𝖐 𝖎 𝖑 𝖑 𝖊 𝖗 38

448 52 16
                                    

Jenazah Nadha baru sahaja selamat dikebumikan pagi tadi. Tubuh Jack terlalu lemah sekarang ni. Sudah seharian dia menangis.

" Jack. " panggil Dravin yang baru tiba di ruang tamu itu.

Jack hanya menggumam perlahan. Lockscreen telefonnya yang merupakan gambar akad nikah dia dengan arwah Nadha ditatap lama. Lalu diusap permukaan telefon itu perlahan.

" Sudah lah Jack. Jangan lah nangis. Kalau Nadha tahu ni, mesti dia tak suka. " tegur dia perlahan seraya cuba untuk menggembirakan hati Jack.

Jack hanya senyum tawar. " Dia dah takde. "

" Jadi, apa perancangan kau lepas ni? " soalnya ingin tahu.

" Aku nak balik London. "

" Kenapa? Duduk je lah sini. " pujuk Dravin. Takkan lah Jack nak tinggalkan dia dekat sini?

" Aku tak mampu nak tanggung kesedihan aku dekat sini. Aku nak lupakan semuanya. " lirih dia berkata lalu mengeluh perlahan. Dia tak boleh hidup macam ni.

" Mummy tahu pasal ni? " soal Dravin. Dia pasti yang Puan Beanca tak tahu pasal ni.

Jack menggelengkan kepalanya. " Aku tak nak cakap pasal ni lagi. Dia mesti sedih kalau tahu Nadha dah takde. "

Dravin hanya mampu mendiamkan diri. Dia tahu segala kebenaran tentang mereka. Siapa Jack yang sebenarnya dan tentang Nadha.

" Aku tak mampu jaga dia Vin... aku, aku suami tak guna! " lalu dipukul kepalanya dengan kuat.

" JACK! Bawak bertenang. Ingat tuhan! " nasihatnya lalu menenangkan sahabatnya itu.

" A-aku tak kuat Vin... tolong lah. K-kalau mummy tahu, mesti dia kecewa dengan aku Vin... m-mesti dia kecewa dapat anak macam aku... " rintih dia dalam pelukan Dravin.

Dravin yang seakan-akan tahu perasaannya hanya mampu menenangkan dia. Dia pun tak boleh nak buat apa.

" Terima kenyataan yang dia dah tinggalkan kau Jack. Semuanya ada hikmah. Kau sendiri yang kata dengan aku dulu. Setiap benda yang berlaku di muka bumi ini pasti ada hikmahnya. Tolong terima kebenaran yang dia dah takde. Kau pernah kata dengan aku yang setiap orang yang meninggal tu, tempatnya syurga. Jadi, dia pasti tunggu kau di sana. " nasihat Dravin lembut. Apa yang Jack pernah katakan dahulu, dia ingat kembali.

" Tapi, tak semestinya tempat aku pun di syurga. " Dravin mengetap giginya selepas mendengar pernyataan itu.

" Setiap orang islam yang meninggal itu, tempatnya syurga. Cuma sebelum mereka ke syurga, mereka akan dikenakan hukuman ke atas segala perbuatan yang mereka buat di muka bumi sewaktu mereka hidup. Benar bukan? "

Jack mengangguk kepalanya lemah. " T-tapi... "

" Sudah Jack. Pergi rehat. Tenangkan fikiran kau. " arah Dravin lembut. Jack perlukan rehat yang cukup sekarang ni. Risau dia pengsan lagi sekali je.

Dia bangkit dari duduknya dengan pertolongan Dravin lalu beransur ke biliknya.

" Asal dengan Jack? " sampuk Izham dengan tiba-tiba.

Dravin tersentak akibat terkejut. Lah budak ni, tiba je datang.

" Izham? " soalnya takut-takut tu Iskandar.

" Ye. Aku Izham. Pahal tu? " soalnya dengan malas. Haih dia ni.

" Isteri dia meninggal. "

" Isteri? Sejak bila dia kahwin? " tanya Izham tidak percaya.

Dravin mengeluh perlahan. Baru dia teringat yang sebenarnya, diorang tak tahu tentang hal perkahwinan Jack dengan Nadha.

" Jack kahwin dengan Nadha tu atas permintaan mummy dia. Dia tak bagitahu korang sebab belum sampai masanya lagi. " terang Dravin dengan harapan agar Izham memahaminya.

Izham hanya mengangguk. " Macam mana boleh meninggal? " tanya Izham.

" Katanya kemalangan tapi seperti pembunuhan. Macam tu lah. "

Izham hanya meng'ouh'kan sahaja apa yang diperkatakan oleh Dravin. Matanya melilau melihat keadaan rumah.

" Apa jadi dengan aku? " soal Izham.

Tiba-tiba Dravin tersentak apabila teringat sesuatu. " Kau. Macam mana kau boleh terlepas? "

" Kenapa? "

" Tangan dengan kaki kau kan kena ikat. Siapa yang lepaskan ikatan tu? " pelik Dravin.

" Oh, tadi Zayn masuk. Dia tengok aku dah sedar. Tu yang dia lepaskan ikatan tu. " beritahu Izham tenang.

" Dah tu mana dia? "

Izham hanya menggelengkan kepalanya. " Tak tahu. Lepas je dia keluar dari bilik aku, terus tak nampak bayang. "

Dravin menganggukkan kepalanya.

" Izhan. "

Izham yang sedang mengelamun itu tersentak lalu terus memandang ke arah Dravin.

" K-kau. "

⚠︎⚠︎⚠︎


Semua pegawai yang berada dalam pejabat itu segera berdiri dan bertabik kepada Amin dan Fawwaz yang telah kembali semula untuk memulakan tugas mereka pada hari ini.

Pejabat senyap-sunyi. Keadaan tidak seperti selalu. Kalau tidak, pasti ada si dia yang selalu menghiburkan hati mereka di situ.

Irwan hanya mendiamkan diri. Dah 2 hari Syaza meninggalkan dia. Siapakah manusia yang kejam itu hingga sanggup membunuh dia? Kenapa dia terbabit sekali? Semua ni ada kena mengena ke dan apa kena mengena Tuan Risydan dengan semua ni? Sangkanya Tuan Risydan ialah dalang disebalik semua pembunuhan ini tapi rupanya tidak.

Dia juga dijadikan mangsa akhirnya. Mungkin di jadikan kambing hitam oleh si pembunuh?

" Let's proceed our meeting. " ucap Amin dengan datar.

" Tuan, kita dah dapatkan laporan forensik milik Insp. Syaza dan juga milik Tuan Risydan. " butir bicara yang dimulakan oleh Insp. Badrul membuatkan semua tumpuan dihalakan ke arahnya sekarang ni.

Amin menganggukkan kepalanya. " Teruskan. "





















Killer [ C ]Where stories live. Discover now