𝖐 𝖎 𝖑 𝖑 𝖊 𝖗 32

484 55 14
                                    

" Kau ni cuba jangan cantik sangat. " marah Jack. Tapi sebenarnya lebih kepada memuji.

" Lah, apa salah saya? Awak ni. " dijeling sekilas Jack disebelahnya.

" Yelah. Kau ni cantik sangat. Tengok tu, ramai gila jantan tak guna pandang kau. " ujar Jack lalu jari telunjuk ke arah orang ramai yang sedang memandang mereka. Makin panas pula hati Jack ni.

" Diorang tak pandang saya lah. Tak payah cemburu sangat. " datar Nadha berkata.

" Takde. Cemburu tetap cemburu! " tegas Jack.

" Sekarang ni, awak nak bawa saya ke mana? " tanya Nadha. Daripada tadi diorang berpusing-pusing je dalam mall tu macam orang takde hala tuju je.

" Aku nak pergi belikan barang untuk Zayn. Tapi, nak beli kat mana? "

" Barang apa? Barang dapur ke? " tanya Nadha. Dia tahu yang Zayn pandai memasak.

Macam mana dia tahu? Mestilah Jack yang cerita.

" Tak. Haih, haritu aku rosakkan laptop dia. Jadi, sekarang dia suruh aku ganti balik. Lepastu, dia siap suruh aku belikan printer dengan camera lagi. Tak tahu lah dia nak buat apa.

Kringgg... kringgg...

Lah potong betul.

" Hello. "

" Woi! "

" Kau pahal ni Zayn? Pekak telinga aku! " jerit Jack. Serentak pandangan semua orang yang berada dalam mall tu terhala kepada dia.

" Rendy. Kita kat public tau. Jangan buat tak malu boleh tak? " marah Nadha.

Jack menyengih lalu kembali bercakap. " Kenapa Zayn? "

" Kau tahu tak. ASP Syakir yang haritu tu. Ha kau ingat kan? Ha, dia dah mati tho! Eh maksud aku meninggal. Ha meninggal! "

" Hah? Macam mana dia boleh meninggal? " soal Jack. Aik....

" Tak tahu. Dia kena bunuh. Tapi, pelakunya masih lagi tak dapat diketahui. " terang Zayn.

" Aaaa okaylah. Nanti aku balik, kita cerita lebih. Dah bai! "

" Kau kelu- " belum sempat Zayn hendak berkata, Jack terlebih dahulu memutuskan panggilan.

" Kenapa Rendy? " soal Nadha ingin tahu.

" Takde pape lah sayang. Erm, sambung tadi. Kau tahu tak nak beli dekat mana semua tu? " tanya Jack sekaligus menukar topik. Tak mahu dipanjangkan.

" Erm, beli lah dekat kedai peralatan komputer. Mesti ada. " ujar Nadha.

" Okay kalau macam tu, jom! " terus Jack menarik tangan Nadha.

⚠︎⚠︎⚠︎

" Irwan. " panggil Syaza yang sedang menyusun file yang hendak diberikan kepada Tuan Risydan nanti.

Irwan hanya menggumam.

" Nak tahu satu lagi kebenaran yang Tuan Syakir sendiri tak tahu tak? " tanya Syaza lalu pandannya dihalakan ke Irwan.

Irwan menjongketkan keningnya. " Maksud kau? "

" Sebenarnya, ada benda lagi yang saya tak bagitahu dekat korang berdua. Saya baru teringat lepas je Tuan Syakir tu pergi rumah Tuan Risydan. Ingat nak bagitahu nanti, tak sangka pula... " senyuman palsu terukir di bibir Syaza.

" Apa benda? "

" Sebenarnya, awak ingat lagi tak kes empat bulan lepas tu? "

Irwan menganggukkan kepalanya. " Kes Dato' Fareez tu kan? "

Killer [ C ]Where stories live. Discover now