𝖐 𝖎 𝖑 𝖑 𝖊 𝖗 21

554 63 36
                                    

" Sebenarnya? " soal Zayn.

" Dia tak salah dalam hal kematian Rayyan. "

" Apa maksud kau? Siapa dia? " tanya Zayn.

" Maksud aku Iskandar. " tenang Jack berkata. Sungguh apa yang dikatakan oleh lelaki itu tadi membuatkan dia tidak tentu arah sekarang ni.

Seolah-olah apa yang dikatakan itu tidak benar walaupun hakikatnya, itulah kenyataan.

Kau perlu terima kenyataan ini walaupun sakit.

" Apa yang berlaku sebenarnya? " soal Zayn dengan nada mendesak.

" Sebenarnya, Rayyan yang nak bunuh Izham. " dengan sehela nafas dia menuturkan kata-katanya.

Terkaku Zayn disitu. Benarkah apa yang didengarinya? Rayyan nak bunuh Izham? T-tapi kenapa?

" Jadi Iskandar muncul sebab Rayyan? " tanya Zayn.

Jack hanya menjatuhkan kepalanya sekali.

" Jadi, apa yang berlaku waktu tu? " tanya Zayn lagi lalu membetulkan posisi kedudukannya. Dia perlu mendengar kata-kata daripada Jack dengan serious.

" Izham sendiri tak tahu kenapa Rayyan tiba-tiba je cuba nak bunuh dia. Apa yang dia cerita kat aku, waktu tu diorang elok je berbual. Tiba-tiba je Rayyan kata nak ke dapur. Katanya nak buat air. " jelas Jack.

" Lah tu kau lah! Sapa suruh terkejar-kejar sangat dekat si Nadia tu. Kan dah kena reject! " terletus tawa besar dari mulut Izham.

" Kau diam. Sebelum aku baling kau kat padang pasir. " datar sahaja Rayyan berkata. Malu pun ada bila dikenangkan kembali kenangan waktu zaman universiti dahulu.

Nadia. Siapa je yang tak kenal dia tu. Perempuan yang paling hot dekat universiti tu dulu. Tak tahu lah macam mana si Rayyan tu boleh jatuh hati dekat Nadia tu sedangkan dia tu hati beku. Tak sukakan perempuan. Boleh dikatakan, dia anti lah perempuan ni.

Kecuali mak dia lah.

" Aku bukan nak cakap apa tapi aku teringat dia reject kau dekat cyber cafe dulu. Nak aku ajuk tak macam mana dia reject kau? " sakat Izham makin galak. Suka betul dia kenakan Rayyan ni.

" Kau Izham. Sebelum aku pecahkan kepala kau. Baik senyap. "

Hanya kedengaran tawa daripada mulut Izham. Suka benar dia tu.

" Aku nak buat air ni. Kau nak air pape tak? " tanya Rayyan. Malas dah dia nak melayan Izham tu. Makin sakit hati je kang.

" Boleh juga. Aaaa aku nak... aku nak air love you. " sambil menunjukkan simbol mini love dekat Rayyan.

" Setan. " carut Rayyan.

" I love you to Nadia! " makin galak tawa yang keluar dari mulut Izham.

Makin malas dia nak layan perangai Izham yang tiba-tiba je sakai semacam ni. " Pergi mampus lah kau Izham. Aku malas nak layan kau. "

" Okay okay. Aku nak lemon tea. Just it. " ucap Izham sambil mengelap air mata yang keluar dek kerana gelak tadi.

" Okay. " terus Rayyan berlalu ke dapur.

" Aku yang dulu bukan lah yang sekarang- weh Rayyan? "

" K-kau... " kata Rayyan dengan pandangan yang tajam. Di tangan kanannya ada sebilah pisau dan pisau itu dihalakan tepat ke arah Izham.

" K-kau nak buat apa ni Rayyan? Kau dah kenapa? " soal Izham pelik. Gentar? Tidak semestinya.

