𝖐 𝖎 𝖑 𝖑 𝖊 𝖗 47

525 51 24
                                    

" Kau nak apa sebenarnya Fawwaz? Kau Rayyan? " soal Zayn mahukan penjelasan. Sungguh dia tak paham dengan apa yang berlaku sekarang ni. Macam mana Dravin boleh tahu semua tentang Rayyan tapi dia tak?

" Aku mahukan Izham! Korang tak payah masuk campur! " jerkah Rayyan a.k.a. Fazrin. Izham dan dia bertatapan mata. Matanya tajam menusuki anak mata Izham.

" Fazrina Nuhaina. " sebaris nama itu membuatkan Rayyan dan Fawwaz mendiamkan diri mereka. Hanya kekal berdiri statistik. Mata Dravin beralih ke Izham. Dan lelaki itu turut membuat perkara yang sama.

" Kau kenal perempuan tu kan Izham? " soalan yang diajukan oleh Dravin membuatkan Izham tersentak daripada lamunannya.

" Macam mana... " dia terus mendiamkan diri. Kepalanya tekun melihat lantai. Rayyan telah pun merengus kasar.

" Kau takde kena mengena dalam hal ni! Jangan nak masuk campur! " baru sahaja dia hendak berlari ke arah Izham, Dravin sudah pun melepaskan satu das tembakan tepat mengenai lengannya. Rayyan mengerang kuat akibat kesakitan.

" QAIL! " jerit Fawwaz lalu melutut di tepi Rayyan. Dia mengangkat sedikit badan Rayyan agar duduk.

" Fazrina. Cantik nama dia. Kan Izham? " Dravin memandang Izham. Izham menggelengkan kepalanya.

" A-aku tak kenal... "

" Kau tak kenal atau saja buat-buat tak kenal? " sinis Fawwaz bertanya. Rayyan hanya memandangnya tajam sesekali dia mendesis kesakitan.

" Nur Fazrina Nuhaina. Adik kepada Muhammad Fawwaz Nuhail dan Muhammad Fazrin Nuqail atau tepat lagi, Rayyan. Kau tahu benda tu? " ujaran daripada Dravin membuatkan Izham tersentak. Perempuan tu... tak sangka lelaki yang menyamar sebagai Rayyan ni merupakan abang perempuan tu. Patutlah dia rasa familiar bila dengar nama Fazrin tadi.

" Mana keluarga kau? " soalnya lalu menghulurkan minuman kepada perempuan itu. Perempuan itu hanya mendiamkan diri sambil melayan perasaan.

" Ada. " sahutnya setelah sekian lama mendiamkan diri.

" Nama dia Fazrin. " Izham hanya mengangguk lalu kembali mendiamkan diri.

" Aku tahu kau kenal adik aku Izham. " kata Fawwaz sambil mengetap giginya.

" Sebab kau yang bunuh dia. " Zayn yang berada disitu agak terkejut. Izham, membunuh?

" Kau lah lelaki yang dah hancurkan hidup ramai perempuan kat luar sana! Engkau! Sampaikan adik aku pun jadi mangsa! Apa motif kau untuk dapatkan adik aku ha?! " naik seoktaf nada Fawwaz. Dia berdiri lalu mengacukan pistol ke arahnya.

" KAU! ADIK AKU CINTA MATI DENGAN KAU! TAPI KAU? KAU BUNUH DIA! " jerkahnya lagi.

" Rina... " panggil Fawwaz apabila kelibat adiknya menyapa retina matanya.

" Ya. " dia menyahut perlahan. Fawwaz perasan yang sekarang ni, adik dia dah tak macam dulu. Sentiasa gembira. Kalau boleh, kelibat dia memang tak lekat kat rumah macam dulu. Ada je nak keluar. Kalau tak dulu, asyik terperap je dekat dalam bilik.

" Kau ke mana pagi tadi? Pagi-pagi lagi dah keluar. Keluar tak bagitahu aku. Nuhail pun kau tak bagitahu. Kenapa? Kau ada apa-apa masalah ke? " tanyanya dengan lembut. Tidak pernah dia berani berkasar dengan adik perempuannya itu.

Fazrina menyimpul senyuman. Dia menggelengkan kepalanya.

" Kau tengah angau bercinta ya? " duga Fazrin yang baru sahaja tiba.

Faham-faham je la ya siapa Fazrin tu.

Fazrina makin tersenyum lebar. Ala abang-abang dia ni. Tahu-tahu je.

" Siapa? " tanya Fawwaz ingin tahu.

" Nama dia... " lalu Fazrina pun menceritakan segala tentang lelaki itu. Fawwaz dan Fazrin hanya tersenyum apabila melihat kegembiraan adiknya.

" Nak kahwin dengan dia? " tanya Fawwaz dan Fazrina segera mengangguk.

" Bawa dia jumpa kitorang. Nanti kitorang akan bincang dengan dia. Okay? " Fazrina terus melompat kegembiraan. Fawwaz hanya menggelengkan kepalanya. Haih adik dia sorang ni. Tidak pula dengan si Fazrin.

" Kau dengan Cinta macam mana? " tanya Fawwaz membuatkan senyuman Fazrin mati.

Tiba-tiba air mata dia mengalir. Fawwaz tersentak.

" Kau kenapa? Putus dengan Cinta ke? "

" Cinta hilang. Dah 3 hari. Aku tak tahu. " dia menggelengkan kepalanya.

" Kehilangan dia sudah pun dilaporkan dekat balai kau. Tolong carikan dia. " rayu Fazrin. Fawwaz segera mengimbas kembali tentang kes itu. Baru dia teringat yang ada satu kes kehilangan telah pun di laporkan dua hari lepas. Termasuk kes tu, dah 4 gadis muda telah dilaporkan hilang. Fawwaz mengangguk kepalanya.

" Abang. " panggilan daripada seseorang itu membuatkan mereka serentak memandang ke arah suara lembut itu.

" Kak Lara. " Fazrina tersenyum lebar lalu dia melambaikan tangan ke arah Lara yang sedang berdiri jauh daripada mereka. Lara hanya tersenyum.

" Abang. Mari masuk. Lara ngantuk. Lara nak tidur. " rengeknya sedikit manja. Itu membuatkan Fawwaz tersenyum lebar.

" Aku masuk dulu. Korang tidur awal. Jangan tidur lambat. " mereka berdua pun mengangguk.

" Dan kau! " tiba-tiba suara Rayyan naik.

" Kau bunuh Cinta aku! Kau bunuh kekasih aku! Kau bunuh dia! Kau kejam! " tengkingnya lagi.

⚠︎⚠︎⚠︎

Okay makin mengarut kan? Ye saya tahu hm.

Jangan risau dah nak end then saya unpub terus.




























































Killer [ C ]Where stories live. Discover now