" Woi kecik! Aku nak milo ais satu! Aku bagi kau masa 2 minit. Kalau tak siap, aku culik bapak kau. " Jack yang tiba-tiba muncul di rumah Dravin dengan selamba duduk di sofa rumah itu. Dryan dan Inara memandang Jack dengan wajah polos.
" Uncle nak apa? " tanya Inara sambil menatap wajah Jack. Uncle Jack hensem tapi sayang, bengap.
" Eh, anak Izham pun ada rupanya. Mana baba? " dia memandang Inara. Inara hanya menggeleng tak tahu.
" Tadi baba dengan daddy lepastu hilang. Umi dengan mummy dekat dapur. Tengah main masak-masak. " bijak dia berkata. Main masak-masak kan?
" Yan pergi panggil daddy cepat! Cakap- "
" Kau ni memang penghancur anak aku betul lah. " suara garau Dravin terus menyapa pendengaran Jack. Jack senyum tak bersalah. Dia terus menyilangkan tangannya ke dada.
" Aku tahu kau sorokkan Zayn daripada Zulaikha. Cepat bagi! Kalau tak, aku culik bini korang. " kata Jack tiba-tiba. Izham dan Dravin berkerut pelik. Apa benda jantan ni mengarut.
" Dyy.. " seru Dryan lalu pandangannya dihalakan ke arah Dravin. Segera Dravin menapak ke arahnya. Dia mengelap air mata yang sudah pun berkumpul di kelopak mata Dryan.
" Anak daddy kenapa hm? Uncle buat ea? " Dryan yang seolah-olah mengerti terus menganggukkan kepalanya. Dravin senyum senget. Dia memandang ke arah Jack lalu dia menatapnya dengan pandangan tajam. Jack membuat pura-pura terkejut.
" Haah daddy! Tadi uncle cakap benda bukan-bukan dekat Dryan. " okey Inara jadi batu api gais. Inara memandang Jack dan Jack menatap Inara dengan jelingan. Inara hanya menunjukkan sengihan comelnya.
" Nak daddy tembak dia tak? " Dryan dan Inara serentak mengangguk kepala mereka.
" Sudahlah Dravin atau nama sebenar kamu Dazreef. Bertaubatlah. Tinggalkan lah kegiatan lama mu atau Zahra akan meninggalkanmu seperti dahulu. Sepohon kayu daunnya rimbun~ lebat bunganya serta buahnya~ walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya~ " Izham hanya mampu bertawakal. Ingatkan dia je bodoh, rupanya Jack lagi bodoh.
Ni kes mati bini ke macam mana?
" Abang! " jerit Aisyah yang baru sahaja muncul. Dia terus memeluk tubuh kekar Izham. Lah, baru tinggal berapa minit. Izham mengusap kepala Aisyah lembut. Zahra pula menapak ke arah Dravin.
" Sini dekat mummy sayang. " Dryan terus mendepakan tangan. Inara pula terus pergi ke arah Aisyah. Apa ingat Dryan je ke ada mak? Dia pun ada okay!
" Myyy... nak cuuu. " dia memuncungkan bibir kedepan. Zahra ketawa kecil. Dia mencubit pipi Dryan tu. Asal comel sangat ni?!
" Awak ni comep tapi sayang... " Zahra sengaja menggantungkan ayatnya. Terus Dravin memandang ke arahnya.
" Sayang? "
" Awak jahat. " dia terus berpaling ke arah lain. Dravin menatapnya tajam. Zahra senyum senget. Benda betul.
" Sayang pergi lah bagi Dryan susu. Ajak Aisyah sekali duduk lepak dekat atas. Dekat belakang ke ikut sayang lah. Abang ada benda nak bincang dengan dua ekor ni. " serentak mereka berdua tatap Dravin dengan tajam. Dravin dengan selamba membalas pandangan mereka. Apa?
Zahra mengangguk. " Aisyah, Inara. Mari naik atas. " mereka berdua pun serentak beransur ke atas. Belum sempat mereka hendak naik tangga...
" HAI SEMUA! SAYA ZULAIKHA! " jerit Zulaikha yang baru sahaja sampai. Zayn di belakang hanya pasrah.
" Sayang nanti dah sampai, jangan buat bising tau. " lembut Zayn berkata. Sesekali mengusap lembut tangan Zulaikha. Zulaikha menatapnya dengan pandangan pelik.
" Kenapa? " Zayn menggeleng.
