Dua mayat mangsa ditemui di sebuah bangunan yang belum siap dibina di Jalan Sungai Buloh pada jam 8.00 pagi tadi. Mangsa pertama di kenali sebagai Deputi Superintenden Polis ( DSP ) Mohd Risydan bin Mohd Rahim dan mangsa kedua dikenali sebagai Inspektor ( INSP. ) Puteri Syaza Orkid bin Putera Riyadh Azhar iaitu adik kepada arwah Deputi Superintenden Polis ( DSP ) Putera Syahidan Ilham bin Putera Riyadh Azhar yang telah meninggal setahun lepas. Motif dan suspek pembunuhan masih lagi belum dikenal pasti dan siasatan akan dimulakan dengan secepat mungkin.
" Apa nak jadi sekarang ni?! " marah Tuan Zaid iaitu Asisten Komisioner Polis.
Disebabkan 3 kes kematian yang melibatkan pegawai polis, dia terpaksa jalankan mesyuarat tergempar untuk membincang tentang keadaan semasa.
" Irwan. Setahu saya, awak dengan Syaza yang handle kes ni lepas kematian ASP Syakir betul? ASP Amin dan Fawwaz telahpun digantung. Jadi, apa yang berlaku sekarang ni? Kamu tak ambil tindakan apa-apa ke? " tanya ACP Zaid.
" Tuan, saya kena gantung juga. " tenang Irwan menjawab.
" Kenapa kamu kena gantung? Saya tak terima apa-apa maklumat daripada DSP Risydan pun. " peliknya.
Irwan hanya senyap. " Saya pun tak tahu. "
" Dah berjaya kumpulkan bukti? " tanya ACP Zaid.
Irwan mengangguk.
" Kamu dikehendaki kembali bertugas seperti biasa. Mulakan siasatan kembali. Saya akan beri surat bertugas kembali kepada Amin dan Fawwaz juga. " tegas dia berkata.
" Tapi tuan, mereka berdua kan suspek utama kes kematian dua orang pengawal kita tu. " sampuk Supt. Muhammad.
" Sekarang ni siapa yang bagi arahan? Saya atau awak? " soalnya tegas.
" Maaf tuan. " pohonnya lalu menunduk.
" Jadi seperti mana yang saya arahkan tadi, sila kembali bertugas seperti biasa. Faham? "
" Baiklah tuan. " sahutnya.
" Jadi Irwan, setakat ni siapa yang menjadi sasaran kamu? " soal ACP Zaid.
" Seorang doktor. Boleh jadi dia ialah seorang doktor bedah. Ataupun orang yang memerlukan duit. Dan boleh kita gelar dia sebagai orang yang susah mungkin? " ulas Irwan berkenaan hal itu.
ACP Zaid mengetuk dagunya. " Kenapa kamu rasa macam tu? "
" Berdasarkan bukti yang kami siasat, suspek mempunyai targetnya yang sendiri. Semua mangsanya daripada golongan yang kaya dan terkenal. " ujar Irwan.
" Sekarang ni, saya arahkan kamu untuk soal siasat kesemua ahli keluarga mangsa. Tanya sama ada sebelum mereka dibunuh, ada tak keluarga diorang dapat panggilan untuk beri duit tebusan atau sebagainya. Faham? "
" Baik tuan. " angguk Irwan.
" Pastikan tiada pembunuhan yang akan berlaku selepas ini. Pastikan kamu tangkap suspek tersebut secepat mungkin. Kemungkinan besar, suspek akan bertindak lebih awal daripada kita kerana boleh jadi, dia boleh berada di dalam kalangan kita. " ujarnya lalu semua orang yang berada di situ saling berpandangan satu sama lain.
⚠︎⚠︎⚠︎
Jack yang baru sampai itu dipandang dengan pandangan datar.
" Eh Vin! Sejak bila kau wujud kat sini? Ada apa-apa yang berlaku ke? " sapanya mesra.
Dravin hanya mengukirkan senyumannya lalu menggeleng. Dia membetulkan posisi kedudukannya tegak memandang Jack.
" Mana Zayn dengan Izham? " soal Jack pelik. Biasanya budak tu ada je dekat ruang tamu ni.
