Otaknya sibuk memikirkan apa yang dikatakan oleh Dr. Zaim tadi. Tak tahu lah nak percaya ke tidak tapi, itulah kebenarannya. Benarlah selama ni dia berkata. Tak dapat dielakkan lagi. Ingatkan bersangka buruk rupanya benar. Inspektor Badrul yang berada dihadapannya hanya dipandangnya dengan pandangan yang bersahaja. Dia tahu yang mesti Inspektor Badrul pun terkejut tentang hal itu.
" Macam mana? " tanya Irwan tiba-tiba membuatkan Inspektor Badrul tersentak daripada lamunannnya.
Inspektor Badrul tergelak kecil lalu dia menggelengkan kepalanya. " Tak sangka. " itu sahaja jawapan yang keluar dari mulutnya.
" Jadi, Tuan Risydan... dia yang bunuh? " tanya Inspektor Badrul. Irwan hanya mengangkat bahunya menandakan dia tidak tahu.
Terdengar satu keluhan berat terkeluar dari mulut Inspektor Badrul.
" Tapi kita tak boleh pastikan lagi. Mungkin dia hanya lah kambing hitam dalam kes ni. " kata Irwan seraya cuba melupakan hal itu. Tidak mungkin lah dia nak buat macam tu.
" Tapi, macam mana kalau dia sebenarnya suspek utama dalam kes ni? " pertanyaan yang diajukan membuatkan Irwan tersentak. Dia berfikir seketika.
" Tapi, apa motifnya? " soal Irwan kembali.
Inspektor Badrul menggelengkan kepalanya. Dia pun berfikir sesuatu. Baru dia teringat sesuatu.
" Kau tahu Tuan Fawwaz dah kahwin? " tanya Inspektor Badrul tiba-tiba. Irwan memandangnya dengan pandangan tajam.
" Apa motif kau untuk tanya pasal tu? "
Inspektor Badrul menyengih lalu menggaru belakang tengkuknya. " Aku pelik. Mana isteri dia? "
Irwan senyap. Betul juga dia kata. Mana pergi isteri dia? Mati ke? Mati lah kot.
Dia mengangkat bahunya menandakan dia tidak tahu tentang hal itu. " Mati ke? "
Tangan Irwan pantas menumbuk perut Inspektor Badrul. " Aduh! Kau ni. Sakit lah! " marah Inspektor Badrul lalu mengusap perutnya.
" Acah lah kau. " dijelingnya Inspektor Badrul.
" Tapi setahu aku, dia kan duda. " Irwan tersentak. Duda? Sejak bila isteri dia meninggal?
" Duda? Bukan ke dua bulan lepas dia kahwin? " tanya Irwan untuk mendapatkan kepastian.
Inspektor Badrul menggelengkan kepalanya lalu tergelak kecil. " Kau percaya ke? "
Irwan berkerut seribu. Apa ni?
" Kau masih baru sebab tu kau tak tahu apa-apa. " ujar Inspektor Badrul. Ya, Irwan baru je berpindah ke balai polis itu setahun lalu.
" Empat tahun lepas. Dia berkahwin dengan Inspektor Lara. Waktu tu, takde siapa pun tahu pasal perkahwinan diorang. Diorang kahwin senyap-senyap. Aku dapat tahu pun sebab aku rapat dengan Lara. " katanya lalu memejamkan matanya.
" Lara tu cantik. Baik. Sopan je. Sedap mata memandang. Aku ingat nak kahwin dengan dia. Sekali aku dapat tahu yang dia dah kahwin. Lagi aku terkejut bila dia kahwin depan pihak atasan sendiri. Diorang bahagia. Bahagia gila. Dua bulan lepas diorang kahwin, Lara disahkan mengandung. Kau tahu, waktu tu Tuan Fawwaz tu gembira gila! Dia siap buat kenduri kesyukuran lagi. Satu balai tahu pasal benda tu. Memang terkejut gila lah diorang bila tahu yang dia dah kahwin. " katanya lalu ketawa kecil.
" Tapi semua tu tak kekal lama. Disebabkan dendam, nyawa isteri dengan anak dia terpaksa dikorbankan. Lara meninggal sehari lepas dia bersalin. Anak diorang pula dibunuh. " ujaran yang keluar daripada bicara Inspektor Badrul membuatkan dia tersentak. Bunuh?
" Waktu tu, Tuhan je tahu betapa kecewanya Tuan Fawwaz. Dia disahkan kemurungan selama setahun dan dia diberikan cuti untuk berehat. Lepas setahun, dia kembali bekerja macam biasa. Kelakuan dia kadang-kadang pelik. Kadang elok, kadang tak. Dia rindu sangat dengan Lara. Kau bayangkan, dia hilang isteri dengan anak yang baru lahir serentak hanya disebabkan dendam. Dendam apa pun tak tahu. Sampai sekarang, masih lagi tak dapat jejak suspek. Kes terpaksa ditutup sebab bukti tak cukup. Boleh dikatakan, pembunuhan yang berlaku waktu tu sama macam sekarang. Semuanya tak mencukupi. " jelasnya panjang lebar.
Irwan hanya mendiamkan diri. Tak sangka. Sungguh sadis kisah hidup Fawwaz. Kehilangan isteri dan anaknya serentak.
" Oh ya. Lepastu, waktu tu memang kes terlampau banyak. Kes remaja perempuan hilang. Waktu tu, hampir 5 hingga 10 orang remaja perempuan hilang dalam tempoh 5 bulan. Bukti tak cukup. Mangsa tak dijumpai sehingga sekarang. " terang Inspektor Badrul.
Kes hilang? Kenapa dia rasa macam...
Pembunuhan yang berlaku sekarang ni ada kena mengena dengan kes hilang tu?
Just positive thinking Irwan.
⚠︎⚠︎⚠︎
" Kenapa kau suruh aku datang ni? " tanya Zayn. Tadi Dravin telefon dia suruh datang rumah dia cepat. Katanya ada hal penting. Entah apa yang penting pun dia tak tahu.
Dravin gelak sinis. Zayn memandangnya pelik.
" Kau jangan cakap kau ada split personality jugak. " kata Zayn dan automatik dia menerima satu tamparan daripada Dravin.
" Sakitlah bodoh! " maki Zayn lalu mengusap pipinya. Dijeling Dravin dihadapannya.
Dravin menggulingkan bola matanya keatas. Dia menyilangkan kakinya ke atas meja dihadapannya.
" Tahu ni rumah kau tapi, taknak bagi aku minum air ke? " sindirnya. Dia haus tahu tak?
Dravin memandangnya tajam. " Nak air, buat sendiri lah. "
Zayn menunjukkan penumbuknya. Fikir takut agaknya.
" Kau nak apa ni? " tanya Zayn lalu mengeluarkan telefon dari poket seluarnya.
" Izham mana? "
" Tah dia. Tadi sebelum aku keluar dia dah keluar dulu. Tak tahu ke mana. " jawab Zayn. Sebelum dia nak keluar tadi, dia nampak Izham keluar. Bila ditanya, tak dijawab pula. Pelik-pelik je budak tu.
" Aku nak bagitahu sesuatu. " kata Dravin.
Zayn menjongketkan keningnya. " Cakap lah. Pasal apa? "
" Pasal Izham. "
⚠︎⚠︎⚠︎
marilah follow ig saya ;
araaaasshh._
In shaa allah dekat situ saya akan update lebih lagi tentang story saya.
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Mystery / ThrillerPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...