Tubuhnya ditolak kasar hingga jatuh terduduk. Dia mendesis kesakitan apabila lehernya mengeluarkan darah yang semakin banyak. Dia memandang lelaki itu dengan pandang tidak berpuas hati.
" Kau. Nak. Apa. " keras dia mengajukan soalan itu. Lelaki itu ketawa sinis.
Tiba-tiba muncul satu susuk tubuh yang tidak asing pada retina matanya sebelum ni. Dia terkaku melihat wajah tu. Wajah kedua-dua orang itu hampir sama. Cuma yang membezakan hanyalah kening mereka. Jantungnya kembali laju.
Tidak mungkin...
" Rayyan... " dia memanggil nama itu. Ya, itu Rayyan!
Dia pasti itu Rayyan! Wajah itu. Wajah yang sangat dia kenal. Wajah yang selalu muncul di dalam mimpinya sekarang.
Dia ketawa besar. Langkah dibuka ke arah Izham yang sudah tidak tentu arah.
" Yes. It's me. " dia mengukirkan senyuman sinis.
" K-kau... hidup lagi Rayyan? " tanyanya dengan nada bergetar. Tidak mungkin! Mana boleh orang yang dah mati hidup kembali!
Rayyan mengukirkan senyuman sinis. Senyuman yang menggerunkan. Bagi orang lain, mungkin senyuman itu mampu mencairkan tapi tidak baginya.
" Ya. Aku hidup lagi. Kenapa? Terkejut? " soal Rayyan dengan sarkastik. Dia mengheret tubuh itu lalu dibawa ke satu kerusi. Dia memaksa Izham agar duduk lalu mengikat tangannya.
" Woi lepaslah! " tengking Izham. Lalu kakiknya diikat.
Rayyan menggelengkan kepalanya lalu jari manisnya diletakkan pada bibir Izham agar lelaki itu senyap. Izham yang sedang meronta-ronta minta dilepaskan itu segera menggigit jari Rayyan.
Rayyan mendesis kesakitan.
BUK!
Dia melepaskan satu tumbukan pada wajah Izham. Izham mengerang kuat kerana darah yang keluar dari lehernya semakin banyak.
" Mari sini. Aku rawat luka kau. Aku taknak kau mati awal Izham. " katanya lalu mengambil first aid. Dia merawat luka itu dengan berhati-hati. Tidak kasar dan tidak lembut. Ada kalanya akan dia tekan kuat pada luka itu dan membuatkan Izham menjerit.
Tanpa mereka sedar, ada yang memerhatikan mereka.
" Weh... "
BUK!
BUK!
" Rayyan! " jerit seseorang. Rayyan segera memandang ke arah suara itu. Lelaki itu menunjukkan dua tubuh lelaki yang telah pun menyembah lantai. Rayyan mendengus geram. Dia menghentak meja itu lalu beredar.
" Ikat mereka dekat sana. " lelaki itu menganggukkan kepalanya. Rayyan pergi mencari sesuatu. Sedang dia ligat mencari, bahunya ditepuk oleh seseorang.
" Kenapa bang? " soalnya pelik.
" Identiti aku dah terbongkar. " katanya perlahan. Rayyan hanya tergelak kecil. Dia mengusap bahu lelaki itu.
" Bukankah ini yang kau mahukan Hail? "
Dia diam. " Kau nak tukar fikiran ke? " tanya dia dengan geram. Dia menggenggam buku lima.
" Kenapa aku kena tukar fikiran pulak Rin? Kita dah lama buat benda ni. Jadi ini mungkin pengakhiran bagi kita. " jelasnya.
" Aku takkan mengaku kalah bang. " dia memandang wajah lelaki itu dengan datar. Takkan sesekali dia nak mengaku kalah. Dan dia,
Takkan pernah kalah.
⚠︎⚠︎⚠︎
" Kita nak pergi mana Dravin? " tanya Zayn tidak berpuas hati. Sekarang mereka sudah pun tiba di satu bangunan lama.
Dravin hanya diam. Dia membuka telefonnya. Nama seseorang dicari.
" Hello. Aku dah sampai. " lalu dia terus mematikan telefonnya. Dia memandang Zayn yang berada disebelahnya. Wajah Zayn dipandang dengan pandangan tajam dan sekaligus membuatkan Zayn meneguk air liur kasar.
" Kau. Jangan berani buat bising atau kecoh. Kalau kau nampak apa-apa, diam je. Ingat. Kalau kau bising, aku pancung kepala kau. " amaran yang diberikan oleh Dravin itu dia dengar dengan penuh teliti.
" Kenapa? Dekat sini ada hantu ke? " satu tamparan tepat mengena di pipi Zayn. Zayn memandang Dravin tidak puas hati.
" Sakit lah bodoh! "
" Cuba jangan tanya soalan merepek Zayn. " arahnya. Pandangannya dihalakan ke sekitar bangunan itu. Pandai kau cari tempat ya.
Tak tahu nak menyelamatkan atau menamatkan. Dia tak tahu apa yang bakal berlaku seterusnya.
Mahu menamatkan permainan yang telah dimulakan atau mahu menyelamatkan nyawa di pemain yang telah mulakan permainan ini.
Let's end the game together.
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Mystery / ThrillerPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...