" Izham takde split personality. " kata-kata yang keluar daripada mulut Dravin membuatkan Zayn terkejut. Izham... takde split?
" Tak. Tak. Apa maksud kau? Apa yang kau cuba untuk sampaikan? " dia cuba untuk bertenang.
Dravin mengangguk. " Kau mungkin tak percaya tapi itulah kebenarannya. Selama ni, korang semua diperbodohkan oleh Izham. "
Kening Zayn bertaut. Diperbodohkan? Tapi atas sebab apa dia buat macam ni?
" Aku tahu kau mesti tak jangka kan benda ni kan? Ya dia takde split personality pun sebenarnya. Itu hanyalah permainan dia. " jelas Dravin lagi. Dia sudah menjangkakan ini daripada awal.
" Dahtu, sebab apa dia buat macam ni? " tanya Zayn tak berpuas hati. Dravin hanya ketawa kecil. Dia menyilangkan lengannya ke dada.
" Tanya dia sendiri dan kau akan dapat jawapan tu sendiri. Aku sendiri tak tahu atas sebab apa dia buat semua ni tapi mungkin... " Dravin sengaja menggantungkan ayatnya dan itu membuatkan Zayn merengus geram kerana tidak berpuas hati.
" Mungkin apa?! " naik seoktaf nada Zayn.
Dravin menggelengkan kepalanya lalu senyum sinis. " Mungkin semua ni ada kaitan dengan masa lalu dia. "
Zayn menayangkan riak pelik di wajahnya. Masa lalu? Maksud? Apa yang dimaksudkan oleh Dravin? Masa lalu?
" Kau dah kenal Izham sejak bila? " tanya Zayn untuk mendapatkan kepastian. Tidak pasti mengapa tapi hatinya kuat mengatakan yang Dravin pasti mengenali jejaka itu lebih lama dari dia.
" Lama. " sepatah Dravin menjawab. Dia bangun dari duduknya lalu berjalan ke arah luar rumah. Dikeluarkan satu puntung rokok daripada poket seluarnya. Dinyalakan api pada rokok itu lalu dia menghisap dan menghembus asap rokok itu.
Zayn yang masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan Dravin tu terus membuka langkah ke arah lelaki berdarah kacukan itu.
" Lama? Sejak bila? Macam mana kau boleh kenal dia? Apa yang kau tahu pasal dia? " bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Zayn membuatkan Dravin menggelengkan kepalanya. Nampaknya lelaki ni masih lagi tidak kenal siapa Izham yang sebenarnya.
" Siapa Aisyah? " soalan yang terpancul dari bibir lelaki itu membuatkan Dravin tersentak. Nama tu...
" I just love you and only you. " dia berkata sambil merapikan rambut gadis itu.
" Tapi, kenapa ramai tak suka saya? " tanya gadis itu dengan polos. Tangan lelaki itu dipegangnya lalu dia memandang tepat ke arah mata lelaki itu.
" Sayang aku? " gadis itu mengangguk.
" Kalau sayang aku, kau kena ikut aku sayang. Kita kena pergi jauh. Kita tak boleh hidup dekat sini. Ramai yang tak terima kita berdua. " lembut dia berkata lalu dia meraih tangan gadis itu.
" Erm, Avin ikut? " tanyanya lagi.
Dia hanya senyum nipis lalu menggelengkan kepalanya.
Gadis itu... gadis yang pernah muncul dalam kisah mereka. Dravin, Izham dan dia.
" Mana kau dengar nama tu? " tanya Dravin dengan nada yang tegas.
" Aku ada terbaca satu surat haritu. Ada nama Aisyah. Aku pun pelik. Surat tu macam surat cinta pun ada. " jelasnya apabila terkenangkan waktu itu.
" Surat apa ni? " soal Zayn sendiri. Dia membuka surat itu dengan perlahan.
To : Aisyah
Assalamualaikum kesayangan aku. Kau sihat? Aku tahu kau mesti sihat dan aku harap kau sihat hehe. Kau macam mana dekat sana? Okay? Kenapa aku macam tanya soalan berulang? Okay abaikan je princess. Miss me? I don't even know you miss me or not but hopefully that you miss me princess. Tahan ya sayang. Sikit je lagi dan aku akan kembali kepada kau semula. I love you princess <3.
- Izham Hensem.
" Hensem lah sangat. Aku lagi hensem. Tapi, siapa Aisyah? Ah lantak lah. " monolognya bersendirian lalu kembali simpan surat tersebut di dalam laci.
Dravin yang mendengar penjelasan Zayn itu menahan amarahnya. " Kenapa kau baca? " jelas wajahnya kelihatan merah menahan marah.
Zayn menggaru kepalanya. " Aku terbaca. "
" Surat tu masih ada lagi dengan kau? " soal Dravin. " Kalau ada, bagi aku. "
Zayn menganggukkan kepalanya. " Nanti aku bagi. Surat tu dekat dalam laci bilik Izham. "
Jantung Dravin berdegup dengan laju seperti tahu apa yang telah terjadi dan dia dapat jangka apa yang akan terjadi selepas ini. Lelaki tu... bahaya.
⚠︎⚠︎⚠︎
Mbaah! di scam kamu!
Jangan lupa vote and comment okay kalau tak saya merajuk okay gurau!
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Misteri / ThrillerPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...