𝖐 𝖎 𝖑 𝖑 𝖊 𝖗 44

468 50 16
                                    

Sedang dia termenung dalam kereta itu seorang diri tiba-tiba pintu keretanya dibuka kasar oleh seseorang. Dia tersentak. Belum sempat dia pandang ke belakang, sebilah pisau sudah terletak elok di letaknya.

" Kau siapa? " keras dia bertanya. Dia cuba untuk mengelak namum tidak dapat apabila pisau itu semakin rapat dengan lehernya.

" Jalan je. " keras nada itu berkata. Izham tersentak. Suara tu familiar.

Dia cuba untuk menilik melalui cermin keretanya dan dia terdiam apabila melihatnya. Si dia hanya tersenyum sinis. Pisau itu makin didekatkan hingga sudahpun bersentuh dengan kulit Izham.

" Jalan atau aku bunuh kau dekat sini. " sarkastik dia berkata. Tak mampu untuk melawan, dia hanya mampu menurut.

" Kau nak apa. " dalam suaranya dia bertanya. Dia hanya mampu mengerling lelaki disebelahnya itu.

" Nak kau. " sinis dia berbisik tepat di telinga Izham. Pisau yang tadi dilehernya itu dia torehkan sikit hingga menyebabkan Izham mendesis kesakitan.

" Kenapa Izham? Sakit? " tanya dia dengan sinis. Izham hanya menahan kesakitan.

" Taknak darah kau tu ke? " soal dia.

Izham hanya mendiamkan diri. " Aku tahu kau nak. Tapi bukan sekarang ya. Kejap lagi kita sampai, aku tolong. "

" Kau. Nak. Apa. " ditekan satu persatu perkataan itu membuatkan si dia ketawa sinis.

" Seperti yang aku kata. Nak kau. " dia menekankan lagi pisau di leher Izham dan itu membuatkan Izham hilang tumpuan pada pemanduannya.

" Ikut arahan aku atau kau mati. "

⚠︎⚠︎⚠︎

" Izham tak dapat dihubungi. " Zayn merengus geram. Elok sangat. Jack takde, Izham pulak hilang. Dua ekor tu sama je.

Tiba-tiba satu persoalan muncul di otak Zayn. Dia memandang ke arah Dravin yang berada di hadapannya. Dravin menjongketkan keningnya.

" Izham ada bunuh sesiapa ke? " soalan yang diajukan oleh Zayn tidak dibalas. Dia hanya geleng tidak tahu.

" Come on Dravin. Kau kenal Izham lagi lama dari aku. " rayu Zayn lalu melutut dihadapan Dravin. Dravin hanya merengus geram lalu menolak kepala Zayn.

Dia mengaduh kesakitan. Dijeling tajam Dravin dihadapannya.

" Ala Dravin. Jawab lah. Kau ni, misteri betul. Dahlah kenal Izham dah lama. Eh- kejap. " Dravin hanya memandangnya pelik.

" Jack. Kau kata yang perkahwinan dia dengan isteri dia tu diaturkan oleh mak dia kan? " Dravin hanya diam. Malas nak menjawab.

Zayn terus duduk disebelah Dravin. Dia menggoncangkan lengan kekar lelaki itu. Berotot! Dravin merentap kasar lengannya lalu memandang Zayn dengan pandangan helangnya.

Zayn lantas mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Tak sanggup nak bertentangan mata dengan mata hijau pekat lelaki itu.

" Apa masalah kau sekarang ni? " tanyanya dengan suara dalamnya.

" Macam mana kau tahu pasal tu? "

Dravin mengeluh perlahan. " Aku dah kenal dia lama jugak. "

" Memang aku ni takdirkan sebagai orang luar ke? "  dia menunduk memandang lantai. Acah-acah tersakiti sebentar.

Dravin menjelingnya. Malas nak melayan. Tangannya lantas mengeluarkan telefon dari poketnya. Dia membaca chat yang dia dapat.

Zayn hanya memandang lelaki itu dengan pandangan redup. Baik dia pergi bilik Izham ambil surat itu. Haahlah, baru dia teringat. Lantas dia berdiri lalu berjalan ke bilik Izham. Dravin hanya memandang pergerakannya.

Matanya tertancap pada satu chat yang tidak asing baginya. Dahinya berkerut apabila membaca mesej itu. Dia tersenyum sinis.

Hapuskan dia.

Sudah lama dia inginkan benda tu. Menghapuskan lelaki itu.

Tangannya ligat menaip sesuatu di telefon itu.

Hantar location. Kejap lagi aku sampai.

Dia menutup screen telefonnya. Menghela nafas perlahan. Tak sangka mereka terpaksa lakukan semua ini kembali.

" Kau jahat! Kau pembunuh! Kau kejam! "

" Aku terpaksa... "

" Terpaksa?! Terpaksa kau kata?! " dia menjerkah kuat lelaki dihadapannya itu.

" Kalau aku tak bunuh dia, habis segalanya Dravin. "

" Biarlah! Biar semua orang tahu siapa kau sebenarnya! " lantas tubuhnya ditolak kuat hingga tersandar pada dinding. Lelaki dihadapannya itu memandangnya tajam.

" Jangan sampai aku bunuh kau Den... "

Memori 7 tahun lalu kembali berputar dimindanya. Segala yang indah pada mulanya menjadi keruh hanya disebabkan dia.

Dia si kejam. Sanggup membunuh darah daging sendiri hanya disebabkan satu janji.

Lamunannya tersentak apabila Zayn menyergahnya. Satu sahaja perkataan yang keluar dari mulut Dravin.

" Bodoh. " Zayn hanya menayangkan senyuman tidak bersalah. Dia menyerahkan sepucuk sampul surat kepada Dravin.

" Ni ke? " Zayn mengangguk. Dravin bangun dari duduknya.

" Ikut aku. "

" Malam ni akan jadi malam yang panjang untuk kita. "







































Killer [ C ]Where stories live. Discover now