" Bagaimana? " soal Fawwaz apabila mereka masuk ke dalam bilik itu. Sepertinya terlepas sesuatu yang penting.
Irwan menggelengkan kepalanya. Dia mengeluh perlahan.
" Maksud? " soal Fawwaz tidak faham.
" Suspek telah berjaya melarikan diri sebelum kita sampai. Sekarang ni saya dah suruh Inspektor Badrul untuk jejak keberadaan suspek. " terang Irwan membuatkan Fawwaz mendengus.
Tiba-tiba pintu bilik itu dirempuh kasar oleh Amin. Dia meeghentak kuat meja di situ. Disepak kerusi lalu meraup rambutnya kebelakang. Dadanya turun naik menahan amarah. Mereka yang berada disitu tersentaj dengan kelakuan Amin.
" Bukti hilang. Semuanya hilang. Siapa yang ambil?! " marahnya tiba-tiba. Tadi dia masuk ke dalam bilik dokumen tu untuk ambil dokumen tersebut untuk meneliti semula tentang bukti-bukti itu. Tapi malangnya tiada. Satu apa tentang kes itu tiada langsung.
Dahi Irwan berkerut. Dia bertentang mata dengan Fawwaz. Hilang? Macam mana boleh hilang pula?
" Kau ada ambil ke Irwan? " tanya Amin lalu pandangannya dihalakan Irwan. Irwan menggelengkan kepalanya menandakan dia tidak ambil. Pandangannya dihalakan pula ke arah Fawwaz lalu dijongketkan keningnya. Fawwaz pun menggelengkan kepalanya. Buat apa dia nak ambil?
Amin menyentengkan lengan bajunya hingga ke siku lalu duduk di kerusi untuk bertenang. Nafasnya cuba diaturkan. Dia memejamkan matanya untuk seketika. Suasana di dalam bilik itu sepi sehinggalah kelibat Inspektor Badrul muncul.
" Kami tak dapat jejak suspek. Telefon dia dimatikan. " ujar Inspektor Badrul.
Irwan tersenyum sinis. Nampaknya suspek telah bertindak dahulu sebelum mereka. Nampaknya, dia dah tahu segala-galanya. Satu sahaja yang bermain difikirannya.
Pasti ada yang mengkhianati mereka.
Dia memandang ke arah Fawwaz secara diam. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Lantas dia memandang ke arah Inspektor Badrul. Mereka menatap mata antara satu sama lain.
" Badrul mari. " ajaknya secara tiba-tiba lalu terus keluar dari bilik itu. Inspektor Badrul hanya mengikutnya dari belakang. Mereka berdua berjalan ke arah bilik dokumen.
Setelah sampai, Irwan memegang tombol pintu bilik itu. Belum sempat dia menguak tombol pintu itu, pintu bilik itu telah terbuka sendiri.
" Aku rasa bilik ni kena pecah masuk. " ujar Irwan lalu memerhati hensel yang telah patah separuh itu. Hensel ke? Hensel kan? Mak aku kata hensel. Betul lah kan? Lantak lah.
" Macam mana boleh pecah masuk? " soal Inspektor Badrul lalu memerhati gerak-geri Irwan.
Irwan menggelengkan kepalanya. Langkah kakinya dibuka untuk masuk ke dalam bilik itu. Dia pergi ke rak yang tersimpannya dokumen itu. Seperti yang dikatakan oleh Amin. Dokumen itu takde. Rakaman CCTV dan kesemua bukti hilang. Dia menggenggam buku limanya.
Sekarang, dia faham akan agenda si musuh. Dia tersenyum sinis. Inspektor Badrul hanya memandangnya pelik. Tidak tahu apa yang bermain di fikiran si lelaki itu.
" Mari kita cek rakaman CCTV. " ajaknya. Inspektor Badrul mengangguk lalu bilik CCTV arah tuju mereka.
Inspektor Badrul menguak pintu bilik itu. Dia duduk di meja yang tersedia. Tangannya pantas menari-nari di atas papan kekunci tersebut. Rakaman CCTV malam semalam dimainkan.
" Cuba tengok rakaman daripada pukul 10 malam sehingga pukul 12 tengah malam. " arahnya. Inspektor Badrul menangguk lalu menekan papan kekunci itu. Satu persatu rakaman diperhatikan tapi tiada satu pun yang pelik.
" 12 tengah malam hingga 3 pagi. " datar dia berkata. Sekali lagi mereka memerhatikan screen di hadapan mereka. Satu persatu dilihat tapi tetap tidak ada rakaman yang mencurigakan.
Dia menilik jam tangannya. Menandakan sekarang sudah pun pukul 11:30 pagi. " Cuba tengok rakaman daripada pukul 8 pagi tadi hingga pukul 11. "
Tetap tidak ada yang mencurigakan. Otaknya ligat memikir untuk cuba mencari jalan lain.
" Hensel tombol pintu tu pecah dua. Maksudnya, pasti ada yang pecahkan benar? " Inspektor Badrul mengangguk.
" Telefon pasukan forensik. Suruh diorang cari cap jari yang ada dekat situ. Aku pasti mesti akan ada orang selain kita yang dah tinggalkan cap jari mereka disitu. " arah Irwan. Inspektor Badrul segera mengeluarkan telefonnya lalu menghubungi pasukan forensik.
Setelah 10 minit, mereka pun sampai. Pasukan forensik yang telah pun tiba itu segera mengeluarkan alatan untuk memulakan siasatan mereka.
" Kami tak jumpa apa-apa yang mencurigakan. Kami hanya jumpa sehelai rambut dan dua cap jari pada rak dokumen tersebut dan pada hensel yan pecah tu. " ujaran daripada salah seorang ahli forensik itu membuatkan Irwan sedikit teruja.
" Kami akan cuba berikan laporan secepat yang mungkin. Harap Inspektor berdua bersabar ya. "
" Agak-agak paling cepat, bila boleh dapat? " tanya Irwan untuk mendapat kepastian.
" Malam ni paling cepat. " Irwan menganggukkan kepalanya. Dia memandang ke arah Inspektor Badrul.
" Kau rasa siapa? "
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Mystery / ThrillerPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...