Insp. Badrul menarik nafasnya lalu dihembuskan dengan perlahan sebelum memulakan penjelasannya.
" Laporan forensik mengatakan bahawa Tuan Risydan telah pun di tembak sebanyak tiga das peluru pistol SIG Sauer P226. Pistol ini jarang didapati di Malaysia kerana ianya terdapat di negara luar. Mungkin pistol ini dibawa seludup ataupun suspek membelinya di website haram. Juga, setelah membuat siasatan lanjut. Pihak forensik mendapati bahawa peluru pistol yang digunakan ini sama seperti peluru yang digunakan untuk menembak 5 orang mangsa kita sebelum ini. "
" Kenapa baru sekarang kita dapat info ni? Kenapa mesti semuanya takde baru kita dapat? Nampak sangat pihak forensik cuai. " dingin Amin menyuarakan pendapatnya. Dari segi fikiran dia, jelas dia ingin mengatakan bahawa ahli forensik sangat cuai saat melakukan siasatan. Sepatutnya semua bukti itu boleh diperoleh sebelum ni, tapi kenapa mesti sekarang baru muncul?
" Itu saya tak tahu tuan. " ditundukkan sedikit kepalanya apabila melihat riak wajah dingin Amin.
" Teruskan. "
" Laporan bedah siasat Inspektor Syaza pula mengatakan bahawa dia telah ditikam sebanyak lima kali di bahagian perutnya. Kepalanya dihentak dengan besi hingga menyebabkan berlakunya retakan dan dia kehilangan banyak darah dibahagian kepala. Terdapat banyak kesan lebam di serata wajahnya dan juga di badannya. Juga, dia telah diperkosa dengan kejam tuan menyebabkan bahagian farajnya terkoyak. " ayatnya yang terakhir telah diperlahankan olehnya. Tidak tahu kenapa rasa sebak serta-merta menyerang jiwanya.
Semua yang berada disitu tersentak. " Maksud kau dia kena rogol? " soal Irwan sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.
Inspektor Badrul menganggukkan kepalanya. Irwan menggenggamkan buku limanya hingga timbul urat-urat ditangannya dan lehernya. Mukanya merah padam menahan amarah. Siapa manusia tak guna yang sanggup merogol dia?!
Perbuatan merogol ini telah sebati dalam masyarakat kita sehinggakan ada yang buat tak tahu apabila bercakap tentang isu rogol ini. Tidakkah engkau tahu bahawa perbuatan itu berdosa? Merosakkan seorang perempuan yang tidak bersalah.
Bukan hanya lelaki yang merogol perempuan tapi ada juga kes perempuan rogol lelaki. Lelaki rogol lelaki dan perempuan merogol perempuan. Hanya disebabkan nafsu, orang yang tidak bersalah juga dijadikan mangsa untuk mereka melepaskan kehendak mereka.
Masyarakat sekarang sangat ambil mudah tentang kes ini. Apabila orang sekeliling mereka yang tanggung bemda tu, tidak pernah diambil kisah sehinggalah benda tu terjadi sendiri pada diri mereka. Dimanakah sifat perikemanusiaan kamu wahai manusia? Tidakkah kau rasa kejam apabila kau membuat endah tak endah tentang sesuatu perkara yang melibatkan maruah?
Jagalah diri. Jaga martabat sebagai wanita. Jaga maruah diri. Maruah seseorang itu amatlah berharga bagi setiap orang. Jangan pernah ambil mudah tentang perkara itu.
" Kes ketiga melibatkan seorang perempuan yang berumur 25 tahun iaitu Nadha Zahayna binti Abdul Malik. Kes ini dilaporkan oleh lelaki yang bernama Jack Rendy bin Randy Amsyar iaitu suaminya. Mangsa didapati terlibat dengan kemalangan tetapi sewaktu laporan bedah siasat, mereka mengklafikasikam kes ini sebagai kes pembunuhan. Mangsa didapati dicekik dan mukanya dipenuhi dengan kesan torehan dan juga kesan lebam. Mayat mangsa dijumpai di tepi semak berdekatan jalan besar. " jelasnya tentang kes pembunuhan Nadha.
