𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 01

1K 54 21
                                    

5 Tahun Kemudian

" Zayn Firash bin Zarid Farhan. "

" Ya saya. "

" Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Nur Zulaikha Amani binti Muhammad Jariz dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran dan RM 100,000 ringgit tunai. "

Jantung Zayn berdebar-debar. Dia menarik nafasnya sedalam yang mungkin.

" Aku terima nikahnya Nur Zulaikha Amani binti Muhammad Jariz dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran dan RM 100,000 ringgit tunai. "

" Sah? " serentak semua disitu kata sah. Zayn mengucap syukur. Alhamdulillah, akhirnya dia sah menjadi suami kepada cinta hatinya. Dia memandang ke arah Zulaikha yang sedang memandangnya dengan pandangan yang tersangatlah polos itu. Zayn hanya senyum manis kepadanya.

Izham, Dravin memandang ke arah isteri mereka. Teringat pulak waktu diorang nikah dulu. Rasa macam nak nikah semula. Manakala Jack...

" ZAYN DAH KAHWIN WOO!!! " Jack menjerit kegirangan. Dasar kau.

" Oh mak kau Zayn dah mati! " termelatah seorang makcik di situ. Serentak semua menghamburkan tawanya.

Riak mukanya memang menunjukkan yang dia sedang gembira tapi dalam hatinya, sungguh dia merindukan Nadha.

" Aku rindu kau Nadha. "

⚠︎⚠︎⚠︎

" Selamat pengantin baruuu semogaaa kekal aaabadii bahagiaaa~ yaa diminta semua orang yang baru hadir duduk di tempat masing-masing ya. Jemput makan jemput minum. Jangan risau, pengantin belum wujud lagi. " seloroh Jack di bahagian mc.

Harini hari perkahwinan Zayn. Tak sangka, kahwin dah budak ni. Dahlah kawin dengan pesakit sendiri. Bukan kaleng-kaleng jantan ni.

" Kau ni ayat, elok-elok boleh tak? Hormat sikit majlis. " marah Dravin. Sambil-sambil tu matanya melilau seperti mencari seseorang.

" Kau cari Zahra ke? " terkejut Dravin dibuatnya. Dravib mengangguk. Izham hanya ketawa.

" Dia dengan Aisyah. Dekat bahagian katering. Jangan risau sangat lah. Tak pergi mana pun isteri kau tu. " Dravin menggaru tengkuknya. Memerah mukanya.

Dravin dah kahwin dua tahun lepas dan telah dikurniakan seorang cahaya mata. Nampaknya semua dah kahwin dan bakal tercipta kisah masing-masing. Eh macam bagi hint je.

" Mari kita mengalu-alukan ketibaan bakal jenazah kita eh- maaf semua maksud saya pengantin kita pada hari ini. " Dravin sudah menjeling tajam Jack disebelahnya. Budak ni, kalau tak ditutup mulut tu memang.

Kelihatan kelibat Zayn dan isterinya di pintu masuk. Kedua-duanya berpakaian sedondon berwarna maroon.

" Kenapa ramai orang? " tanya Zulaikha dengan polos. Dia memandang Zayn yang lebih tinggi daripadanya.

" Kan kita kahwin. Memang lah ramai orang love. " dia senyum manis kepada Zulaikha.

Zulaikha hanya sengih. Kahwin? Dia tahu tapi kenapa mesti ramai orang. Okay biarlah. Asalkan Zayn ada. Mereka serentak berjalan masuk. Rata-rata semua memandang ke arah mereka.

" Secocoknya dorang tu! "

" Kenapa mesti dengan perempuan cacat tu jugak dia pilih? "

" Tu bukan ke perempuan yang cacat tu? "

" Ya Allah cantiknya isteri dia! "

" Sila jaga kata-kata anda ya wahai pendatang. Tahulah Zulaikha tu cantik. Jangan cemburu. " kata Jack. Dia tahu pasti ada orang yang pandang serong kepada isteri Zayn kerana isterinya mempunyai penyakit. Chidilsh.

" Kau suruh pengawal halau perempuan yang tak reti tutup mulut diorang tu. " marah Jack. Pantang betul dia.

Dravin dan Izham hanya senyap. Masing-masing masih melilau mencari isteri.

" Kompang di palu pengantin baru~ duduk bersanding tersipu malu ewahhh~ " nyanyi Jack sambil menari.

" Ha tengok dah masuk setan dah. " Izham terus ketawa besar. Dari dulu sampai sekarang perangai tak berubah.

