𝖐 𝖎 𝖑 𝖑 𝖊 𝖗 20

667 61 31
                                    

Pintu kereta dihempas dengan kuat. Membuka langkah yang laju untuk sampai ke tempat kejadian. Terlalu ramai orang disekeliling. Dengan tiba-tiba, satu pertanyaan terlintas di fikiran. Terdetik juga hatinya mahu menanya tentang itu, tapi tidak mengapalah. Kita selesaikan dulu yang ni. Sebentar lagi baru lah dia berniat untuk membuka mulut.

" Tuan! " sapa 2 orang inspektor yang sudah berada di tempat kejadian itu terlebih dahulu. Mereka ditugaskan untuk mengawal orang ramai yang bersesak disitu.

Pembunuhan kan? Siapa je tak tertarik nak tengok.

" Ahli forensik dah sampai? " soal Syakir. Manakala di sebelahnya kanannya ada Irwan dan Syaza.

" Dah tuan. " kata seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Badrul sambil menghalakan jarinya kepada 3 orang ahli forensik yang berada di situ.

" Tu ke mayatnya? "

" Haah tuan. Tapi kedua-dua mayat ni diletakkan di tempat yang berasingan. " jelas Insp. Badrul.

Lalu Syakir pun melihat kedua-dua mayat tersebut. Plastik hitam mayat pertama dibuka. Cedera teruk dibahagian kepala. Manakala mayat kedua, mukanya penuh dengan darah sehingga tak dapat lihat identiti mangsa.

" Tuan Syakir. Ini Dr. Zaim. Dia yang uruskan semua laporan forensik dalam kes ni. " Irwan memperkenalkan Dr. Zaim kepada Syakir.

" Jadi bagaimana? " tanya Syakir.

" Macam yang dah dimaklumkan kepada tuan bahawa kedua-dua mangsa tidak dijumpai serentak. Mayat pertama ni dijumpai disini manakala mayat kedua dijumpai di dalam semak disitu. Jadi, bagi kami bawa mayat ni ke hospital dahulu untuk di bedah siasat. Nanti kami akan maklumkan apa-apa sekiranya laporan sudah sedia. " jelas Dr. Zaim panjang lebar.

" Ada terjumpa bukti? " tanya Syakir.

Dr. Zaim hanya menganggukkan kepalanya lalu memanggil Syakir untuk mengikutnya ke satu tempat.

" Ini ialah salah satu bukti yang kami jumpa. " beritahu Dr. Zaim lalu menunjukkan satu tapak kasut di tanah.

" Tapak kasut ni antara bukti yang kami jumpa tapi ianya tidak boleh dijadikan sebagai bukti yang kukuh kerana sesiapa sahaja boleh dijadikan sebagai pemilik tapak kasut tersebut. " ulas Dr. Zaim.

" Sebelum ni takde jumpa ke tapak kasut ni? " tanya Syakir.

" Sebelum ni tiada kerana tanah kering. Jadi ini mungkin disebabkan faktor tanah lembap disebabkan hujan malam semalam. " terang Dr. Zaim.

" Tapi, kami tak rasa yang mayat ni dijumpai tadi. Mungkin mayat ni dah lama sebenarnya. " ujar Dr. Zaim lagi.

" Kenapa pula? " soal Syakir.

" Sebab bau mayat sangat kuat seperti dah terbiar 2-3 hari. Tapi apa pun kami akan beritahu selepas laporan bedah siasat telah disediakan. " kata Dr. Zaim dengan lembut.

" Baiklah. " kata Syakir.

" Siapa yang nampak mayat ni? " tanya Syakir.

" Tu. " jawab Syaza lalu menunjukkan seorang perempuan yang sedang berdiri di sebelah Insp. Badrul.

" Tak silap aku, hampir 3-4 orang juga saksi yang berkaitan dengan saksi ni dah takde sekarang. Betul ke? " tanya Syakir.

Bagi dia kes ni memang merumitkan sebab saksi pun turut sama menjadi mangsa si dia.

" Haah tuan. " jawab Syaza.

" Suruh dia duduk rumah diam-diam. Jangan keluar ke mana-mana. Arahkan dua orang pengawal untuk ke rumah dia sebelum malam ni juga. Kawal pergerakan dia. Boleh jadi dia akan jadi mangsa seterusnya juga. " ujar Syakir. Dia taknak merumitkan lagi kes ni.

" Baiklah tuan. " patuh Syaza lalu pergi ke saksi tersebut.

" New player? Huh. "

⚠︎⚠︎⚠︎

" Aku takkan keluar kalau Rayyan yang tak panggil aku. " ucap Izham dengan tiba-tiba sambil menyisipkan secawan kopi.

" Iskandar? " soal Rayyan. Aik, tadi elok je dia berbual dengan Izham pasal topik kereta Rayyan, asal tiba-tiba je Iskandar muncul

" Ya. " sepatah dia menjawab. Hm, sedap kopi ni.

" Apa maksud kau sebenarnya? " tanya Jack ragu-ragu.

Lalu Iskandar a.k.a Izham pun menjelaskan perkara sebenar yang terjadi waktu tu. Sungguh Jack terdiam apabila mendengar setiap bait kata yang keluar dari mulut Iskandar. Betul ke apa yang dia dengar ni sebenarnya?

" Tapi, betul ke apa yang dia cerita tadi? " soal Jack apabila dia berasa kembali ragu-ragu.

Masalahnya satu je sekarang ni. Sipa yang berkata benar? Nak percaya siapa pun taktahu. Ye lah, dia bukannya ada dekat tempat kejadian pun sewaktu ianya berlaku. Jadi bagaimana? Kan senang kalau ada CCTV, takde lah dia nak fikir banyak sangat. Huh.

" Woi! " sergah Zayn yang baru sahaja tiba di ruang tamu itu.

" Eh anak beruk bernama Zayn- " melatah Jack. Sebenarnya bukannya melatah betul-betul pun, saja je buat-buat melatah biar Zayn tu sedar dri sikit heh.

" Kepala hotak kau. " jeling Zayn. Anak Randy ni halal dipijak.

" Apa salah aku? " soal Jack sambil berpura-pura seperti tidak tahu apa-apa.

" Kau tengah buat apa ni? " tanya Zayn sambil menyedut minuman kotaknya.

" Tengah berenang ni ha. Buta ke? " sindir Jack.

" Heh orang tanya elok-elok. Jawab la elok-elok. "

" Dah tau tu tanya lagi. Tu lah namanya bodoh tak bertempat. " sindir Jack.

" Bodoh aku bertempat. Sebabnya bila aku dengan kau je aku jadi bodoh. " selamba Zayn menjawab.

Lantak korang lah.

" Kau tengah fikir apa tu Jack? Macam serius je. " soal Zayn apabila perasan bahawa daripada tadi Jack seperti memikirkan sesuatu.

" Kalau aku cakap kau jangan terkejut. "

" Kenapa? Apa maksud kau ni? " curious Zayn dibuatnya.

" Sebenarnya... "

⚠︎⚠︎⚠︎

" Dia tak salah. "

Already 20 chapter lah!

Agaknya apa benda eh?

Jangan lupa vote and comment lah u kalau tak i malas nak update heh. Okey gurau.




































Killer [ C ]Where stories live. Discover now