Zayn mencelikkan matanya apabila terdengar bunyi ketukan pintu yang amat kuat daripada bawah. Dia merengus kasar. Takkan takde sesiapa kot dekat rumah ni? Apa yang dia tahu, Dravin memang takde sebab dia dah balik tadi. Jack dengan Izham?
Dia bangun dari baringnya. Dia menyarungkan T-shirt hitam ke badannya. Lalu dia membuka langkahnya ke arah pintu. Dipulas tombol pintu itu dengan kasar lalu dia berjalan dengan laju apabila pintu rumah itu diketuk makin kuat.
Setelah turun, dia ternampak kelibat Izham yang baru keluar dari biliknya. Dia menghayunkan dagunya ke arah Izham lalu mengjongketkan keningnya. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
" Siapa yang bukak gate? " tanya Izham dengan pandangan yang tajam. Memekak je.
Zayn menggelengkan kepalanya menandakan bahawa dia tak tahu. Mereka berjalan bersama ke arah pintu lalu dibuka.
Kedua-duanya menayangkan riak wajah yang terkejut. Dah kenapa pula ada polis datang ke rumah mereka pagi-pagi ni? Makin terkejut apabila pegawai yang datang ke rumah mereka itu ialah pegawai polis yang mereka jumpa pada hari itu.
" Ini rumah Encik Jack Rendy ke? "
" Haah. Kenapa ya? " jawab Izham disebelahnya. Kepala digaru seketika. Pelik.
" Saya Inspektor Irwan dari Balai Polis Sungai Buloh. Kami terpaksa tangkap Encik Jack untuk mendapatkan soal siasat. " terang Irwan yang mengetuai kumpulan itu.
Kening Zayn bertaut. Soal siasat apa pula?
" Aaa soal siasat untuk apa ye? " tanya Zayn lembut. Kang kalau kasar, mahu lain jadinya.
" Dia terlibat dalam kes kemalangan isterinya sebagai suspek utama. " jawapan itu membuatkan Zayn terkejut. Suspek? Takkan lah Jack nak bunuh isteri sendiri kot.
" Suspek utama? " tanya Zayn untuk mendapatkan kepastian.
Irwan menganggukkan kepalanya. " Boleh kami berjumpa dengan dia? "
" Sekejap aku pergi panggil. " kata Izham lalu pergi untuk memanggil Jack.
" Aaa kenapa suspek ya? Dia ada buat salah apa-apa ke? " tanya Zayn lagi setelah sekian lama keadaan sepi.
" Dia dituduh sebagai suspek utama kerana kami temui cap jarinya pada barang-barang Puan Nadha. Sekaligus kemalangan Puan Nadha ada kena mengena dengan kematian mangsa kami sebelum ni. Encik Jack dijadikan sebagai suspek kerana banyak bukti tentang dia ditemui. " ujaran daripadanya membuatkan Zayn terkejut. Tak mungkin Jack nak buat begitu.
" Zayn! " jerit Izham termengah-mengah. Dia memandang wajah Zayn lalu menggelengkan kepalanya.
Zayn mengerutkan dahinya. " Jack takde. Bilik dia kosong. " kata Izham.
Irwan yang berada disitu berdecit perlahan. Suspek dah larikan diri. Dia kena tangkap secepat mungkin. Dia menghentak kakinya perlahan. Badrul dan Ravin yang berada di sebelahnya hanya memandangnya dengan pandangan yang risau. Irwan ni tidak boleh dijangka kadang-kadang.
" Kalau begitu, kami minta diri dahulu. Kalau dia balik, telefon terus nombor saya. " kata Irwan lalu memberikan sekeping kad yang berisi nombor telefonnya itu kepada Zayn. Zayn menganggukkan kepalanya lalu mengukirkan senyuman.
Setelah mereka pergi, dia terus menutup pintu. Dipandangnya Izham dengan pandangan yang tajam.
" Kau sorokkan Jack ya? " duga Zayn lalu matanya memandang Izham atas bawah.
Izham memandangnya tajam. " Sebelum kau yang aku sorokkan, baik berhenti fitnah aku. " marah Izham tidak berpuas hati.
" Mana Jack? Dia pergi mana? " keluh Zayn. Satu persatu masalah datang. Izham yang berada di sebelahnya hanya mendiamkan diri.
" Cuba tanya Avin. Mana tahu dia tahu. " ujar Izham. Setahunya, Jack dengan Dravin tu rapat jadi tidak mustahil lah kalau Dravin tahu mana keberadaan dia sekarang.
Zayn mengangguk. Telefonnya diambil lalu nama Dravin dicari. Lantas dia menekan butang call.
" Hello Dravin. "
" Ya. Kenapa? " sahutan daripada Dravin membuatkan dia mengeluh sekali lagi.
" Kau tahu tak Jack mana? " tanya Zayn berharap agar Dravin tahu tentang itu.
" Hah. Kenapa? " tanya Dravin kembali.
" Polis datang rumah. Diorang nak tangkap Jack sebab dia kata Jack jadi suspek utama kes Nadha dengan kes-kes yang lain. " terang Zayn.
" Ouh. Hm aku tak tahu. Cubalah telefon dia tanya mana. Aku tak tahu apa-apa. " jawapan yang keluar daripada Dravin membuatkan Zayn mengeluh.
" Okaylah kalau macam tu. Aku letak dulu. " terus dia meletakkan panggilan.
Dia memandang Izham lalu menggelengkan kepalanya.
" Cuba hack telefon dia. Mana tahu dapat. "
YOU ARE READING
Killer [ C ]
Misterio / SuspensoPembunuhan yang berlaku tanpa meninggalkan sebarang bukti dan motif yang kukuh. Dilakukan dengan cara yang sangat profesional. Pembunuhan yang kejam. Sehinggakan saksi yang nampak setiap pembunuhan itu pun dibunuh sekali. ' Iskandar? " " Bila masa a...