Pengantin sudah pun duduk di pelamin mereka. Ramai yang mengambil gambar mereka. Maklumlah, pelamin mewah. Pengantin pun lawa! Semuanya di sponsor sendiri oleh Izham. Member kan.

" Abang. " serentak Dravin dan Izham berpaling ke arah isteri mereka. Zahra dan Aisyah mengambil tempat masing-masing.

" Sayang pergi mana? " tanya Dravin kepada Zahra. Tangannya sesekali mencuit pipi Zahra. Dia mengambil Dryan daripada dukungan Zahra.

" Pergi jalan-jalan dengan Kak Aira. Kenapa? " Dravin menggeleng kepalanya.

" Anak daddy seronok lah jalan-jalan kan hm? " Dryan memandang Dravin dengan pandangan polos. Yelah, mana lah dia faham.

" Dravin. " seru Izham. Izham lantas menoleh ke arahnya. Dia menunjuk ke arah Jack yang sedang bermuram itu. Termenung mungkin.

" Jack. " panggil Dravin. Jack tidak menyahut mahupun memandang. Sah dia dalam dunia sendiri. Mereka mengangkat bahu.

" Dazreef. " panggil seseorang. Mereka terus menoleh ke arah suara itu. Dravin menjungkitkan keningnya.

" Apa kau buat dekat sini? "

" Aku perlu panggil kau Dravin atau Dazreef? " tanya lelaki itu. Dravin mengukirkan senyuman nipis.

" Kekalkan sahaja panggilan Dravin tu kalau kau dah biasa. Tapi kalau kau nak panggil aku Dazreef pun aku lagi suka. " pandangan di halakan ke arah Zahra.

Muhammad Dazreef. Nama islamnya. Dia memeluk Islam tiga tahun lepas selepas sahaja kejadian hitam tu berlaku dan sebelum dia berkahwin dengan Zahra. Dia ada kisahnya sendiri. Ada sebab kenapa dia memeluk islam dan Zahra lah penyebabnya.

" Apa kau buat dekat sini Dramin? " tanya Dravin.

" Aku datang dengan daddy. Dia nak jumpa kau dengan Kak Zahra. Tapi nantilah. Bukan sekarang. " Dravin menganggukkan kepalanya. Dramin terus beransur. Kelibatnya mula hilang dari pandangan.

" Woi bro! " sapa Zayn dengan gembira.

" Tak sangka bakal jenazah ni dah nak kahwin. " senyuman Zayn mati. Jantan ni memang tak guna. Jack hanya menyengih.

" Malam ni jangan ganas-ganas Zayn. Sebelum memulakan cucuk tanam, pastikan baca doa, baca bismillah. Tak lupa jugak, jangan lupa solat sunat dulu. Baru diberkati. " seloroh Jack membuatkan Zulaikha disebelahnya mengerutkan dahi.

" Kenapa tak boleh ganas? Awak nak bercucuk tanam apa Zayn? " terus mereka semua menepuk dahi. Ya Allah polosnya kau.

" Nak baby tak? " tanya Jack dengan sengaja. Zayn menatapnya dengan tajam. Zulaikga mengangguk berkali-kali.

" Kalau nak baby kena buat. "

" Macam mana? " tanya Zulaikha.

" Jangan ajar isteri aku bukan-bukan Jack. Jangan sampai kau yang aku tanam dalam kubur. " dia menatap Jack tajam. Jack senyum tak bersalah.

" Macam mana nak buat? " tanya Zulaikha kepada Zayn. Zayn menggelengkan kepalanya. Izham dan Dravin masing-masing sedang menahan ketawa.

" Awak... " panggil Zulaikha dengan meleret. Zayn hanya mengetap gigi. Salah orang Jack ni cari pasal.

" AWAK! NAK BUAT BABY! " serentak semua orang yang berada di situ memandang ke arah mereka. Muka Zayn sudah memerah. Ya Allah isteri aku ke?

Zulaikha mengerutkan dahi. Kenapa diorang pandang? Ada apa?

" Dahlah jom. " Zayn terus menarik tangan Zulaikha agat pergi menjauh. Jack ni memang mati dengan dia.

Lantas mereka semua ketawa. Ala malu lah tu.

𒊹︎︎︎𒊹︎︎︎𒊹︎︎︎𒊹︎︎︎

Nak lagi ?
























Killer [ C ]Where stories live. Discover now