Pintu rumah dikuak dengan perlahan-lahan agar tiada siapa yang perasan. Sesekali dia menilik jam tangannya. Menandakan bahawa sekarang sudah pun pukul 1:51 pagi. Okay cantik. Semua dah tidur.
Rumah itu gelap gelita. Tak nak buka flashlight. Nanti orang bangun. Lalu tombol pintu biliknya dipulas perlahan. Sesekali dia mendesis kesakitan akibat torehan yang semakin bertambah di badannya.
Siapa lagi puncanya kalau bukan Iskandar yang buat.
Eh yeke?
Suis lampu di on kan. Apa yang dia nampak sekaran ni ialah dua kelibat manusia yang sedia menunggu kepulangannya daripada pagi tadi.
" Puas membunuh Iskandar? " sinis pertanyaan yang diajukan oleh Zayn.
" Huh. Korang buat apa dalam bilik aku? " dingin Izham bertanya.
" Kau daripada mana? " soal Jack pula yang sedang memejamkan matanya.
" Bukan masalah kau. " selamba dia menjawab.
" Apa masalah kau sekarang ni Iskandar?! " marah Zayn lalu mencengkam baju yang dipakai oleh Izham. Argh! Kuatnya bau darah!
" Kau buat apa ni sampai bau badan kau kuat sangat dengan darah ni?! " tengking Zayn.
" Tu masalah aku. Bukan masalah kau. Tak payah nak sibuk, atau kau yang jadi mangsa aku seterusnya. " datar Izham menjawab.
" KAU! " naik seoktaf nada yang digunakan oleh Zayn. Boleh gila dia macam ni.
" What? Jangan kacau aku boleh tak. Aku penat. Ngantuk. Nak tidur. " ditekan satu persatu perkataan yang keluar dari mulutnya.
" Izham. Aku tanya elok-elok. Kau. Pergi. Mana? " soal Jack dengan lembut. Zayn ni jenis kasar. Sebodoh-bodoh Jack ni, dia tetap pandai berlembut juga walaupun kadang-kadang
Agak tak betul.
" Keluar. " sepatah Izham menjawab lalu membuka hoodie hitam yang dipakainya.
Argh. Kuat sangat bau darah ni pun.
" Kemana? "
" Bukan urusan kau. " kata Izham dengan dingin.
" Dah keluar. Aku nak mandi. " datar Izham berkata. Rimas dia.
" Telefon kau mana? " tanya Jack.
Izham terdiam. Mesti diorang dah tahu.
" Ada. " sepatah Izham menjawab.
" Mana? " tanya Zayn pula.
" Ada lah. Korang dah kenapa sibuk nak tahu ni? " dingin Izham bertanya.
" Ni kan. " sinis Zayn berkata sambil menunjukkan telefon yang berada ditangannya. Lalu digoyang-goyangkan telefon tu sikit.
Kalau ikutkan hati, dia nak je pecahkan telefon ni tadi. Kita pijak sikit, lepastu gilis dengan tayar kereta tu. Lepastu hancurkan lagi sampai lunyai. Biar puas hati sikit. Orang ada telefon tu, hargai lah sikit. Ni tak, main ditinggalkan aje dekat situ.
" Mana dapat? " tanya Izham seolah-olah tiada apa yang berlaku.
" Bukan masalah kau. " datar Zayn menjawab lalu terus keluar dari bilik tu.
" Pergi mandi. Kalau lapar, makanan ada dekat dapur tu. " kata Jack lalu keluar.
Belum sempat dia keluar, Izham segera menahan dia.
" Jack... " panggil Izham menggunakan suara dalamnya sambil mencengkam kuat pergelangan tangan Jack.
" K-kau nak apa? " soal Jack lalu mencuba mengaturkan nafasnya yang sudah tidak teratur tu.
Dia kenal suara tu.
" Kau... tahu tak yang Rayyan mati sebab apa sebenarnya? " sinis dia bertanya.
" H-ha? Ap-apa maksud kau yang sebenarnya Iskandar? " soal Jack. Kenapa dia tanya macam tu? Dah sah-sah dia mati sebab Izham yang bunuh.
Eh- salah. Bukan Izham tapi Iskandar.
" Hehe. " sengih Izham lalu melepaskan cengkaman itu.
" Dah keluar. " arah Izham semula.
" Eh- " belum sempat Jack nak menanyakan soalan, Izham terlebih dahulu menolak tubuh badannya keluar dari bilik itu lalu menghempas kuat pintu biliknya.
" Ap-apa maksud dia? " soal Jack seorang diri.
Lalu Jack mengeluarkan telefonnya dan segera mendail nombor seseorang.
" Hello Nadha. Aku tak balik harini. Esok pun tak tahu lagi. Kau duduk je kat rumah tu diam-diam. Jangan keluar mana-mana. Tunggu je aku sampai aku balik. Kalau nak apa-apa terus bagitahu aku. " tutur Jack dengan laju lalu terus menutup panggilan itu tanpa sempat Nadha berkata apa-apa.
" Haih, lepas satu, satu masalah datang. " perlahan Jack berkata lalu merenggangkan badannya yang sedikit sakit itu.
⚠︎⚠︎⚠︎
To be continue...
Rayyan mati sebab apa?
Masih ada ke yang setia menunggu saya update?
Jangan lupa vote and comment!
Okey babai!
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Mystère / ThrillerPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...