" Syakir, aku minta maaf sebab tak dapat nak bersama kau. Aku minta maaf sebab selalu bertengkar dengan kau. Aku minta maaf sebab selalu sangat cari pasal dengan kau. Kita ni, ibarat anjing dengan kucing kan? Haha. " jelas senyuman palsu yang diukirkan di wajah Amin.
" Okay cepat baca doa. " arah Syakir.
" Bismillah.... "
" Amiin... "
Amin yang baru sahaja baru itu serentak memandang ke arah mereka. " Apa dia? "
" Hah? " tanya Syakir seolah-olah tidak faham. Tapi sebenarnya, dia tahu je apa maksud si Amin.
" Kenapa panggil aku? " tanya Amin dengan polos.
" Kita cakap Amiin. Bukan Amin tuan. " sakat Syaza lalu menghamburkan ketawanya.
Serentak semua di situ ketawa besar. Haih, buat mau kaum je lah kau ni Amin.
" Heh. A-aku tahu lah! Aku saja je. " datar riak yang ditunjukkan oleh Amin.
" Tenanglah kau disana wahai sahabat. " lalu disiram kubur milik Syakir.
" Tenang lah kau di sana Syakir. Aku minta maaf sebab terpaksa buat macam ni. " kata seseorang dari jauh.
" Irwan, Fawwaz ke mana? Dia memang taknak datang ke? " tanya Amin. Sejak dua menjak ni, kelibat Fawwaz selalu tiada.
Pelik juga dia kadang-kadang.
Irwan hanya menggelengkan kepalanya.
" Marilah kita balik. " ajak Amin.
" Syaza. Taknak balik sekali ke? " tanya Amin.
Syaza hanya menggelengkan kepalanya.
" Syaza, aku tahu semuanya pasal hubungan korang. Aku cuma nak cakap yang, Syakir sayang sangat dekat kau. Dia selalu cerita pasal kau dekat aku dulu. Dia selalu cerita pasal Orkid dia. Orkid yang paling dia sayang. Aku ingatkan bunga Orkid, rupanya kau. Syaza Orkid. Haha. " ketawa kecil Amin.
" Ingatlah, sesungguhnya setiap manusia yang hidup di bumi ini, pasti akan kembali ke pencipta-Nya. Bezanya, hanyalah cepat atau lambat. " ujar Amin.
" Aku dengan Irwan balik dulu. Assalamualaikum. "
Selepas sahaja Amin dan Fawwaz pergi, Syaza terus meebuka bicaranya.
" K-kenapa kau tinggal kan aku Syakir? " tersedu-sedan Syaza berkata.
" K-kau kata nak k-kahwin dengan aku. Aku jujur! Aku d-dengan Irwan tu takde pape pun! A-aku saja je r-rapat dengan dia sebab nak je-jeles kan kau! " ucap Syaza di depan kubur Syakir seorang diri. Dia terasa seperti sedang bercakap dengan Syakir sekarang ni.
" A-aku akan pastikan, orang yang bunuh kau tu akan merana! Aku janji! " tekad Syaza.
" Aku takkan biarkan orang tu terlepas! " kata Syaza lalu mengelap air matanya.
" N-ni semua... mesti kerja dia! " turun naik dada Syaza menahan amarahnya.
" Maafkan aku Syaza... "
⚠︎⚠︎⚠︎
" Takkan lah kes ni kena tutup macam ni je! " marah Irwan. Dia penat-penat bersengkang mata sampai pukul 4-5 pagi semata-mata untuk cari bukti pasal kes ni je, tahu-tahu Tuan Risydan nak tutup kes ni.
Mana tak bengang.
" Kes makin rumit tuan. Sepatutnya, kita kena berjuang untuk dapatkan keadilan bagi si mati. Sekarang, tengoklah. Tuan Syakir pun turut jadi mangsa si pembunuh. Apa masalah tuan sekarang ni?! "
" Irwan. Jaga kata-kata kau. " datar Tuan Risydan memandangnya.
" Tuan fikir saya kisah ke? Saya tetap taknak mengalah. Tuan jangan berani nak tutup kes ni! " larang Irwan sambil menatapnya dengan pandangan yang tajam.
" Kau digantung. " jawapan daripada Tuan Risydan membuatkan Irwan terkaku.
Senang macam tu je dia kena gantung kerja?
Sungguh dia rasa ada yang tak betul dekat sini. Kenapa Tuan Risydan sanggup gantung dia hanya disebabkan kes ni?
Jawatan menguasai segalanya.
Pangkat tinggi ada kuasa. Pangkat yang rendah dipijak-pijak.
" T-tuan... "
" KELUAR! " tengking Tuan Risydan membuatkan Irwan terkedu.
Irwan menghela nafas berat. " Saya minta diri dahulu. Terima kasih tuan. " lalu dia terus keluar daripada bilik Tuan Risydan.
" Syaza. "
" Y-ya... " suara serak basah Syaza yang baru lepas menangis itu memenuhi ruang telinganya.
" Aku nak jumpa kau. Sekarang juga. "
" Dekat mana? "
" Tempat biasa. " lalu Irwan terus meletakkan panggilannya.
" Tunggu. Sikit je lagi. " sinis Irwan berkata seorang diri.
⚠︎⚠︎⚠︎
" Awak kena gantung?! " jerit Syaza terkejut.
Irwan menganggukkan kepalanya. " Sekarang ni, sebelum Tuan Risydan tutup kes ni, baik kau serahkan semua bukti tu. Hanya bukti tu sahaja yang dapat meyakinkan dekat Tuan Risydan bahawa kita akan dapat jejak pembunuh tu nanti. "
" Tapi, awak takde. Saya tak berani. " perlahan Syaza berkata.
Irwan menghela nafas berat. " Kau kena berani Syaza. "
" Hm, baiklah. S-saya cuba... "
" Kalau kau rasa kau tak mampu, ingatlah bahawa Allah sentiasa ada dengan kau. " nasihat Irwan.
Syaza mengukirkan senyuman palsunya.
" Ingat, Tuan Syakir tu sentiasa memerhatikan kau. " kata Irwan untuk menghiburkan hati Syaza.
Syaza hanya tersenyum kelat. Nama tu, membuatkan dia mahu menangis kembali.
⚠︎⚠︎⚠︎
Jangan lupa vote and comment.
Ya saya tahu chapter ni agak mengarut dan pendek.
Nak double update tak? Kalau nak, angkat kaki!
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Mystery / ThrillerPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...