𝖐 𝖎 𝖑 𝖑 𝖊 𝖗 34

451 54 12
                                    

Pintu pejabat Tuan Risydan diketuk. Debaran di dada semakin kian terasa. Fuh, harap-harap takde yang buruk berlaku lah nanti.

Setelah mendapat kebenaran untuk masuk ke dalam bilik itu, dia menguak pintu tersebut dengan perlahan.

" Tuan. " panggil Syaza.

" Jemput duduk. " arah Tuan Risydan. Pandangannya dihalakan ke Syaza.

" Kenapa kau datang? Ada apa-apa yang mustahak ke? " soal Tuan Risydan.

" Errr tuan. Ni pasal kes- "

" Irwan masih tak bagitahu kau ke? " tanya datar Tuan Risydan.

" Bagitahu apa? " soal Syaza berpura-berpura tidak tahu walaupun dia sudah tahu.

" Yang kes ni dah tutup. "

" Tapi tuan, takkan lah nak tutup macam tu je. Kami dah kumpulkan banyak bukti. Macam-macam bukti yang kami dah jumpa tuan! Sekarang ni, tugas kita hanyalah buru suspek. Itu sahaja. " terang Syaza dengan yakin. Dia mahu meyakinkan Tuan Risydan yang diorang akan dapat buru suspek dalam masa terdekat.

" Kenapa tuan gantung tugas Irwan? " soal Syaza.

Tuan Risydan hanya merengus kasar. " Kau tak perlu tahu. "

" Kenapa pula? Mentang-mentang tuan berjawatan besar, tuan ingat tuan boleh buat sesuka hati tuan je ke? " sinis Syaza berkata.

" Kami tahu kami ni hanyalah berjawatan Insp. dan tuan berjawatan DSP. Tapi, tak semestinya tuan ada hak untuk buat semua benda yang tuan nak. " ujar Syaza.

" Tuan tengok semua bukti ni. " kata Syaza lalu menyerahkan  file yang dipenuhi dengan maklumat.

" Sila baca dan hadam. " tegas Syaza berkata.

Tuan Risydan hanya memberi pandangan maut pada Syaza lalu diselak-selak laman muka surat itu.

Disangkakan memerhati rupanya hanya melihat sekilas pandang.

" Syaza. Tolong faham. " perlahan suaranya.

" Hah. Faham apa? Oh ya. Saya tahu, mesti tuan pembunuh tu kan? " sinis Syaza berkata.

" SYAZA! " jerkah Tuan Risydan. Dadanya turun naik menahan amarah.

" APA?! BETUL LAH KAN? TUAN PEMBUNUH TU? KALAU BUKAN PUN, MESTI TUAN TAHU SIAPA PEMBUNUH TU KAN? MESTI PEMBUNUH TU DAH BAGI TUAN MAKAN RASUAH KAN?! " jerkah Syaza kembali.

" SYAZA! TOLONG JAGA KATA-KATA KAMU. " tegas nadanya.

" RAMAI YANG MATI DISEBABKAN PEMBUNUH TU TUAN! TAKKAN TUAN TAKNAK AMBIL TINDAKAN?! PEGAWAI JENIS APA TUAN NI? HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI. SANGGUP YA TUAN MAKAN DUIT HARAM TU? " marah Syaza dengan lantang.

" She's clever. "  kata seseorang yang daripada tadi hanya memerhatikan mereka berdua daripada rakaman CCTV.

" How if... we kill her? " katanya lalu mengamburkan tawa jahat.

" Are you sure? "

" Of course. We already kill her person. Now, let's send her to the heaven and she will meet her lover. " sarkastik dia berkata.

" Tuan, kalau tuan rasa tuan tak boleh nak berkerjasama dengan saya... takpelah. Saya boleh handle kes ni sorang diri. "

" No! She can't. " jerkahnya.

" Syaza. Bawak bertenang. Bagi aku bukti tu. Baiklah. Aku akan bekerjasama dengan kau. Tapi, bagi aku bukti tu. " lembut Tuan Risydan meminta.

" Huh. Kau nak bukti ni? Untuk apa? Kau nak hapuskan kan? Am I right sir? " gelaknya.

" Syaza. "

" No! " tegas Syaza berkata lalu terus membawa segala bukti itu keluar.

" Shit! " decit kasar Tuan Risydan.

" We need to kill her. Semua bukti tu kena hapuskan. " arahnya yang tiba-tiba menerjah pejabat Tuan Risydan.

" T-tak boleh! " marah Tuan Risydan.

Dia tergelak sinis. " Ke kau nak aku yang bunuh kau? "

" K-kita tak boleh bunuh dia. Bukti semua dekat dia. "

" Then, that's why i tell you to kill her Risydan. " tajam pandangannya.

" T-tapi... "

" No excuse. "

Tuan Risydan hanya mampu diam. Dia tak mampu buat apa. Sebab, dia sendiri dalam perangkap mereka.

" Kalau kau nak anak bini kau selamat, tutup kes ni. "

Disebabkan itulah dia terpaksa buat semua ini. Ahli keluarganya juga dalam keadaan bahaya.

" Ya Allah. Bantulah hamba-Mu ini. " rintihnya seorang diri.

⚠︎⚠︎⚠︎

P

intu markas itu dirempuh dengan kasar. Mereka yang berada di situ terkejut. Ramai lelaki yang memakai baju warna hitam disertakan dengan sebilah pistol yang setia di tangan mereka.

" Wah! Our babygirl has coming! " jeritnya teruja.

" A-aku tak sangka... K-KAU PEMBUNUHNYA! " jerkah Syaza sambil mengalir air matanya.

Dia menghamburkan ketawa besar. " Terkejut tak? "

" KAU KEJAM! KAU MANUSIA YANG TAK BERGUNA! " jerkah Syaza lagi. Pistol yang setia ditangannya terus dihalakan ke arah pembunuh itu.

Dia tak sedar yang dia juga telah di kerumuni oleh ramai lelaki disitu. Semua pistol ditujukan ke arahnya.

Dia menelan air liur kasar.

" Kecut dah ke? " sarkastik dia mengaju soalan.

" APA MOTIF KAU BUAT SEMUA NI HAH?! "

" Hmm. Kau rasa? " soalnya kembali.

" KAU... KAU KEJAM! "

" Baru tahu ke Cik Syaza? Okey lah. Let you know something that... "

" Aku yang bunuh DSP. Ilham. " katanya diselangi dengan tawa jahat.

Syaza tersentak. " K-kau... bunuh abang aku? " bergetar nadanya.

" YA! AKU YANG BUNUH DIA! NAK TAHU KENAPA? "

" SEBAB DIA TAK BERLAKU ADIL ATAS KES ADIK AKU! " jerkahnya lalu menghentak meja.

" DIA MEMANG PATUT MATI! ORANG MACAM DIA TAK PATUT HIDUP SYAZA! "

" T-tapi... "

" Huh. Kau masih nak menangkan abang kau? Kau kena tahu, dia yang ambil alih kes adik aku waktu tu. Tapi, satu apa pun dia tak buat. Kononnya, bukti tak cukup. " ditekan perkataan bukti tak cukup itu agar Syaza mendengarnya.

" Kau tahu tak, betapa sakitnya hati aku waktu tu. A-aku... " lirih dia berkata. Tak mampu nak menyambung ayatnya.




























Killer [ C ]Where stories live. Discover now