𝖐 𝖎 𝖑 𝖑 𝖊 𝖗 18

572 60 44
                                    

" Betul ke Tuan Amin dengan Tuan Fawwaz kena gantung? " tanya Syaza sambil bermain dengan pen kegemarannya.

Pen siapa lagi kalau bukan pen Irwan dia tu.

" Astaghfirullah Syaza! Kau ni kalau tak berkepit dengan aku memang tak boleh ke?! " marah Irwan. Naik rimas dia bila Syaza ni dok berkepit je dengan dia dari tadi.

" Alah awak ni. Jangan lah marah. Saya tanya je. Jawablah cepat! Selagi awak tak jawab, saya taknak pergi! " ugut Syaza sambil membuat muka serius. Konon ugutan dia tu serius sangat lah tu.

Ingat sweet ke main ugut-ugut huh?

" Ya, ya. Diorang kena gantung. Dah sekarang ni, pergi. Jangan datang dekat aku dah. " arah Irwan.

" Dahtu siapa ganti- "

" ASP Syakir. Kenalkan? " potong Irwan.

Dia dah tahu dah perangai perempuan sebelah dia ni. Banyak soal  dan suka menanya. Kadang-kadang tu dia  teranggap si Syaza ni seorang yang bebal tahap ayah pin. Dah tahu tanya lagi. Lepastu jawapan nak spesifik. Dia ingat ni soalan sains dengan sejarah ke nak jawapan spesifik bagai?!

" Err... kenapa mesti dia? " tanya Syaza ragu-ragu sambil memikirkan sesuatu.

" Hm. Aku tak tahu. Dahlah. Perg- "

" Ehem. " dehem seseorang yang sedang berada dibelakang mereka.

" Eh tuan! " pantas mereka bangun untuk memberi kerusi itu kepada ASP. Syakir.

" Hm. Tak perlu. Aku dekat sini sekejap sahaja. Aku nak keluar. Irwan, nanti kau letakkan semua file dan bukti atas meja aku. Esok pastikan semuanya ada dan aku nak jumpa korang berdua esok pagi. Oh ya, esok kita nak mulakan siasatan terus. Jadi, suruh Amin dengan Fawwaz datang awal pagi esok. Faham? " terang Syakir panjang lebar. Dia jenis tak suka tangguh kerja. Kalau ikutkan, sekaran juga dia nak mulakan siasatan tu. Tapi tulah, dia ada hal lah pula.

" Baik tuan! " ucap mereka berdua.

Lepas sahaja Syakir berlalu pergi, terus mereka berdua sambung berbual. Eh bukan berbual, tapi bergaduh. Maklumlah, ingat si Syaza tu nak pergi macam tu je ke? Dia perlukan penjelasan yang jelas dan tepat ye wahai readers.

" Kenapa dalam ramai-ramai, mesti dia? "

" Awak tak tahu ke yang dia tu sombong! "

" Ish saya tak suka lah dia! "

" Saya taknak datang lah esok. Boleh kan hehe. "

" Dia tu dah lah tegas. Tak sporting macam Tuan Fawwaz. Nanti tak boleh lah saya nak bergurau dah hm. "

Argh! Sumpah serabut dengan perempuan sebelah dia ni. Tahulah dah kahwin nanti, memang takde nya dia nak bagi si Syaza ni kerja sekali dengan dia.

Eh-

Abaikan! - Irwan

⚠︎⚠︎⚠︎

Pintu bilik Zayn dikuak perlahan. Cuba untuk mencari susuk tubuh Zayn tapi tiada. Langkah dibuka untuk mencari Zayn didapur.

" Izham memang tak ingat apa-apa dah sekarang ni. " kata Zayn tiba-tiba. Eh dia ni, macam tahu je Jack kat belakang dia

" Jadi, kalau dia pun tak ingat apa-apa... macam mana kita nak tahu apa yang terjadi? " soal Jack. Macam mana diorang nak tahu perkara sebenar kalau Izham tak tahu apa-apa?

" Itulah masalahnya. Tapi, aku rasa sesuatu lah. " ragu-ragu Zayn berkata. Entah kenapa hati dia berbolak-balik seperti hendak mengatakan bahawa sebenarnya, ada sesuatu yang salah berlaku diantara mereka semua.

Killer [ C ]Where stories live. Discover now