Bunyi derapan kasut kuat menerpa sistem pendengaran dia. Dibuka matanya perlahan-lahan untuk melihat situasi yang terjadi sekarang ini. Apa yang berlaku. Seingat dia, tadi dia telah dipukul oleh seseorang. Dan setelah itu, dunia dia gelap.
" Dah bangun? " satu suara garau menerpa deria telinganya.
Apa yang dia nampak setelah matanya terbuka ialah sekarang ni dia berada didalam sebuah bilik yang sangat bersepah. Kanan kirinya hanya dipenuhi dengan sampah sarap yang kotor. Dan percikan darah di setiap dinding kelihatan. Bilik itu dipenuhi dengan bau hanyir darah seperti darah yang masih segar. Kelibat seorang lelaki yang berpakaian serba lengkap berwarna hitam menerpa di kornea matanya. Memakai topi dan topeng berwarna hitam. Dan serta-merta, hampir 5 orang lelaki yang berpakaian serba hitam turut masuk ke dalam bilik itu.
" K-kau siapa? " soal dia dengan nada yang bergetar.
" Mesti kau haus kan? Mari kita minum dulu. " ujar si psycho.
Seorang lelaki datang ke arahnya sambil menatang satu dulang yang berisikan segelas cawan lalu diberikan kepada 'mangsanya'.
" Minum. " arah si psycho.
Dia mengaku yang sekarang ni dia benar-benar haus. Tak tahu dah berapa jam dia 'pengsan". Dengan segera dia terus mengambil gelas tersebut untuk diminum tanpa berfikir panjang. Baru sahaja dia hendak meneguk 'air' itu, dia sudah bau sesuatu seperti bau hanyir.
" Kenapa berhentikan pergerakan kau? Minum lah cepat. " arah si psycho dengan tegas.
Baru dia perasan bahawa bau itu datang daripada gelas yang berada di tangannya sendiri. Dibuka matanya dengan luas sambil sebelah tangannya digunakan untuk menutup hidungnya. Dia memandang air itu dengan pandangan yang tak mahu lepas.
Tap
" Kesian kau ni. Bodoh. Macam mana lah kau nak nampak tu air apa kalau kau pun berada dalam gelap. " kata si psycho sambil ketawa sinis.
Shit. Benarkah apa yang dia nampak sekarang ni? Patutlah bau hanyir. Rupanya, 'air' yang berada dalam gelas yang dipegang sekarang ni ialah...
Darah.
" Minum lah. Kau nak tunggu apa lagi? " rengus si psycho lalu merampas gelas tersebut daripada tangan si dia.
" Kau taknak minum sendiri kan. Biar aku je yang tolong suapkan kau. " ketawa dia lalu mencengkan dagunya dengan kuat.
Dipaksa untuk membuka mulutnya dengan luas. Itulah yang dirasakan sekarang ini. Cengkaman itu terlalu kuat. Sakit. Bahunya dipegang oleh dua orang agar dia tidak melarikan diri. Meronta-ronta dia mahu dirinya dilepaskan. Makin kuat rontaan dia, makin kuat cengkaman itu.
Panggg...
" Bodoh! " carut si psycho lalu melempang dia apabila kakinya ditendang kuat oleh mangsanya.
" Kau memang cari nahas dengan aku kan! " tengking si psycho lalu menumbuk muka mangsanya berkali-kali.
Lantas si psycho mencempung badan mangsanya lalu dibawa ke dalam satu bilik. Diletak badannya dengan kasar. Lalu kelima-lima orang bawahannya masuk ke dalam bilik itu untuk membantu apa yang patut.
Tangan dan kakinya serta-merta diikat kuat oleh mereka. Rambutnya dicengkam kuat oleh si psycho. Lantas si psycho mengeluarkan sebilah pisau lipat dari poket bajunya. Lalu ditoreh dahi mangsanya dengan kuat.
" ARGH! S-SAKIT! " jerit dia dengan kuat sambil meronta-ronta mahu dilepaskan. Sungguh dia terseksa dengan semua ini.
Makin kuat jeritannya, makin dalam torehan yang lakukan.
" Cantik betul ukiran aku dekat dahi kau ni. " ucap si psycho diselangi dengan ketawa besar.
Satu gelas kaca diambil lalu darah yang terhasil daripada torehan tersebut ditadah ke dalamnya. Dia suka akan warna darah itu. Darah segar.
Dicengkam kuat dagu si mangsa lalu dia membuka mulutnya dengan besar. Darah yang tidak terminum lagi tadi itu dituangkan sekaligus kedalam mulut mangsa.
" Uhuk- uhuk- argh- " tersembur semua darah yang dimasukkan kedalam mulutnya itu.
" AKU SURUH KAU TELAN BUKAN BUANG! " jerkah si psycho lalu memecahkan gelas tersebut menggunakan tangannya. Berdarah habis tangannya.
" Kau. Mencabar kesabaran aku. " dia memandang muka si mangsa tanpa sebarang riak. Riak wajah yang kosong. Terlalu kosong seperti hatinya.
Dia mengangakan mulut mangsanya dengan luas. Seorang daripada orang bawahannya diarahkan agar memegang kepala mangsa tersebut. Dan seorang lagi datang dengan membawa sebilah gunting yang tumpul.
Perlahan-lahan dia mengambil gunting itu lalu dimain-mainkan ke atas pipi mangsanya. Topeng mukanya perlahan-lahan dibuka lalu mengukirkan senyuman yang amat menyeramkan.
" Kenal aku? " sinis si psycho bertanya.
" K-kau? " bergetar-getar mulutnya apabila melihat wajah itu.
" Mulai harini... "
" Kau akan jadi bisu. " datar si psycho berkata lalu terus menggunting lidahnya.
Dia menggunting lidah mangsanya dengan kejam tanpa ada sebarang rasa kasihan. Perasaan yang dia rasa sekarang ni hanyalah kosong. Ditikam-tikam lelangit mangsa dengan kuat. Bercucuran darah yang keluar. Lidah yang digunting itu diambil lalu diletakkan tepat diatas abdomen mangsa.
Zzap!
Dihancurkan lidah itu sekuat hatinya menggunakan pisau tersebut. Bertalu-talu tikaman yang terkena pada perut mangsa. Banyak darah yang keluar. Makin lama makin kuat tikaman yang dikenakan. Dilakukan tanpa belas kasihan sambil mengukirkan senyuman sinis. Usus terburai keluar dari perut dan akhirnya usus itu diambil. Manakala lidah tersebut sudahpun hancur.
Diambil usus itu lalu diletakkan ke atas satu dulang.
" Bersihkan usus ni. " arah si psycho.
Darah yang ditadah tadi diambil lalu diminum.
" Nice. " puji si psycho lalu menjilat bibirnya.
" Bersihkan semua ini. Buat apa yang patut. Jangan tinggalkan sebarang bukti. Buat seperti yang dirancang. " satu pesanan ditinggalkan buat anak buahnya sebelum dia keluar dari bilik itu.
Agaknya siapakah si psycho itu?
⚠︎⚠︎⚠︎
To be continue...
Ni last update sebab saya rasa buat masa ni saya tk berehat dulu. And also thanks to those yang bagi saya kata-kata semangat tu :)
15 vote unlock new chapter. ( saja bagi banyak biar lambat update tergantung begitu muehehe. )
Bye!
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Mystery / ThrillerPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...