Pintu bilik siasat itu dikuak kasar oleh Syakir. Diikuti juga dengan Irwan dan Syaza dibelakangnya. Entah apa ketidakwarasan si Syakir tu tiba-tiba nak cepatkan siasatan mereka. Hampir stres dua orang budak tu dibuatnya. Kelibat Amin dan Fawwaz juga kelihatan dalam bilik itu.
" So, apa plan korang lepas ni? " dingin Syakir bertanya. Selepas apa yang diberitahu oleh Tuan Risydan sebentar tadi, hati dia kuat mengatakan bahawa salah seorang daripada sedang menyorokkan sesuatu seperti mereka tahu akan kebenaran yang sebenar. Tambahan lagi apabila Tuan Risydan memberitahu dia bahawa mereka juga sering bertengkar disebabkan perkara ini.
" Saya tak tahu kenapa tapi, mereka berdua seperti sorokkan sesuatu. "
" Apa yang tuan maksudkan? Tak mungkin lah mereka nak sembunyikan perkara yang mereka tahu daripada jabatan. "
" Manusia zaman sekarang ni tak boleh dipercayai Syakir. Mungkin ada sebab mengapa mereka buat begitu. Sama ada mereka tahu kebenaran ataupun mereka ialah dalang disebalik semua ini. "
" Tapi tuan, takkan lah. Saya tak percaya lah. "
Sejahat-jahat Syakir dengan diorang, tak pernah lagi dia nak bersangka buruk dekat mereka berdua. Ya dia akui bahawa mereka bertiga tak pernah sehaluan. Bila mereka terpaksa bekerjasama atas kes yang sama, mesti ada je pertengkaran yang akan tercetus. Sorang keras kepala, sorang ego, sorang lagi pendiam. Bak kata dia, ikut kau lah.
" Saya tahu kamu akan berkata sebegini tapi takpelah. Kamu akan tahu kemudian. "
Automatik perbualan dia dengan Tuan Risydan pada malam tadi terngiang-ngiang di kepala.
Irwan dan Syaza hanya mampu mendiamkan mereka saja. Tak tau nak cakap apa. Bukan apa tapi, tak berani. Dua orang tu orang atasan dia juga.
" Apa kau mengarut ni Syakir? " datar Amin bertanya manakala Fawwaz disebelahnya sedang melayan perasaan. Tak tahu lah nak cakap apa. Sebab dia sendiri pun tak tahu nak jawab macam mana.
" Jujur je lah. Jangan sorokkan apa-apa. Tolong beri kerjasama. " ucap Syakir dengan riak wajah yang kosong.
" Kau nak cakap apa sebenarnya?! Kau nak cakap yang kitorang yang lakukan semua pembunuhan ni ke?! " naik seoktaf nada yang digunakan Amin. Amin bukan seorang yang penyabar. Seorang yang jenis cepat baran. Itulah sifat dia.
" Tuan Amin diminta bersabar. Tolong bagi kerjasama dengan kami. " lembut nada yang digunakan oleh Irwan. Taknak pergaduhan berlaku.
" Tolong jelaskan apa yang berlaku pada hari kejadian. " pinta Syaza pula.
" Kitorang pergi dekat bilik CCTV tu untuk cek sama ada orang yang tak dikenali masuk situ ke tidak. Lepas je kami keluar, tiba-tiba ada bunyi tembakan. Takkan kitorang pula yang lepaskan tembakan tu sedangkan kitorang dekat luar. Betul tak? " terang Fawwaz panjang lebar.
Betul lah. Kalau difikirkan logik, takkan lah diorang pula yang nak lepaskan tembakan sedangkan diorang kat luar kan? Jadi memang orang lain lah dekat dalam tu. Iya kan?
" Lepastu korang ada nampak sesiapa yang mencurigakan tak? " tanya Syakir.
" Tak. " sepatah Amin menjawab.
" Tuan. " panggil Irwan dengan lembut.
Syakir hanya menjongketkan keningnya sebagai tanda 'apa?'.
" Sini sekejap. " pinta Irwan. Lalu Syakir pun berjalan ke arahnya.
" Kita boleh cek CCTV sekiranya tuan masih lagi tak percaya dengan penjelasan kata mereka. Tambahan pula dekat tempat yang mereka lalu tu memang ada 2 CCTV. " bisik Irwan ditepi telinga Syakir. Cukup mereka berdua saja yang tahu.
Syakir pun memikirkan apa yang dikatakan oleh Irwan seketika. Lalu dia menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju. Betul juga apa yang dia katakan itu. CCTV kan ada.
" Okay. Kalau macam tu korang dah boleh pergi. Tapi pastikan jangan lari. " sinis Syakir berkata.
Tanpa berkata apa-apa, mereka berdua pun bangkit daripada duduk lalu keluar daripada bilik itu.
" Kejap lagi kita ke bilik CCTV. Beritahu dulu pengawal dekat situ. " arah Syakir.
" Baik tuan. " jawab Irwan lalu terus keluar mengajak Syaza keluar dari bilik itu.
" Kita nak pergi mana? " soal Syaza ragu-ragu. Dahlah main pegang je tangan orang.
" Bilik CCTV. " jawab Irwan. Tiba-tiba Syaza memberhentikan pergerakan mereka.
" Kenapa? " tanya Irwan pelik.
Syaza tidak berkata apa-apa cuma dia hanya memandang sahaja tangan dia yang sedang dipegang kemas oleh Irwan. Lalu Irwan pun memandang ke arah tangannya yang sedang memegang tangan Syaza.
Lantas Irwan melepaskan tangan Syaza lalu dipandang semula wajah Syaza.
Eh- dia blushing.
Dalam diam Irwan mengherot senyuman sinis. Pandai juga perempuan ni ya.
" Dahlah jangan nak berangan sangat. Aku taknak pun kat kau tu. Dah jom. " sinis Irwan berkata sekaligus mematikan senyuman di bibir Syaza.
" Ish dia ni! Potong je! " marah Syaza dalam hati.
" Irwan! Syaza! " jerit seseorang jauh dibelakang mereka.
" Kenapa ni Emir? " tanya mereka berdua serentak.
" Kamu diminta untuk ke Taman Aman sekarang juga. Ada dua mayat yang baru ditemui di situ. Bawa Tuan Syakir sekali. " terang Emir.
Ah sudah.
⚠︎⚠︎⚠︎
20 comment unlock new chapter
how?
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Mystery / ThrillerPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...