Rayyan hanya mengunci mulutnya. Biarlah dia sahaja yang tahu asbab itu. Sekarang ni satu je.

Izham mesti mati. Itu sahaja.

" RAYYAN! AKU TANYA NI JAWAB LAH! " jerkah Izham apabila Rayyan hanya mendiamkan dirinya.

" Huh. Tu bukan urusan kau. Sekarang ni kau mesti mati! " naik seoktaf nada yang digunakan oleh Rayyan.

Rayyan terus berlari ke arah Izham untuk menikam perutnya. Hanya tinggal sejengkal jarak yang dicipta oleh mereka, Izham terlebih dahulu menahan pisau itu daripada menusuk ke perutnya.

" Argh! " ringis Izham kesakitan apabila tangannya mula mengeluarkan darah yang banyak.

" Kau silap masa Rayyan. " nada yang digunakan oleh Izham juga telahpun berubah.

Ketahuilah bahawa kau telah memanggil si setan untuk keluar.

" Iskandar. " sinis dia menyebut nama Iskandar.

" Why? Nak bunuh Izham? "

" Kau tak layak hidup! "

" Dan kau tak layak hidup atas nama persahabatan di antara mereka. " sinis Iskandar berkata.

" Kau hanya menggunakan persahabatan mereka untuk mendapatkan Izham sedangkan dalam hati kau, tiada sedikit pun pemikiran kau tentang mereka. " ulas Izham.

" Ya memang aku buat semua ni untuk dapatkan Izham! Tapi kenapa setiap kali aku nak bertindak, kau mesti muncul hah?! " tempik Rayyan kuat.

" Sebab aku tugas aku disini adalah untuk melindungi Izham. Hanya korang sahaja yang berfikiran buruk tentang aku. Zayn berfikiran buruk tentang aku disebabkan kau! Kau yang rasuk fikiran dia agar Zayn benci dengan aku! " jerkah Iskandar dengan kuat.

Dia muncul hanyalah untuk selamatkan Izham daripada Rayyan kerana dia tahu agenda Rayyan yang sebenar.

" Kau, memang tak layak hidup! " disebabkan Rayyan tersilap langkah, dia terlebih dahulu terjatuh dan menyebabkan kepalanya terjatuh di bucu meja dan kepalanya berdarah.

" Huh. Darah? You know I love it right? "

Darah yang mengalir di kepala Rayyan itu segera di tadah di dalam gelas kaca.

Lalu dia mencengkam kolar baru Rayyan agar berdiri sama dengannya.

" Kau yang tak layak hidup! "

BUK!

" Kau yang patut mati dan bukannya Izham! "

BUK!

" Itulah apa yang dia cerita dekat aku. "

" Jadi maksudnya, Rayyan lah yang mulakan semua ni? "

" Ya. Iskandar keluar sebab Rayyan. Tapi persoalannya satu je. "

Dahi Zayn berkerut. " Apa dia? "

" Kenapa Iskandar tak tahan Rayyan daripada dia tapi sebaliknya dia bunuh Rayyan? " soal Jack sambil mengetuk-ngetuk dagunya.

Zayn diam. Alangkah betul juga apa yang dikatakan oleh Jack. Dan akhirnya, dia juga yang jadi mangsa mereka berdua. " Aku rasa, ada yang salah dekat sini. "

" Apa yang kau cuba sampaikan? " soal Jack.

" Aku rasa, Iskandar masih lagi sorokkan sesuatu daripada kita. Dia cerita dekat kau, tapi dia tak cerita habis sebab dia nak sorokkan benda tu. "

" Kau rasa apa benda? " soal Jack kembali.

⚠︎⚠︎⚠︎

How?

Let's start the game muehehe.

Jangan lupa vote and comment ya kalau tidak saya taknak update.



































Killer [ C ]Where stories live. Discover now