" Baru aku teringat. Bermula dari kes pertama, banyak benda yang kita tertangguh. Dan disebabkan itu lah kita masih lagi tak dapat nak jejak suspek hingga sekarang. " terang Amin panjang lebar.
" Maksud kau? " tanya Syakir.
" CCTV dan saksi. Untuk dapatkan bukti tentang suspek, kita mesti cari daripada situ. Haritu, kalau diikutkan kita memang dah nak tengok rakaman CCTV tapi tergendala disebabkan ada lagi orang yang mati. Saksi pun banyak yang mati dan jabatan polis menganggap yang semua perbuatan ni dilakukan oleh suspek juga. " ulas Syaza tentang itu.
Satu persatu perkara yang hendak mereka lakukan pasti akan tergendala kerana hal yang berlaku itu.
" Jadi kumpulkan satu persatu bahan yang hendak kita siasat nanti. Pergi ke kedai runcit tu dan minta rakaman CCTV. Kali ni kita kena bertindak dengan lebih cepat. Kalau tidak, kemungkinan ianya akan menjadi lebih teruk. " tegas Syakir berkata.
" Mana Fawwaz? " soal Syakir apabila perasan bahawa Fawwaz masih lagi tiada di situ.
" Tak tahu. Aku telefon dia banyak kali tak angkat. " terlepas satu keluhan dari mulut Amin.
Hampir 15 kali dia menelefon Fawwaz tapi tetap tidak diangkat. Mana dia pergi pun tak tahu.
" Hack telefon dia. " arah Syakir datar.
" Irwan. Cuba hack telefon Fawwaz. Cari dimana keberadaan dia sekarang. "
" Baik tuan! " lantas jari-jemari Irwan mengetuk papan kekunci itu dengan laju.
Syaza seperti biasa hanya menemani Irwan disebelahnya.
" Weh Syaza. " panggil Irwan perlahan.
" Kau tengok ni. " arah Irwan sambil jarinya menyentuh screen komputer tersebut.
" Kenapa? " tanya Syaza malas.
" Ish tengok lah cepat! " gesa Irwan.
" Weh... biar betul? " tanya Syaza seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dia nampak di screen itu.
" Shhh... jangan bagitahu diorang lagi. Biar kita berdua siasat benda ni sendiri dulu. Kau tahu diorang tu macam mana kan? Jadi kita siasat je berdua dulu. " bisik Irwan perlahan.
" Tapi kalau kantoi macam mana? "
" Takkan kantoi kalau kita sendiri yang cakap benda tu depan diorang. " tajam pandangan yang diberikan oleh Irwan.
" Okay. Dahtu, nak cakap apa dekat diorang? "
" Sabar. Aku tahu. "
" Ehem. " dehem Syakir dibelakang diorang berdua.
Serentak mereka berdua berpaling ke belakang.
" Bisik apa? Ada apa-apa yang aku tak tahu ke? " tanya Syakir datar.
Alamak, dia dengar tak? Tak dengar mungkin. Ya tak dengar.
" Aaaa, takde apa lah tuan. Saja je main bisik-bisik. " jawab Irwan sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
" Dah dapat info tentang Fawwaz? " tanya Syakir dengan pandangan mata yang menggerunkan.
" Bel- "
" Salam! " terjah Fawwaz dengan tiba-tiba. Tak tahu lah dari mana mamat tu datang. Lalu dia mengatur nafasnya yang tercungap-cungap.
" Kau dari mana ni Waz? " tanya Amin.
" Syakir, Irwan dengan Syaza. Korang ada kes emergency. Ada satu mayat yang baru ditemui dekat bangunan syarikat Iz's Holding. " ujar Fawwaz.
Dahlah aku pun penat.
⚠︎⚠︎⚠︎
Ramai pekerja syarikat itu mengerumuni kawasan luar pejabat itu. Mana taknya apabila pekerja mereka sendiri di bunuh di situ.
Pasukan ahli forensik juga berkumpul disitu untuk mengumpul bukti tentang pembunuhan itu.
" Tuan. Ni Encik Izham. CEO syarikat ni. " jelas Irwan.
Syakir dan Izham menjabat tangan mereka. " Saya ASP Syakir. Ketua Polis yang ditugaskan untuk menyiasat kes ini. " terang Syakir.
" Mangsa ni pekerja encik ke? " tanya Syakir untuk memastikan info yang dia dapat.
Izham hanya sekadar mengangguk. Malas nak berkata apa-apa.
" Oh iya, kenalkan. Ini ASP Amin dan ini pula ASP Fawwaz. " lalu mereka pun berjabat tangan.
Di belakang Syakir terdapat Fawwaz dan Amin. Syakir menyuruh mereka berdua agar mengikuti dia sekali. Asalkan Tuan Risydan tak tahu.
Sampai sahaja ke arah Fawwaz, mereka berpandangan antara satu sama lain. Pandangan yang agak luar biasa.
Pandangan yang menggerunkan dibalas dengan pandangan yang agak menenangkan walaupun sebenarnya, mata itu menyimpan perasaannya tersendiri.
" Zayn. " bisik Jack yang berada di belah kanan Izham manakala Zayn berada di sebelah kiri Izham.
Zayn hanya memandang wajah Jack lalu menghayunkan dagunya.
" Kau cuba tengok dekat belakang ASP Syakir tu. " bisik Jack lagi lalu menunjuk ke arah belakang Syakir.
" Kenapa? " tanya Zayn perlahan dalam nada berbisik kembali.
Zayn terkedu saat memandang wajah salah seorang daripada mereka.
" Muka dia sama hampir dengan arwah Rayyan kan? " desak Jack agar Zayn memberi jawapan.
Zayn mengangguk sambil memerhati susuk tubuh badan itu.
" Muka diorang... seakan sama. " gumam Zayn perlahan.
" Ye tho. Aku ingat Rayyan tadi. Rayyan ada abang ke? Kembar tak seiras ke? Ada ke? " tanya Jack lagi.
" Dia mana ada keluarga. Dia kan anak tunggal. " pandangan tajam diberikan kepada Jack. Member sendiri takkan tak tahu.
" Jadi, pelanduk dua serupa ke? " polos Jack menanya.
" Mungkin begitu. " balas Zayn tapi matanya masih lagi khusyuk memerhati tubuh itu dari atas hingga bawah sehingga lah mereka berpandangan antara satu sama lain.
Lantas Zayn mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Pandangan itu... agak mengerikan.
" Jadi Encik Izham, saya harap encik boleh beri kerjasama kepada kami waktu soal siasat nanti. Bila tu, nanti kami akan maklumkan kepada encik. " jelas Syakir setelah berbincang dengan ketua ahli forensik pasukan itu dan juga Izham sebentar tadi.
" Baiklah. " sepatah Izham menjawab.
" Jadi kalau tiada apa-apa, kami minta diri dahulu ya. " pinta Syakir.
Izham hanya membalasnya dengan anggukan.
" Nice to meet you Tengku Izham Iskandar. " bisik salah seorang daripada mereka sebelum berlalu pergi.
Izham mengetap rahangnya menahan amarah.
Dia...
⚠︎⚠︎⚠︎
20 Spam komen NEXT , saya double update.
Jangan lupa vote and comment!
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Mystery / ThrillerPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...