𝖐 𝖎 𝖑 𝖑 𝖊 𝖗 17

599 64 43
                                    

" Lima kes yang masih lagi tak dapat diselesaikan. Sekarang ni, kita soal siasat dulu 3 orang saksi yang tinggal tu sebelum jadi apa-apa. Suruh mereka datang petang ni juga. Jangan tunda-tunda dah sebelum lain jadi. " tegas Amin berkata. Semua dah serabut kepala dibuatnya.

" Bukan tujuh? " soal Fawwaz.

" Kenapa tujuh pula? " tanya Amin dengan pelik.

" Dua orang pengawal yang mati dekat bilik CCTV tu. " ujar Fawwaz. Aih, takkan dia dah lupa pasal tu kot padahal diorang lah orang pertama yang tahu pasal tu.

" Haih, haah lah. " keluh Amin seorang diri.

" Tuan, maaf ganggu. " tegur Irwan secara tiba-tiba.

" Kenapa? " soal Amin.

" Tuan Risydan panggil tuan berdua untuk ke bilik dia. Dia kata ada hal. " jelas Irwan.

" Okay kitorang datang sekarang. " kata Fawwaz.

" Baik tuan. Saya minta diri dulu ya. " pamit Irwan lalu terus pergi dari situ.

⚠︎⚠︎⚠︎

" Tuan. "

" Duduk. " arah Tuan Risydan.

" Err... ada apa tuan panggil kami? " soal Fawwaz lembut. Harap-harap takde apa-apa lah.

" Saya cuma nak beritahu bahawa kes pengawal keselamatan tu sekarang ni diambil oleh ASP. Syakir. Jadi, kamu berdua akan terlibat daam siasatan nanti. " jelas Tuan Risydan sambil menatap mereka berdua.

" Tapi, bukan ke sepatutnya kes tu bawah kami? " tanya Amin pula. Betul lah, bukan ke sepatutnya tu kes bawah diorang.

" Kamu sekarang ni ialah saksi dan suspek utama kes ini. Jadi... "

" Ini surat gantung kerja kamu. " kata Tuan Risydan lalu menyerahkan dua sampul surat berwarna putih.

Kedua-dua mereka terkedu.

G-gantung kerja? Biar betul?!

" T-tapi tuan-

" No excuse Amin. Kamu berdua digantungkan kerja selama sebulan. Sebulan ni, kamu diminta jangan lari atau pergi ke luar daerah kerana kamu berdua ialah suspek dan saksi utama kes ini. Kamu faham prosedur siasatan bagaimanakan? " terang Tuan Risydan.

" Faham tuan. " sahut mereka.

" Dan juga, keseluruhan kes itu akan diambil alih oleh ASP. Syakir. Irwan dan Syaza juga akan masuk berada di bawah dia. Mulai harini, kamu berdua dah tiada kaitan dengan siasatan kes yang lepas itu. " tegas Tuan Risydan berkata.

Lagi sekali mereka terdiam. Dah tak mampu nak berkata apa-apa.

" Baiklah tuan. Kalau tiada apa-apa, kami minta diri dahulu. " pinta Amin dan Fawwaz.

" Ya, silakan. " kata Tuan Risydan.

⚠︎⚠︎⚠︎

" Kau rasa Rayyan mati sebab apa? "

" Dah terang-terang dia mati sebab Iskandar kan. Apa masalahnya? " ucap Zayn dengan serious. Dah kenapa pula mamat ni. Dia tak percaya aku ke macam mana?

" Hmm " gumam Jack perlahan.

" Kau kenapa ni Jack? Muka kau tu resah semacam je. Ada apa-apa ke? " tanya Zayn apabila melihat riak wajah Jack yang sedikit gelisah seperti memikirkan sesuatu.

" Takde apa lah. " jawab Jack lalu terus berlalu ke biliknya.

" Woi! " jerkah Izham.

" Ha? Apa dia? Sejak bila kau wujud kat sini? " soal Zayn bertalu-talu.

" Sejak azali. " selamba Izham menjawab lalu mengambil tempat disebelah Zayn.

" Heh. Pergilah kau. " jeling Zayn menyampah pada Izham. Ketawa besar Izham dibuatnya.

" Kau fikir apa ni Zayn? " soal Izham. Izham ni, santai je semacam. Dia tak ingat ke apa yang dia dah buat?

" Takde apa lah. Biasa lah hal kerja sikit. " jawab Zayn lalu memicit pelipis dahinya. Fuh ni kalau ada minyak angin ni, lepastu ada Nadha picitkan kepala dia ni, mesti lega.

" Ye ke? " teka Izham lagi. Zayn ni bukan boleh percaya. Mulut kata tak, tapi dalam hati... macam-macam dia pendam.

Itulah sifat Zayn Firash yang sebenar. Tapi, nak dibandingkan dia dengan Jack, Jack lagi lah memendam. Habis semua benda dia nak pendam. Beli kereta baru pun tak cakap. Heh. Menyampah ai!

" Ye. Kau ni Izham. Santai je semacam. " tegur Zayn.

" Haha. Dahtu kau nak suruh aku buat apa. Eh, jap. Mana Rayyan eh? Dari pagi tadi aku tak nampak dia. " soal Izham sambil mengerutkan dahinya.

Terus berubah air muka Zayn.

" Kau memang tak ingat ke? " tanya Zayn ragu-ragu.

" Ingat apa ni? " soal Izham lagi. Makin pelik dibuatnya. Kenapa semua orang pelik harini?

" Maksudnya, itu Iskandar... " bisik Zayn seorang diri.

" Woi! Aku tanya ni. Kenapa? " soal Izham lagi. Aish dia ni. Orang tanya tu jawablah. Ni tak, duk termenung pula.

" Rayyan dah takde. Dia dah meninggal dua hari lepas. Iskandar yang bunuh. Dah jangan tanya aku apa-apa. " datar Zayn menjawab lalu terus berlalu pergi. Makin lama dia duduk situ kang, makin spoil mood dia je kang.

" Ray-rayyan dah takde? " soal Izham sendiri sambil ligat memikirkan apa yang terjadi sebenarnya. Apa yang jadi? Kenapa dia tak tahu apa-apa ni? Betul ke Rayyan dah takde? Dia mati sebab apa?

" Tak semestinya apa yang diucapkan oleh si saksi itu adalah benar dan tidak semestinya situasi yang si saksi itu nampak pada waktu itu adalah situasi yang sebenar. "

⚠︎⚠︎⚠︎


I'm back ! Ada yang rindu ke?

10 Comment unlock new chapter hehe.

Macam mengarut pulak chapter kalini hm.































Killer [ C ]Where stories live. Discover now