" Ikut je cakap abang okay? Kalau tak- "
" Malam ni kita buat baby boleh? " Zayn mengeluh. Astaghfirullah isteri. Ni semua ajaran Jack. Zayn mengangguk pasrah.
" Asalkan jangan kecoh ya? "
" HAH MUNCUL PUN MALAUN NI! KAU TAHU TAK TADI ISTERI KAU TELEFON AKU MENANGIS-NANGISB KATA KAU HILANG?! " digoncang-goncang lengan Zayn membuatkan Zayn merentap kasar lengannya. Zulaikha hanya menyengih.
" Aku tahu. " Jack pelik.
" Aduh jangan nangis ika. Aaa nanti aku belanja kau aiskrim? " makin kuat tangisan Zulaikha dari dalam talian. Jack pasrah.
" Taknak... nak Zayn... " sedu-sedan Zulaikha dibuatnya.
" Ha aku tau! Mesti Izham dengan Dravin culik diorang. Kau sabar. Nanti aku soal siasat diorang. Nanti aku selamatkan suami kau okay? "
" Jangan lupa gari diorang sekali. " perlahan Zulaikha berkata.
" Jangan risau. Siap package aku tumbuk pijak diorang sekali. "
" Jangan... nanti mati. "
" Biar mati. Nanti suami kau tak kena culik diorang dah. "
" Okay. Jangan lupa lenyek sekali tau. "
Ketahuilah Zulaikha, anda sudah melampau.
Jack hanya senyum senget. " Okaay bye! " dia terus mematikan talian. Terus bersiap untuk ke rumah Dravin. Ada ke patut Zayn tinggalkan bini dia kat rumah sorang-sorang?
" Sayang... " panggil Zayn. Dahi Zayn terus berkerut. Dah kenapa bini dia menangis. Zulaikha yang nampak kelibat Zayn terus berlari ke arahnya lalu memeluk tubuh itu.
" Kenapa nangis? " tanya Zayn lembut.
" Awak pergi mana? Awak kena culik dengan Izham dengan Dravin ke? " Zayn terus mengetap giginya.
" Sayang call Jack ke? " tanya Zayn lalu memegang dagu Zulaikha agar memandang ke arahnya. Zulaikha mengangguk.
" Kenapa kau call dia? "
" Sebab awak takde... " dia terus kembali menyandarkan wajahnya pada dada Zayn.
" Kita gi rumah diorang. Cepat siap. "
Begitulah kisahnya.
Jack menggaru belakang kepalanya. Haih Zulaikha pun satu.
" Lain kali jangan lah nak menghilang dari kelibat bini kau dah tahu dia macam tu. " kata Jack. Zayn hanya menjeling.
" Ika kalau nak jumpa dengan Zahra, pergilah dekat atas. Aisyah dengan Inara pun ada. Dryan pun ada dekat atas. " Zulaikha terus sorak gembira.
" Saya pergi tau! Bye! " Zulaikha terus berlari laju menaiki anak tangga.
" Zayn. " panggil Jack.
" Aku nak mati. Izinkan aku? " Zayn menjelingnya tajam. Dravin dan Izham hanya melayan karenah diorang berdua.
" Pergilah kau. Tapi jangan kembali semula sebagai hantu. Kesian bini aku. " Jack menyengih.
" MEMPERSEMBAHKAN, HANTU JACKY! " dia terus melompat-lompat seperti tak tentu arah dan akhirnya...
BUK!
" NADHAAA!!! " Jack menjerit kesakitan. Zayn, Izham dan Dravin terus menghamburkan tawa besar. Hah hantu lah sangat. Kan dah jatuh.
" Tolong aku... aku dah tak lama... arghh sakit Zayn... " dia merengek sedikit. Ala gelak pulak.
Zayn tidak membuang masa lalu...
" SAKIT LAH BODOH! " jerit Jack makin kuat. Boleh pula Zayn tekan lagi kaki dia yang sakit tu.
" Amik yasin cepat. Nak baca ni. " Dravin segera mengangguk. Baru dia hendak berura-ura pergi mengambil yasin, segera Jack bangun.
" Tak payah aku dah okay. " dia terus menjeling mereka.
𒊹︎︎︎𒊹︎︎︎𒊹︎︎︎𒊹︎︎︎
How?
Ada sapa ii nak jadi isteri Dryan dah besar nanti tak?
Want more?
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Misterio / SuspensoPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...