" Nama mangsa pertama ialah Muhammad Qadir bin Muhammad Ali. Berumur 47 tahun. CEO Syarikat Qai'ur Holding. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. " terang Irwan tentang maklumat mangsa pertama.
" Mangsa kedua ialah Nur Farihah binti Awan. Berumur 50 tahun. Tidak bekerja. Sudah berkahwin dan- "
" Mangsa ketiga. " belum sempat Irwan menghabiskan percakapannya, Amin segera memotong.
" Oh baik. Seterusnya mangsa ketiga ialah Lee Chi Wong. Berumur 52 tahun. Bekerja sebagai tauke kedai runcit. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.
" Dan mangsa terakhir, Marimuthu a/l Ramasammy. Berumur 49 tahun. Berkerja sebagai tauke kedai runcit dan menjadi rakan kongsi bersama mangsa ketiga. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.
" Farihah, Wong dan Muthu. Dibunuh dengan cara yang sama. Bermakna mereka telah dibunuh oleh orang sama bukan? " soal Amin.
Fawwaz hanya sekadar mengangguk.
" Mangsa pertama? " tanya Amin.
" Mana lah aku tahu. Kau yang bunuh diorang kan. Jadi, mestilah kau lebih arif dalam semua ini. " sinis Fawwaz berkata.
" Shit. " carut Amin perlahan.
" Fawwaz, tolong lah. Aku taknak bertengkar dengan kau. Macam mana kes ni nak selesai kalau kita pun asyik bertengkar? " ujar Amin.
" Aku takkan sambung kalau bukan kau yang mulakan. " datar Fawwaz berkata.
" Fawwaz. Tolong lah. Aku malas nak berdebat dengan kau. " kata Amin dingin.
" Aku hanya ikut keputusan kau. Kalau A, A lah. Kalau B, B lah. " kata Fawwaz sambil menyelak file yang berada di depan matanya.
" Interesting. "
" Irwan dan Syaza, aku nak esok, ahli keluarga keempat-empat mangsa datang untuk disoal siasat. Faham? Lepastu, saksi pertama yang nampak mayat ni pun panggil sekali. Untuk mangsa pertama juga. Sebab haritu kita tak sempat buat. " terang Amin panjang lebar.
" Baik tuan. " kata mereka berdua.
" Untuk saksi, suruh mereka datang pada waktu petang sebab pagi tu kita nak tumpukan pada ahli keluarga mangsa sahaja. " kata Fawwaz pula.
" Kenapa tak buat sekali je? " tanya Amin.
" Kenapa? Petang tu kau sibuk ke? " tanya Fawwaz.
" Haah. Aku ada hal petang esok. " jawab Amin.
" Sibuk nak bunuh diorang? " sinis Fawwaz meneka.
⚠︎⚠︎⚠︎
" Izham... "
" Izham.... "
" Iskandar.... "
" Tengku Izham Iskandar bin Tengku Ilham! " jerit Zayn.
Hah nama bapak terus disebutnya. Entah apa benda yang dia mengelamun pun tak tahu.
" Hah apa? " tersentak Izham dibuatnya.
" au kenapa Izham? " tanya Zayn.
" T-takde apa. " jawab Izham perlahan.
" Muka kau nampak pucat ni kenapa? Biasanya muka kau bukan main berseri-seri lagi. Biasanya bibir kau warna merah. Fuh merah pekat bhai. Tapi ni kenapa pucat. " tanya Zayn.
" K-kau usya bibir aku ke Zayn? " tanya Izham dengan polos.
Astaghfirullah Zayn. Cukup lah kau gay dengan Rayyan dan Jack je. Janganlah nak masukkan Izham dalam geng gay kau sekali. Stres aku.
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Mystery / ThrillerPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...