oleh polis atas kesalahan berdua-duaan dengan perempuan yang bukan mahram.
Eh- ngarut.
" Cis! Kau nak apa sebenarnya ni? " soal Izham kembali lalu membetulkan kedudukannya di sebelah Zayn.
" Kau ke mana semalam? Tengah malam baru balik. " tanya Zayn.
" Suka hati aku lah nak ke mana pun. Ada masalah ke? " sungguh sarkastik Izham menjawab persoalan itu.
" Ada. "
" Apa dia? " tanya Izham dia dengan pelik.
" Kau lain kali nak masuk rumah tu, masuk elok-elok boleh tak? Yang kau buas sangat sampai habis pinggan kaca dekat dapur tu pecah dah kenapa? Dah lah tak reti nak kemas. Kalau kau rajin tak kisah lah juga aku. Ni bangun pun dekat tengah hari. Lepastu tak reti nak kemaskan kaca tu. " leter Zayn panjang lebar sambil mengingati kejadian semalam.
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Mystery / ThrillerPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...