" Kau nak bincang apa ni dengan kitorang? " tanya Zayn sambil menatap wajah Izham. Dah berjambang dah jantan ni. Bahagia mungkin?
" Aku baru dapat tahu yang Lara tu adik beradik dengan Thafreez. " dia menghela nafas berat. Dia menyilangkan tangannya ke dada. Dia memandang wajah Dravin.
" Kau biar betul?! " jerit Jack tiba-tiba. Zayn terus menampar pipi Jack. Jack mengaduh sakit. Stres dia macam ni. Tahu dah kahwin, jangan lah matang sangat.
" Nama panjang dia? Mana kau dapat tahu? " tanya Zayn lebih lagi. Lara tu kan isteri Fawwaz.
" Tengku Tihani Lara. Maklumat ni pun Dravin yang dapat. " ujar Izham. Tak sangka Fawwaz yang bunuh perempuan tu.
" Mana diorang sekarang? " tanya Jack. Tihani Lara? Fuh lawa mat perempuan tu.
" Jap, maksudnya perempuan yang kita pernah usya tu ke Tihani Lara? Polis yang garang-garang tapi pemalu lepastu comel tapi cantik tu kan? " lantas tangan Zayn laju menampar Jack sekali lagi.
" Bodoh ke? Dah kahwin pun nak menggatal lagi. Tahu bini dah takde. Dia jadi hantu kang sia-sia je lah hidup kau. Jangan panggil aku kalau dia tiba-tiba hantui hidup kau. " seloroh Zayn dengan selamba. Jack terdiam.
" Weh Jack, aku... "
" Ayokk Zayn! " sindir Dravin dan Izham lalu ketawa. Bukan selalu menyakat mamat ni.
" Apa? Nadha ada je lah sebelah aku ni. Kan sayang kan? " dia memandang ke arah sebelah kanannya lalu duk tersenyum-senyum.
" Jangan buat gila Jack. " larang Zayn dengan berani. Riak wajah kekal datar tapi dalam hati dah sumpah seranah Jack.
" Sayang, tengok Zayn ni sayang. Dia kata sayang dah mati. Dia tak tahu ke sebelah dia tu ada si Rayyan. " terus Zayn memandang ke kanan dan kirinya. Izham dan Dravin masih lagi ketawa. Haih, sakit perut dibuatnya.
" Bodoh lah kau ni! Tulah, ingat sangat isteri. Kan dah gila. " marah Zayn.
" Sayang, dia kata aku gila lah. Rayyan hempuk sikit kepala dia. " Zayn sudah pasrah. Apa nasib dia.
" Dah-dah. Kembali pada topik kita. " terus semua di situ kembali serius.
" Izhan je tahu pasal ni. Aku tak tahu. Sebabnya Lara tu waktu kecik, dia dijaga oleh mak sedara dia. Jadi dia jauh dengan Thafreez dan Thaqeef. " mereka menggangguk. Faham dengan kisah Izham.
" Kenapa kau tak pernah benci diorang? " tanya Jack pelik.
" Buat apa aku nak benci diorang? Sepatutnya aku ni yang dibenci. Bukan diorang. " Izham menghela nafasnya. Teringat akan kisah dulu.
" Papa minta maaf. Papa terpaksa... "
" Kenapa mesti lepas 15 tahun?! 15 tahun kitorang ditipu hidup-hidup! Mak ayah jenis apa korang ni?! "
Memori lama kembali bermain di fikirannya. Heh. Tak pernah dia sangka tentang itu.
" Kau dah jumpa ke Uncle Ethan? " tanya Dravin. Izham mengangguk kepalanya.
" Aku dah jumpa dia dah. Dia serba salah dengan semua yang jadi. Tambah-tambah bila... takpelah. " Izham memejamkan matanya.
Takde apa yang perlu dibencikan lagi. Semuanya dah terjadi. Semuanya berlaku di atas kekhilafan di antara dua pihak. Itu saja yang mampu dikatakan.
" Tapi kan... " pandangan mereka semua terus dihalakan ke arah Jack. Jack dengan tiba-tiba berdiri lagi sekali lalu dia memanjat sofa. Dia berdiri dengan gaya superman.
" Huh. Aku bukan nak cakap apa. Jangan lah marah. Tapi dengar dulu tau. Aku bukan riak. Aku taknak lah sombong sebab sombong tu tak baik sebenarnya. Jadi aku takde niat untuk sesekali menjadi seorang yang bongkak. Apatah lagi nak jadi sombong. Pada pendapat aku lah kan, ni pendapat aku jelah. Dengar tau. Jangan melenting, jangan marah. Bawak bertenang dan bawak beristighfar. Jangan stres tau. Baca doa dulu sebelum dengar pendapat aku ni. Aku jarang nak bagi pendapat tapi itulah, inilah kali pertama aku bagi pendapat. Kali terakhir aku bagi pendapat waktu dekat pejabat Izhan rasanya. Okay lah macam ni, pada pendapat aku lah, aku ni hensem sebenarnya. "
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Bí ẩn / Giật gânPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...