" KAU BUNUH DIA! " jeritnya lagi lalu bangun dari duduknya. Lengan yang tercedera itu diabaikannya. Dia berlari ke arah Izham lalu mengcengkam kuat kolar bajunya.
" KAU BUNUH DIA! KAU BUNUH DIA! KAU BUNUH ADIK AKU! APA YANG KAU NAK HA?! " dia menumbuk pipi Izham dengan kuat.
" Bila kita nak kahwin? Kenapa awak taknak teruskan je hubungan kita? Saya penatlah macam ni. Saya ajak awak jumpa dengan abang saya, awak taknak. Awak kenapa? " soal Fazrina. Dia menghela nafas berat.
" Bukan sekarang. "
Memori lama kembali berputar dimindanya. Dia rasa terganggu.
" Apa motif kau bunuh semua orang tu Fawwaz? Kenapa kau bunuh Syaza? Tuan Risydan? Kenapa? " suara Amin yang serak basah itu menjadi tumpuan mereka. Pandangan mereka serentak dialihkan ke arah Amin yang sedan sedaya upaya untuk berdiri. Irwan? Setia pengsan disitu.
" Sebelum kau tanya aku apa motif aku bunuh diorang, tanya dulu motif Izham bunuh perempuan-perempuan tu. " keras suara Fawwaz berkata.
" Jadi betul lah kau yang bunuh diorang? " Fawwaz mengukirkan senyuman sinis. Dia menganggukkan kepalanya.
Dia memandang ke arah Izham yang sudah terkulai lemah apabila tangan Rayyan ligat menumbuknya dari tadi.
" Kau ingat kes lima tahun lepas? " tanya Fawwaz. Amin menganggukkan. Ya dia ingat kes tu. Dimana satu Malaysia di gemparkan dengan 6 kes kehilangan dan pembunuhan gadis-gadis muda yang berturut-turut hilang selama 2 bulan.
" Dialah dalang disebalik kes tu. " matanya terarah ke arah Izham. Zayn yang daripada tadi memerhati hanya mendiamkan diri. Bunuh? Kenapa? Kenapa dia tak tahu?
" Macam mana kau tahu dia? " tanya Amin.
" Sebab sebenarnya, Tuan Risydan berkomplot dengan dia. Tuan Risydan pun salah seorang pelanggan dia! " naik seoktaf nada Fawwaz.
Amin berkerut dahi. Pelanggan?
Rayyan mengangkat tubuh Izham duduk di kerusi.
" Tengku Izham Iskandar. Seorang jutawan yang terkenal. Tapi sayangnya, duit tu semua duit haram. "
" Dia menjalankan perniagaan menjual organ ke pasaran gelap. Semua perempuan yang dia culik tu, semuanya mangsa dia. Dan semua lelaki yang aku bunuh tu, semuanya pelanggan dia. " tenang saja dia menuturkan bicaranya.
Zayn agak terkejut apabila mendengar bicara daripada lelaki itu. Dia tak sangka yang... Izham macam tu..
" Satu je aku nak cakap, jangan pernah percaya dekat Izham. " Zayn sedikit pelik apabila Rayyan berkata begitu.
" Kenapa? "
" Dia pembunuh. " Zayn terkejut.
" Aku gurau lah! " Rayyan menghamburkan tawanya.
Dia teringatkan hal itu. Rupanya...
" Jadi, kau dah lama bagi hint dekat aku lah Rayyan? " Rayyan memandang ke arahnya. Dia mengangguk.
" Tak sangka kau bodoh. " Rayyan ketawa sinis.
Zayn mengetap gignya menahan geram. Dipandang Rayyan dengan tak puas hati.
" Jadi sebab ni kau bunuh dorang semua? "
Fawwaz dan Rayyan serentak mengangguk. " Aku takkan sesekali lepaskan orang yang dah bunuh adik aku. " keras nadanya.
" Dia diculik. Kau tak faham apa aku rasa. Dia kena rogol. Dia sakit Amin... dia sakit... " air matanya mengalir.
" Aku ingat, bila dia muncul dalam hidup adik aku... mungkin boleh bahagia kan dia tapi... "
" KAU BUNUH DIA! " jerkah Fawwaz lalu terus melepaskan sedas tembakan ke arah dada kanan Izham.
Dravin terus mengeluarkan pistolnya. Dia menghalakan pistol ke arah Fawwaz. Dia melepaskan sedas tembakan ke lengan kirinya menyebabkan Fawwaz mengerang kesakitan. Rayyan yang tadi berada di sebelah Izham pun turut mengeluarkan pistolnya. Dravin dijadikan sasaran. Dia menembak lutut kanan Dravin.
" Argh! " jerit Dravin. Zayn hanya berdiri kaku. Dia tak tahu nak buat apa.
" Sekarang. " kata seorang lelaki yang daripada tadi hanya memerhati keadaan itu.
BANG!
BANG!
BANG!
Dua das tembakan dilepaskan ke arah Amin dan sedas tembakan dilepaskan ke arah Rayyan.
Zayn yang melihat kejadian tu terkejut. " Jack... "
" Kau ni memang masalah. " tajam pandangannya dihalakan ke arah Zayn. Orang dah kata jangan buat masalah, dia buat juga.
" Masa yang tepat. " lelaki itu hanya melepaskan tawa sinis. Dia memandang ke arah Zayn.
" Firash. " Zayn hanya mendiamkan diri. Nama tu...
Izham memandang lelaki itu dari jauh dengan riak terkejut. Macam mana...
" DSP Fawwaz. Aku minta maaf dari pihak abang aku sebab hancurkan keluarga kau. Aku minta maaf atas segalanya. Fazrina, perempuan yang baik. " katanya lalu memegang tangan Fawwaz yang sudah lemah itu. Pistol diangkat dan diacukan ke kepala Fawwaz.
" Aku minta maaf. Biar aku yang tamatkan semuanya. "
BANG!
Mata Fawwaz sudah pun tertutup rapat. Rayyan yang sedang bergelut dengan nyawa itu dipandangnya. Dia membuka langkah ke arah Rayyan.
" Aku minta maaf. Disebabkan abang aku, kau hilang adik kau dan Cinta kau. " dia berkata dengan sayu. Dia memandang ke arah Izham yang sedang memandangnya dengan pandangan redup.
" Izinkan aku untuk hantar abang kau dan kau ke syurga. Jumpalah kau dengan mereka berdua. Diorang sedang tunggu kedatangan korang berdua. " baru sahaja dia nak lepaskan tembakan, perbuatannya terhenti apabila teringat sesuatu.
" Bukan berdua, tapi berempat. Dan sayang, korang berdua salah sasaran. " lalu dia melepaskan dua tembakan ke arah dada kirinya dan kepalanya. Pandangannya dihalakan ke arah Izham.
Pandangan yang penuh dengan kebencian dan dendam.
" Izham... "
" Sanggup kau bunuh aku abang. Sanggup kau. Tergamak kau buat macam ni dekat aku. " ditusukkan pisau ke dada kanan lelaki itu. Dia mengerang kuat.
" Tengku Izhan Iskandar... kau seorang yang kejam. Kau bunuh orang yang tak bersalah. Kau bunuh adik kau sendiri dan kau guna identiti aku untuk selamatkan diri kau. "
" Izhan... "
" Kau lah pembunuh sebenar. "
BANG!
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Mystery / ThrillerPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...