Setelah hampir setengah jam mereka mendiamkan diri, akhirnya Fawwaz membuka mulut juga.
" Kenapa kau panggil kitorang ke sini? " soal Fawwaz.
Pagi tadi, Syakir menelefon Amin dan Fawwaz agar datang ke rumah dia malam nanti. Katanya ada hal yang hendak dibincangkan. Tak sangka Irwan dengan Syaza pun ada juga.
" Aku ada hal nak bincang dengan korang. " jawab Syakir lalu menyilangkan kakinya.
" Kau nak bincang apa? " soal Amin pula.
" Tentang dua mayat yang baru ditemui 2 hari lepas. Aku rasa korang berdua tahu tentang itu benar? "
Mereka berdua serentak menjatuhkan kepalanya menandakan mereka tahu tentang kes itu. Mana tak nya, hampir satu Malaysia heboh tentang kes itu.
Pembunuhan yang sangat kejam sehingga usus daripada salah seorang mayat itu hilang.
" Jadi kenapa mahu libatkan kitorang juga? Kan kitorang kena gantung. " jawab Amin sambil pandangannya melilau ke seluruh penjuru rumah itu.
" Aku panggil korang secara official. Aku tahu, kalau aku cakap dengan Tuan Risydan agar batalkan hukuman korang, pasti dia tak mahu. Aku betul-betul perlukan korang untuk kes kali ini disebabkan korang lah orang yang siasat kes ini terlebih dahulu. " jelas Syakir panjang lebar sambil memandang tepat ke arah Fawwaz dan Amin.
Syaza dan Irwan hanya duduk diam disitu dan setia mendengar perbualan mereka.
" Itulah. Haritu bukan main bongkak sangat kata yang kau akan pastikan kau dapat suspek tulah, inilah bla bla bla. Sekarang? Panggil kitorang juga. Heh. " sindir Amin setelah Syakir menghabiskan kata-katanya.
" Amin. Takde masa nak bermain-main. Sedang elok dia berbaik dengan kita, jangan nak keruhkan keadaan. " tegas Fawwaz mengeluarkan butir bicaranya.
" Jadi, apa yang kau mahukan? "
" Tolong aku siasat kes ni secara diam. Aku arahkan korang berdua untuk cari dalangnya. "
" Apa yang kami akan dapat kalau kami dapat suspek? "
Syakir diam. Nak bagi apa eh? Sebab diorang dahlah kena gantung. Dia pasti, kalau Tuan Risydan tahu tentang ini, pasti Tuan Risydan akan marah dia juga.
" Itu aku akan cakap lain kali. Tapi tolong. Jangan bagitahu sesiapa. Ini hanyalah antara kita berlima. " dipandang mereka berlima satu persatu.
Serentak mereka mengangguk.
" Jadi bagaimana dengan laporan forensik? "
" Irwan. " panggil Syakir.
Irwan menganggukkan kepalanya.
" Laporan forensik mengatakan bahawa kedua-dua mayat ini dijumpai bukan dalam keadaan serentak. Mayat pertama dijumpai 5 minit lebih awal daripada mayat kedua. Mayat kedua dijumpai waktu mereka sedang mencari bukti tentang mayat pertama. Mayat pertama dijumpai dengan keadaan cedera parah dikepala. " terang Irwan panjang lebar lalu menyerahkan satu dokumen yang mempunyai gambar abdomen mangsa yang cedera.
" Mangsa pertama didapati mengalami hentakan yang sangat kuat dikepalanya. Mata kanannya dicungkil dan tangan mangsa patah. Alat sulit mangsa juga didapati dipotong sewaktu mangsa masih lagi bernyawa. "
" Untuk mangsa kedua, kepala mangsa juga mengalami hentakan yang kuat. Sepertinya mengalami hentakan di bucu meja. Lidah mangsa dipotong dan dihancurkan kerana terdapat serpihan lidah di dalam bahagia abdomen mangsa. Usus mangsa juga hilang. " sambung Irwan lagi.
Sungguh tidak berhati perut.
Siapakah suspek yang sanggup melakukan kekejam yang seperti ini?
Tidak berperikemanusiaan.
" Aku perasan sesuatu. " kata Amin dengan tiba-tiba.
" Apa dia? " tanya Fawwaz dan Syakir serentak.
" Mangsa pertama dan kedua didapati mengalami hentakan di kepala. Boleh jadi, mereka kena bunuh dengan orang yang sama. Benar? "
Serentak mereka berdua berpandangan. Ada benar juga apa yang dikatakan oleh Amin.
Kedua-duanya cedera dikepala.
Tapi, siapa?
⚠︎⚠︎𖠌
Jam yang menunjukkan waktu 23:40 itu ditilik banyak kali.
Hatinya berasa sungguh resah sekarang. Tak tahu kenapa, daripada tadi dia rasa seperti ada benda buruk yang bakal berlaku.
Rendy ❤️Awak, bila awak nak balik?
Saya takut.Hey sayang, kau kenapa ni?
Kau okay tak?
Aku tak tau bila aku boleh balik.
Cakap dengan aku sayang, kau okay?Okay...
Cuma saya tak sedap hati lah.
Awak, tak boleh balik malam ni ke?Okay-okay. Bawa bertendang.
*bertenuk
*beranak
*berenang
BODOHLAH KEYBOARD NI!
Eh Nadha kau tunggu kejap.
Kejap lagi aku sampai.Halah suami dia ni pun. Time orang tengah risau juga lah dia nak buat lawak.
Tok tok tok
Hampir terjatuh telefon yamg berada dalam pegangan Nadha. Astaghfirullah siapa pula yang datang malam-malam buta ni.
Makin lama bunyi ketukan pintu itu semakin kuat.
Rendy ❤️
Awak!
Ada orang datang. Saya takut.Kau jangan buka pintu.
Tunggu je aku sampai.
Jangan buka pintu selagi aku belum sampai.Ya Allah kau kuatkan lah diri hambamu ini.
Makin lama makin kuat.
"NADHA! BUKAK PINTU NI! " jerit orang yang berada di luar itu.
Suara siapa tu?
" AKU TAHU KAU ADA DEKAT DALAM! "
" KALAU KAU TAKNAK BUKA PINTU NI, AKU AKAN PASTIKAN JACK MATI! "
DANG!
Terus Nadha berlari untuk membuka pintu tersebut.
" Hey my lady. " sapa si dia sambil mengukirkan senyuman sinis.
" Aw-awak? " terketar-ketar tubuh badan Nadha apabila melihat kelibat si dia di depan matanya.
Apa yang dia perlu buat sekarang ni?
" Miss me? "
" Aw-awak nak apa? " tanya Nadha.
" I miss you a lot my lady. " kata dia. Baru sahaja tangannya hendak menyentuh pipi gebu milik Nadha, dengan pantas Nadha menepis.
" Don't. Touch. Me. " keras amaran yang diberikan oleh Nadha.
⚠︎⚠︎⚠︎
Jangan lupa vote and comment kalau tak, taknak update okay joking.
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Misterio / SuspensoPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...