" Aku nak balik London. " kata Jack. Dia merenggangkan otot badannya.
" Aku nak sambung belajar. Nak ambil PhD. " kata Zayn pula. Sungguh dia trauma dengan semua ni.
" Aku nak balik Itali. Nak uruskan syarikat ayah aku dekat sana. " Dravin berkata pula. Dia memandang ke arah mereka.
Izham mengangguk. " Kau pulak macam mana? " tanya Dravin.
" Aku nak mulakan hidup baru. Dengan Aisyah. Aku ingat, aku nak dermakan duit pampasan kepada keluarga mangsa. Aku, aku nak bukak satu rumah anak yatim dekat bandar. Syarikat aku tu, aku ingat nak tutup dan bukak syarikat baru. Gaji pekerja syarikat tu aku nak bayar semula sebab Izhan bayar gaji diorang guna duit haram tu. "
" Jadi duit kitorang selama ni? " tanya Zayn. Yelah, dia selalu je dapat duit dari lelaki tu.
Izham mengangkat bahunya. Zayn membulatkan matanya.
" JADI SELAMA NI AKU MAKAN DUIT HARAM LAH! ALAMAK! ASTAGHFIRULLAH! AKU DAH LAH BANYAK DOSA! LEPASTU MAKIN BERDOSA LAH AKU BILA AMIK DUIT TU! YA ALLAH! PATUTLAH AKU JADI BODOH! MAK TOLONG ZAYN! AKU KENA BERTAUBAT! " jerit lelaki itu tak tentu arah membuatkan semua yang berada dalam kereta itu tergelak.
" Kau ni kan, memang bodoh dari kecik rasanya. " perli Jack.
" WEH MACAM MANA? TOLONG BELIKAN AIR YASIN! AKU NAK BERSIHKAN BENDA HARAM TU! MAKK!!! " jerit Zayn tak tentu arah.
PANG!
Satu tamparan tepat kena pada wajah Zayn. Zayn merengus geram. Jack dipandangnya dengan pandangan tidak puas hati.
" Jangan jadi bodoh Zayn walaupun hakikatnya kau memang bodoh. " Zayn menjelingnya.
-
-
-
" Sekarang awak dah boleh duduk dengan saya lah kan? Boleh lah kan saya peluk awak hari-hari? Nak main dengan awak hari-hari pun boleh kan? Nak nyorok-nyorok? Nak makan aiskirm? " bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Aisyah membuatkan Izham ketawa besar. Kenapa comel sangat?
" Boleh sayang. " diusap lembut kepala gadis itu membuatkan dia gembira suka. Terpaksa berjauhan dengan lelaki itu buat sekian lama. Akhirnya, mereka bersatu juga.
" Kau kena ingat, aku takkan terima perempuan tu! Kau lupa ke janji kita Izham! "
Izham mengeluh perlahan.
" JANJI, JANJI, JANJI! APA YANG ADA DEKAT JANJI TU?! AKU PENAT IZHAN. AKU PENAT. " ternaik seoktaf nadanya. Geram dengan kelakuan kembarnya itu.
" Aku penat dengan janji tu Izhan. Ingat, kita berjanji waktu kita masih lagi dalam fasa remaja. Sekarang kita dah besar. Aku pun nak ada keluarga sendiri. Nak bahagia. Ada isteri, ada anak. Kau taknak ke? "
" PEREMPUAN SEMUA SAMA! " jeritnya. Sah. Lelaki ni sudah gila.
" Tolong Izhan. Faham aku. Kau kata kau sayang aku. Tapi kenapa? "
" Sebab perempuan semuanya sundal. Tak boleh percaya. Jangan tertipu dengan kata-kata diorang Izham. Bukak mata kau luas-luas. " keras nada yang digunakan oleh Izhan.
" Aku tak kira. Nak taknak, kau kena terima dia. Aku sayang dia dan aku nak jadikan dia isteri aku. That's all. Fullstop. Jangan bantah. " katanya lalu segera berjalan keluar dari rumah itu. Kedengaran suara Izhan yang sedang menjerit namanya dengan kuat.
" Aku akan pastikan perempuan tu mati. "
Memori lama kembali diimbas. Benda itu yang membuatkan Izhan berada di luar kawalan. Sanggup membunuh adik sendiri dan gunakan identitinya hanya untuk menyelamatkan diri dia. Nasib baik Dravin ada.
Dia mencelik matanya perlahan-lahan. Sinaran lampu tepat di atas kepalanya membuatkan dia memejam matanya kembali. Silau. Kemudian dia cuba membuka kembali matanya.
" Izham. " seru seseorang. Dia cuba mencari gerangan empunya suara. Matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang berada tidak jauh dengannya. Lelaki itu memandangnya datar.
" Vin... " dia memanggil nama lelaki itu dengan suara serak basahnya. Kudratnya masih lagi lemah. Banyak luka di badannya membuatkan dia tak mampu bangun sendiri.
" Baring je. Tak perlu bangun. " dia membuka langkah ke arah Izham. Pandangannya masih datar. Mata helangnya tajam menusuk ke mata hitam Izham. Dia benci akan wajah ni tapi dia salah orang untuk membenci.
" Aku dekat mana? " tanya Izham lemah.
" Hospital. " sepatah Dravin menjawab. Dia mengambil kerusi lalu duduk di sisi Izham.
" Izhan mana? " tanya Izham. " Aku nak jumpa dia. " sambungnya lagi. Sejahat mana pun lelaki tu, dia tetap abang kandungnya. Kembarnya. Darah dagingnya.
" Kau masih lagi nak jumpa dengan jantan tak berhati perut tu? " sinis dia bertanya tapi wajahnya kekal di datarkan.
" Dia masih lagi abang aku. Kembar aku Vin. " sayu nadanya berkata. Tak mahu bertengkar. Dia tahu apa yang terjadi di antara Dravin dan Izhan hingga menyebabkan Dravin benci dengan abang kembarnya itu.
" Dia nak bunuh kau Izham! Bunuh Izham! Kenapa kau mesti lagi nak ambil tahu pasal dia sedangkan dia dah tak ambil tahu tentang kau?! " naik seoktaf nada Dravin. Dadanya turun naik melempiaskan amarahnya. Sakit hati dengan perbuatan lelaku itu.
" Aku dah palsukan kematian kau. "
" Kau tak patut hidup di dunia kejam ni Izhan. " dia memejamkan matanya. Melayani perasaan.
" I love you mummy. "
" Kenapa dengan mummy? Izham ada buat salah apa-apa ke? " Izhan menggelengkan kepalanya.
Tak dinafikan, Izhan seorang abang yang baik sebenarnya.
" Izhan benci mummy! "
Hanya disebabkan wanita itu, Izhan yang pada mulanya seorang yang baik berubah menjadi jahat. Benci akan semua orang. Hanya disebabkan dia.
" Kau tak patut buat begini Izhan... "
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Mystery / ThrillerPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...