Ramai orang mengerumuni kawasan hadapan balai polis tersebut. Di mana, kali ini mayat dijumpai di hadapan balai polis itu.
" Sy-syakir... " lemah nada Syaza. Sungguh dia tak kuat sekarang ni. Kehilangan sahabat dari zaman kanak-kanaknya.
" Okid! Kita kat sini! "
" Taknak kawan! Nama kita S. Y. A. Z. A. Syaja! Bukan Okid! " dia tak suka betul orang panggil dia guna nama Orkid!
Lantak korang lah dik.
" Ala, sama je! " bantah Syakir.
" Cepatlah! Kata nak main nyowok-nyowok! " gesa Syakir.
" Ish! Shabar! Tak weti shabar la awak ni! Saya wendam awak kat tasyik kang. Mati lemash awak! " sombong Syaza. Tak hingin dia nak kawan dengan budak selekeh macam si Syakir ni.
Dia berkawan pun sebab mak ayah diorang tu rapat. Tu sahaja.
" Buat lah bluek! " dijelirkan lidahnya kepada Syaza.
" Ish Cakirrr! Kita kejar awak! " lantas Syaza berlari mengejar si Syakir.
-
-
-" Kau betul nak jadi polis ke Orkid? " tanya Syakir sambil mengelap tangannya yang baru sahaja dibasuh.
Syaza hanya mengangguk. Nak bercakap tak lepas, mulut penuh nasi. Kang tersembur, sia-sia je.
" Orkid, nak jadi polis ni... jangan mudah tembeng. Jangan cepat mengalah. Kau tu bukan berani pun. " sindir Syakir lalu duduk dihadapan Syaza.
Membulat mata Syaza dibuatnya.
" Apa te ku tak ani hah! " hampir tersembur Syaza.
" Weh pempuan. Makan tu habiskan dulu lah! " marah Syakir.
Terus Syaza mempercepatkan kunyahannya.
" Siapa kata aku tak berani hah?! " marah Syaza.
" Nak aku mengungkit? " ugut Syakir.
Belum sempat Syaza berkata apa-apa, Syakir segera memintas. " Kau ni, katak pun takut. Baru suruh lompat tinggi, dah kecut perut. Gelap sikit je dah menangis. Tembeng lah tu. Cengeng! " kutuk Syakir terus-terang.
Tiba-tiba air mata Syaza bertakung.
" Tapi yang cengeng ni lah yang aku sayang. " kata Syakir dengan selamba membuatkan Syaza terkaku.
Dia... kata apa?
Dia... sayang aku ke?
" Tak payah berangan Puteri Syaza Orkid. Apa yang aku cakap tu betul. Dah sambung makan. Nanti dah habis makan, jumpa aku kat pondok depan. Aku tunggu. " kata Syakir lalu terus berlalu pergi meninggalkan Syaza yang telah pun...
Blushing.
-
-
-" Nak jadi polis, hati kena cekal. Sebaik sahaja kau dah diberi pangkat sebagai anggota polis, itu bermaksud yang engkau dah pun serahkan seluruh jiwa dan raga kau serta nyawa kau kepada negara. Jadi polis tak mudah seperti yang kau sangka Orkid. Kau perlukan mental dan fizikal yang kuat. " jelas Syakir panjang lebar.
" Hm. " gumam Syaza.
" Orkid... aku tak halang kau nak jadi polis. Aku suka kalau kau betul-betul tekad nak jadi polis. Kau tahu kan yang aku sentiasa sokong kau hm? " lembut Syakir berkata.
" Best ke jadi polis? " soal Syaza.
" Hm. Best je kalau kau dapat selesaikan sesuatu masalah tu. Tapi, kalau kau tak dapat... mesti kau akan stres sebab kau akan dapat tekanan daripada pihak atasan. Tapi aku tahu, kau mesti boleh! " Syakir meyakinkan Syaza lagi.
" Lagi satu tak lama lagi, aku dah nak naik pangkat. "
" Wah! Betul ke? " teruja Syaza.
Syakir menganggukkan kepalanya.
" Haah. Tak lama lagi aku akan jadi ASP. " beritahunya membuatkan Syaza teruja lain macam.
" Wah. Tahniah! "
" Nanti kita kahwin. " selamba badak je Syakir berkata.
Lalu terkedu lah seorang Syaza disitu.
" Kahwin? " tanya Syaza sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.
" Ya Orkid. Kahwin. Nak aku terangkan apa tu kahwin pulak ke? " sindir Syaza.
Lantas dia menggelengkan kepalanya.
" Dengar ni, kau milik aku. Jadi nanti dah jadi polis, jangan sesekali rapat dengan lelaki lain kat pejabat kau. Kalau aku tahu, mati jantan tu. Faham?! " tegas Syakir berkata.
Syaza hanya senyum malu-malu. Eleh.
-
-
-Masih ingatkan chapter yang Syakir dapat kes ni? Ha kalau rasa keliru, rujuk balik.
" Serius lah Syakir dapat kes ni? " gumam Syaza seorang diri. Haih, ingatkan dah tak dapat dah jumpa mamat tak guna tu.
" Ehem. "
" Eh- Sy- Maaf. Tuan Syakir. " tunduk Syaza.
" Tak payah nak bertuan sangat dengan aku. Aku nak tanya, siapa jantan yang selalu sangat berkepit dengan kau tu? " tanya Syakir disertakan dengan pandangan yang agak menggerunkan.
" K-kawan. "
Ye ke kawan Cik Syaza?
" Liar. "
" Kau milik aku Orkid! Jangan sesekali berani nak dekatkan diri dengan sesiapa! Mark my words. " dijeling tajam Syaza lalu berlalu pergi.
" K-kata nak kahwin dengan aku... " tersedu-sedan Syaza sambil berkata.
Irwan hanya memandangnya dengan pandangan kasihan. Tak sangka mereka berdua ni berhubungan.
" Syaza... sudah lah. Jangan menangis. " pujuk Irwan.
" D-dia kata... nak kahwin dengan aku... T-tapi, kenapa dia pergi dulu... " makin galak air matanya merembes keluar.
" Syaza, ajal maut di tangan Tuhan. Kita ni siapa yang nak melawan takdir? "
" Kau kena terima qada' dan qadar Allah Syaza. Terima bahawa dia telah pun kembali ke sisi-Nya. Semua manusia pasti akan kembali kepada penciptanya. "
" Mati itu pasti Syaza. "
⚠︎⚠︎⚠︎Double update for today.
10 vote and 15 comment update new chapter.
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Mystery / ThrillerPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...