" Jadi... "
" Begitulah. " dia merenung meja yang berada dihadapannya sambil bermain dengan pen dijarinya.
" Sekarang ni, kita tunggu je keputusan dari makmal. Baru kita boleh bincang pasal seterusnya. " kata Amin dengan nada yang tenang.
" Tapi.... "
" Kau rasa siapa yang buat? " soal Fawwaz dengan nada tertanya-tanya.
" Kau. " selamba Amin menuduh. Dia meletakkan tangannya diatas kepala.
" Hotak kau. " marah Fawwaz.
" Dahtu yang kau tanya aku macam aku tahu siapa yang bunuh tu dah kenapa. " marah Amin balik.
" Takde lah. Mana tahu kau tahu kan. " kata Fawwaz.
" Huh. " rengus Amin.
Geram dia dengan Fawwaz ni. Selalu taknak kalah.
" Mana Syaza dengan Irwan? " tanya Amin.
" Diorang tengah ambil keterangan daripada saksi tadi. " jawab Fawwaz.
" Aik, bukan dah ambil ke kat tempat kejadian? "
" Tu unofficial. Ni official. " kata Fawwaz.
" Ouh, okay. " kata Amin lalu meninggalkan Fawwaz yang sedap bersantai dalam bilik itu.
" Woi nak pergi mana! Tunggu lah aku! " jerit Fawwaz lalu terus keluar mengejar Amin.
Takleh berenggang langsung dengan Amin tu huh.
⚠︎⚠︎⚠︎
" Jadi, macam mana doktor? " soal Amin.
Tadi mereka dapat panggilan daripada jabatan forensik agar datang ke makmal mereka secepat mungkin sebab laporan sudah pun keluar. Jadi mereka terus bergegas ke makmal.
" Mangsa didapati mengalami hentakan dikepala sebab saya dapati tengkorak mangsa retak dan hampir hancur keseluruhan. Lepastu, kedua-dua kaki mangsa pun tiada. Jadi, hanya kepala, badan dan tangan mangsa sahaja yang dibakar. Kaki mangsa tidak dijumpai. " terang Dr. Zaim.
" Ada apa-apa bukti yang ditemui tak doktor? " tanya Irwa pula.
" Ada, ni barang-barang mangsa. Dan kami dapat temui maklumat mangsa berdasarkan kad pengenalan dia. " kata Dr. Zaim.
" Ada bukti lain tak? " tanya Amin lagi.
" Setakat ni, ini sahaja yang dapat kami temui. Barang-barang mangsa ni kami jumpa dekat sebelah mayat mangsa dibakar. " kata Dr. Zaim lagi.
" Lagi satu inspektor, saya ada jumpa satu nota kecil dekat dalam dompet mangsa. Ini dia. " kata Dr. Zaim lalu menyerahkan satu nota kecil berwarna putih kepada Amin.
Kalau kau rasa kau hebat, carilah aku sampai dapat.
- I
" Shit. " marah Amin perlahan.
" Kenapa tuan? " tanya Irwan.
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Mystery / ThrillerPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...