𝖐 𝖎 𝖑 𝖑 𝖊 𝖗 09

811 89 41
                                    

" Weh Izham! Asal badan kau penuh dengan darah ni weh! " kata Zayn apabila Izham tiba-tiba muncul dengan keadaan yang berlumuran dengan darah.

" Bagi aku darah kau sikit... boleh? " pinta Izham dengan lembut.

" Argh shit! Iskandar. Kau buat apa dengan Izham ha! " marah Zayn. Keadaan dah bertambah pening bila dia dapat tahu Iskandar yang ambil alih badan Izham sekarang ni.

Semestinya dia buat perkara tak elok dengan menggunakan badan Izham!

" Aku bukan Iskandar lah... aku Izham. Tolong percaya aku. Iskandar dah takde. " lemah Izham berkata.

"Aku tahu kau tipu Dar! Kau nak apa ha! Kau buat apa dengan badan Izham? "

" Jangan kau kata yang kau.... "

" BUNUH ORANG!? " teka Zayn.

" Tolong lah. Sekarang ni bagi aku darah kau je dan aku akan tinggalkan badan Izham sekarang. Kau nak ke taknak Izham? " sinis Iskandar bertanya.

" Macam tu lah kisahnya. " keluh Zayn.

" Dia kata dia nak keluar pergi jumpa member dia je kan? " tanya Rayyan.

" Haah. Macam tu lah dia kata tadi. Tah tak tahu pula macam mana dia boleh muncul. " kata Zayn.

" Dah lama dia tak keluar Zayn. Sekarang ni, macam-macam kemungkinan boleh jadi. Kau tahu kan siapa Iskandar? Kau tahu kan personaliti Iskandar macam mana? " kata Rayyan.

Iskandar bukan orang yang biasa-biasa. Apa yang dia nak, dia akan pastikan dia dapat hanya dengan menggunakan badan Izham.

" Persoalannya sekarang ni, macam mana Iskandar boleh muncul tiba-tiba? " tanya Zayn lagi lalu menggaru keningnya.

" Lah, kau kan doktor yang rawat dia. Mesti lah kau tahu sebab utama Iskandar muncul betul tak? " kata Rayyan.

" Ye memang lah aku doktor dia. Tapi, dah lama juga dia tak keluar. Hampir 4 tahun lepas aku rawat dia. Rawatan terakhir aku buat tu pun, Iskandar sendiri yang kata dia takkan muncul dah. Tapi sekarang ni, dah kenapa? " pelik Zayn dibuatnya.

Zayn ialah doktor psikatri Izham. Doktor untuk merawat penyakit split personality dia.

" Dia... bunuh orang ke? " tanya Rayyan.

" Kepala hotak kau! Kau jangan macam-macam. " marah Zayn.

" Yelah. Kita pun tahu kan yang Iskandar tu obses dengan darah. Jadi- "

" Dia takkan muncul selagi dia tak hidu darah segar. " dengan pantas Zayn memotong percakapan Rayyan.

" Boleh jadi yang Izham bunuh orang. " kata Rayyan.

" Dengan alasan apa Izham nak membunuh? Sedangkan dia pun tiada masa untuk semua itu. "

" Boleh jadi mungkin kerana ada makcik yang kena ragut dekat jalan tadi lepastu dia nak selamatkan rantai makcik dia yang kena ragut tu lepastu mungkin sebab itu dia terpaksa gunakan kekerasan? "

" Kekerasan macam mana? "

" Mungkin dia baling lah macam batu ke dekat peragut tu, lepastu peragut tu jatuh lepastu mungkin kepala dia berdarah? " teka Rayyan.

Killer [ C ]Where stories live. Discover now