" Ketiga-tiga mangsa ni ada kena mengena ke? " soal Fawwaz setelah sekian lama mendiamkan diri.
" Tidak pasti tapi setelah meneliti data mereka, sepertinya tiada. " jawab Inspektor Badrul.
" Ada jumpa apa-apa bukti? " tanya Amin.
Inspektor Badrul mengangguk kepalanya lalu menyerahkan dua plastik. " Ini antara bukti yang mereka jumpa. Sehelai rambut ni dijumpai melekat di bajunya. Mungkin mangsa dan suspek bergelut sebelum dia dibunuh. Ini pula kesan cap jari yang terdapat di serata baju mangsa. " terang Inspektor Badrul.
" Boleh jadi suspek orang yang sama sebab... " dia sengaja menggantungkan ayatnya.
" Kerana cap jari yang kita jumpa dengan cap jari suspek sama. "
Semua di situ mengerutkan dahi mereka dan berpandangan antara satu sama lain.
" Maksud kau? "
Inspektor Badrul mengeluarkan satu dokumen penting mengenai suspek yang telah disiasat oleh arwah Syaza. Syaza sebenarnya menjalanlan siasatn rahsia dimana hanya dia, Irwan dan Badrul saja yang mengetahui tentang itu kerana bukti yang mereka dapat sudah hampir dan kukuh untuk mendekati suspek.
Inspektor Badrul menyerahkan dokumen itu kepada Amin. " Tuan boleh semak. "
" Jadi dah dapat kenal pasti suspek? "
Inspektor menganggukkan kepalanya. " Jadi, petang ni kau dan Irwan kena ikut aku untuk tangkap suspek. Faham? "
" Faham tuan. " sahut mereka berdua.
" Jadi, kita tamatkan perjumpaan kita disini. Kalau ada apa-apa yang penting, terus jumpa aku atau Fawwaz. Faham? "
" Faham tuan! " sahut mereka semua yang berada disitu. Lalu semua beransur keluar hingga hanya Amin dan Fawwaz saja yang tinggal.
" Amin. " Amin yang baru sahaja hendak berdiri itu kembali duduk apabila Fawwaz menyeru namanya. Amin hanya menghayunkan dagunya.
" Siapa pembunuh tu? " soal Fawwaz dengan mengharapkan agar Amin memberitahu siapakah dalangnya.
Amin menggelengkan dagunya. " Jangan tanya aku. Aku pasti kau tahu sebenarnya. " Fawwaz mengeluh panjang apabila mendengar ayat yang keluar daripada mulut Amin.
Maka perdebatan mereka akan kembali bermula setelah sekian lama terhenti.
⚠︎⚠︎⚠︎
Pintu bilik dokumen itu dikuak perlahan agar tiada sesiapa dengar. Dibuka langkah perlahan untuk mencari file R14C.
" Kau cari situ, aku cari sini. " arahnya.
Lalu dia menyelongkar satu persatu dokumen yang ada disitu. Dia perlu dapatkan dokumen itu secepat mungkin. Kesemua bukti telahpun dikumpulkan dan sekarang ni, tugas mereka untuk mengenal pasti mangsa dan dia akan pastikan yang mereka tidak akan dapat lakukan semua itu.
" Weh. Dah jumpa. " panggil si dia.
Lantas dia pergi ke arahnya. " Good. " sambil menepuk bahunya.
" Sekarang, nak buat apa dengan benda ni? "
" Kita bakar. Ambil semua bukti dan jangan tinggal satu pun. Rakaman CCTV ada sekali kan? "
Dia menganggukkan kepalanya. " Bakar tu sekali. "
" Dalam ni ada CCTV. "
" Jangan risau, aku dah hack tadi. " tenang dia berkata.
Lalu mereka terus keluar dari bilik dokumen itu.
" Aku takkan pastikan korang dapat jejak aku. "
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Mystère / ThrillerPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...