" Zayn dekat dapur. Izham pulak dalam bilik. " jawabnya lalu mengeluarkan telefonnya. Jarinya sibuk menaip-naip di telefon itu dengan riak wajah yang serius.
" Lambat balik Jack. Pergi mana? " sampuk Zayn yang baru sahaja tiba di situ. Cepat betul muncul budak ni.
" Tu barang kau. Sila ambil dan simpan dan sila hargai pemberian aku tu. Kalau rosak juga, memang aku sepak nyawa kau sampai menggelupur nyawa kau. " dipandang Zayn dengan pandangan yang tajam.
Zayn hanya menyengih tak bersalah. " Terima kasih Anak Rendy yang hensem. Aku sayang kau. "
" Tak payah lebih-lebih. Sikit sudah lah. " dijelingnya sekilas.
" Aku rasa aku nak berhenti jadi doktor peribadi Izham lah. " ujar Zayn dengan tiba-tiba membuatkan mereka berdua terkejut.
" Kenapa pulak? " soal Dravin dengan Jack serentak.
" Something wrong with him. " keluh Zayn seorang diri lalu merenggangkan otot badannya sebelum duduk disofa.
" Maksud kau? " tanya Jack ingin tahu.
" Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi memang aku rasa ada yang tak betul pasal dia. Dia... dia lain sangat. "
Dravin yang seakan-akan tahu akan maksud penyataan Zayn itu hanya mengukirkan senyuman sinis dan diam. Dia tahu apa maksud Zayn yang sebenarnya.
" Nanti korang tahu jugak apa yang berlaku sebenarnya. " kata Dravin dengan tiba-tiba lalu bangun dari duduknya.
" Apa maksud kau? " soal Zayn pelik dengan pernyataan Dravin.
Dravin hanya ketawa sinis. " Lambat-laun, korang tahu juga. "
Lalu dia terus keluar dari kawasan ruang tamu itu.
" Apa maksud dia? " soal Jack pula dengan kerutan di dahi.
Apa yang dimaksudkan oleh Dravin sebenarnya? Kenapa Dravin seolah-olah menyorokkan sesuatu daripada mereka?
Deringan telefon yang datang daripada arah Jack menyentakkan mereka berdua yang sedang berfikir. Lantas Jack menjawab panggilan tersebut.
" Assalamualaikum. Ini Encik Jack, suami kepada Puan Nadha ke? " soal si pemanggil.
" Waalaikumussalam. Aaa ye. Ini siapa ya? " pertanyaan itu sekaligus membuatkan Jack kebingungan. Dadanya dengan tiba-tiba berdetak laju seolah-olah akan ada benda yang buruk akan berlaku.
" Baiklah encik. Saya daripada pihak hospital. Begini, diminta encik banyak-banyak bersabar ya. Isteri encik telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami kemalangan yang teruk. Sekarang, encik diminta untuk ke hospital juga kerana keadaan dia amat kritikal. " terang si pemanggil.
" K-kemalangan? " Jack bertanya kembali untuk mendapatkan kepastian. Hatinya sudah tidak tentu arah. Tangannya menggeletar dan automatik air matanya mengalir.
T-tak mungkin...
" Ya encik. Harap encik datang ke hospital dengan secepat mungkin ya. "
" Y-Ya Allah... " rintih Jack seorang diri. Tidak mungkin Nadha kemalangan!
Sedangkan tadi diorang baru sahaja pulang bersama-sama. Takkan Nadha keluar? Kenapa Nadha keluar?
" Kau kenapa Jack? " tanya Zayn dengan cuak.
Air mata Jack keluar dengan deras. Dia terus mengambil kunci kereta dan segera keluar dari rumah itu.
" Jack! Nak pergi mana?! " jerit Zayn lalu berlari mengikuti Jack.
" Vin. Ikut aku. " arah Jack.
" Kau kenapa ni Jack? " soal Dravin pelik.
" N-nadha... Nadha kemalangan... " terus badan Jack lemah terkulai di atas lantai. Dia pengsan.
" JACK! "
⚠︎⚠︎⚠︎
10 Vote unlock new chapter.
Ada yang menunggu ke?
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Misterio / SuspensoPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...