𝖐 𝖎 𝖑 𝖑 𝖊 𝖗 37

443 55 38
                                    

Kepalanya berdenyut-denyut kesakitan. Matanya dibuka lalu kembali ditutup kerana silau lampu yang cerah tepat di depan matanya. Lalu dia kembali membuka kedua-dua kelopak matanya dengan perlahan.

" N-nadha... " diseru nama sang isteri perlahan.

" Jack? Kau dah sedar. Zayn panggil doktor! " arah Dravin dengan gesa.

" M-mana Nadha? " soalnya lalu mencari-cari keberadaan si isteri.

" Jack. Nadha belum sedar lagi. Dia kritikal. " ujaran daripada Dravin membuatkan dia lemah sekali lagi.

Dia lemah. Lemah dengan ujian kali ini.

Kenapa dia mesti diuji saat dia hendak berbahagia?

" A-aku nak jumpa Nadha! " jerit Jack seperti orang gila.

Dia hanya mahukan Nadha!

Jack gigih untuk bangun dari baringannya. Dicabut segala wayar yang berada di badannya.

Kenapa banyak wayar dekat badan dia sedangkan dia hanya pengsan?

" Jack dengar cakap aku! Kau jangan bertindak macam ni lah! Kau tu tak cukup rehat. " nasihat Dravin sambil menahan Jack dari keluar.

" Aku. Nak. Jumpa. Nadha! " ditekankan satu persatu perkataannya lalu dia terus menolak tubuh Dravin agar menjauh daripadanya dan terus berlari keluar dari bilik itu.

Dia terserempak dengan salah seorang doktor di situ.

" Encik Jack? Encik buat apa dekat sini? " pelik Doktor itu bertanya.

" Mana isteri saya doktor? Saya nak jumpa dia! Tolonglah... " lirihnya sambil air matanya deras mengalir.

" Hmm. Encik Dravin tak bagitahu lagi ke? " soalnya perlahan. Nadanya mula kendur.

Dravin yang baru sampai itu hanya mendiamkan diri. Dia tak tahu macam mana nak sampaikan berita itu kepada dia. Dia tahu yang Jack mesti akan sedih.

" Encik kena bawa banyak-banyak bersabar ya. Sebenarnya, Puan Nadha telah meninggal dunia tepat pukul 6:30 p.m. tadi selepas sahaja encik dimasukkan ke sini. "

Jack terkaku. Satu badannya menggeletar habis. Lututnya lemah. Badannya melorot jatuh ke lantai. Dadanya sesak.

Ya Allah... betul ke apa yang dia dengar ni?

" Dan, Puan Nadha mengalami keguguran.... "

Jack tersentak sekali lagi. " K-keguguran? " bergetar mulutnya bertanya.

" Ya. Kandungan Puan Nadha sudah berusia 5 minggu. Tapi sayang, kami tak dapat selamatkan kandungan tu. " sayu nada doktor itu.

Demi Allah dia tak kuat.

Dia segera bangun dari duduknya. " T-tak... N-nadha hidup lagi... d-doktor tipu kan? " bergetar nadanya.

" Maaf encik... tapi itulah kenyataannya. Puan Nadha dan anak encik telahpun tinggalkan dunia ini. "

" TAK! ISTERI AKU HIDUP LAGI LAH! TEPI! AKU NAK JUMPA DIA! " bentak Jack lalu ditatapnya doktor itu dengan tajam.

" Jack... bawak bersabar. " baru sahaja dia hendak menghalang Jack, dengan pantas Jack menolak tubuh itu hingga terjatuh.

" NADHA. HIDUP. LAGI! " jerkahnya kuat.

Zayn di belakang hanya mampu memandang Jack.

" Mana Nadha?! " soal Jack kuat.

" D-dekat bilik mayat. " jawab doktor itu.

" BODOH! ISTERI AKU TAK MATI LAH! KORANG YANG PATUT MATI! " tengkingnya sekali lagi.

Terus dia berlari ke arah bilik mayat yang berada di hujung bangunan hospital itu. Ditolak pintu itu dengan kuat.

Satu jasad mayat terbaring ditutupi dengan kain putih.

Tubuh Jack lemah. Dia tak mampu nak hadap semua ni.

" N-nadha... " bergetar suara sayu Jack.

Dibuka kain putih itu dengan perlahan. Wajah Nadha yang penuh dengan kesan parut itu ditatapnya dengan pandangan yang lemah.Tangannya naik mengelus lembut pipi isterinya. Hatinya sakit.

" N-nadha... k-kenapa dengan muka engkau? " soalnya sayu. Air matanya tidak berhenti mengalir.

" K-kau tak mati kan? " soalnya dengan harapan yang tinggi. Dia berharap ini semua hanyalah mimpi.

Tiada sahutan daripada jasad itu.

Wahai Jack. Ketahuilah bahawa isteri kau telah pun meninggalkan kau dan juga dunia ini.

" N-nadha... " lirih dia memanggil.

" K-kenapa kau tinggalkan aku sayang... " soalnya sambil teresak-esak.

Nadha. Cinta pertamanya. Orang yang selalu membuatkan dia bahagia. Walaupun pertemuan mereka tak seindah orang lain, tapi dia bersyukur kerana dipertemukan dengan bidadari yang indah itu.

" Kau... t-tak sayang aku ke? "

" K-kau mengandung sayang... k-kenapa tak bagitahu aku? " esakannya makin menjadi-jadi.

" K-kenapa kau pergi bawak anak aku sekali Nadha? "

" K-kenapa kau pergi tak ajak aku? K-kenapa kau bawa anak kita je? " rintihnya seorang diri.

" Jack... " panggil Dravin perlahan.

" N-nadha... N-nadha tinggalkan aku Vin... D-dia tak sayang aku ke? " bergetar mulutnya.

" Tak Jack. Dia sayang kau. " sesak dada Dravin mengatakan tentang itu. Sungguh dia pun tak dapat jangka yang benda ini akan terjadi.

" K-kalau dia sayang... k-kenapa dia tinggalkan aku? " soalnya perlahan.

" Kau kena terima kenyataan Jack. Nadha dah tiada. Terimalah hakikat dan kebenaran walaupun ianya sakit. " ditepuk perlahan bahu Jack.

" S-siapa yang buat dia macam ni? K-kenapa muka kesayangan aku penuh parut? " disentuh perlahan wajah Nadha yang penuh parut dan berlebam itu.

" S-siapa punya angkara? " perlahan Jack bertanya.

Dravin menggelengkan kepalanya. Dia tak tahu. Katanya kemalangan tapi kenapa seperti pembunuhan?

" S-sayang... k-kau tunggu aku tau? " lalu dicium dahi Nadha lama.

Ciuman yang paling lama diberikan olehnya. Nadha cinta pertama dan terakhir. Lalu ditatap wajah itu dengan lama. " Kau jaga anak kita baik-baik ya? "

Wajah Nadha kembali ditutup semula dengan kain putih itu. Baru sahaja tubuh itu hendak menyembah bumi, segera Dravin menahannya.

" K-kenapa semua ni terjadi dekat aku? " rintihnya seorang diri.

" Tuhan uji kau bersebab Jack. Semuanya ada hikmah. Kau kena terima kenyataan dan kebenarannya. Kau kena kuat. Jangan jadi lemah Jack. "

" A...aku tak mampu... "










































Killer [ C ]Where stories live. Discover now